INTRO: Sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, Mom’s Choice mengadakan peraduan bagi Malaysian Super Mummy bloggers untuk mempromosikan Penyusuan Susu Ibu. Bloggers boleh menulis dengan apa saja cara yang kreatif untuk mempromosikan BF dalam blog masing2.
Keratan dari Mom’s Choice website:
Kalau nak kata promosi, blog ni memang mempromosikan penyusuan ibu ni sejak dulu lagi 😀
Dekat blog direktori pun ada kategori khas untuk Breastfeeding:
Oleh kerana tu saya nak berkongsi tentang pengalamn menyusukan Fahry yang premature ni (walaupun dah 1000 kali cerita).
Oleh kerana Fahry dilahirkan tak cukup bulan (28 week), dia ditempatkan dalam inkubator dan berada di SCN (Special Care Unit) untuk baby premature dan bayi baru lahir bermasalah, selama 42 hari. Selama itu susu saya sikit sangat. Mujurlah ada Hafiy yang boleh membantu merangsang pengeluaran susu dengan hisapannya (lucky that Hafiy masih menyusu badan sepenuhnya). Kekurangan susu badan membuatkan saya agak stress dan setiap hari mengadu pada rakan2. Keadaans aya yang berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan menambahkan beban yang ditanggung, ewah.
Ibu Kauthar yang baik hati telah mengirimkan saya makanan untuk menggalakkan susu seperti bijan hitam, kacang hitam dan satu peket benda yang saya tak pasti apa namanya (Sal tolong update hehe). Saya juga mengurut dengan bidan kampung untuk membanyakkan susu.
Tahu apa kata bidan tu? Katanya urat susu saya dah putus, so susu saya jadi sikit.
Sedih kan?
Saya dapati ramai ibu baru yang mengalami masalah kekurangan susu pergi meminta tolong dengan bidan dan tukang urut, lalu mereka memberi ulasan berkenaan urat susu… Urat susu kecil lah, urat susu tersumbatlah, urat susu itu urat susu ini…
Lalu, apabila Fahry keluar dari hospital, satu perkara yang ajaib berlaku. Kilang susu saya bengkak! Subhanallah walhamdulillah, saya memang tak pernah merasainya sebelum tu. Ia lembik dan macam tak ada susu je sebelum ni.
Maka, dapat saya simpulkan:
- Tiada masalah dengan urat susu saya walaupun dikatakan bidan telah pecah.
- Emosi amat mempengaruhi pengeluaran susu. Semasa Fahry di hospital, saya risau, keletihan, tak cukup rehat kerana kena bangun mengepam 3 jam sekali dan berulang alik ke hospital. Tambahan pula dengan keadaanya yang berisiko untuk mendapat jangkitan kuman membuatkan hati saya tak senang.
- Dapatkan pertolongan dari mereka yang berkelayakan i.e. kaunselor laktasi (LC).
- Makanan, urutan dan sebagainya tidak banyak membantu sekiranya kita dalam keadaan stress.
- Bersabar dan jangan terlalu emosi bila susu kelihatan tidak banyak. Yakin bahawa kita mampu membekalkan susu secukupnya untuk bayi kita. Walaupun sedikit, insya-Allah cukup untuk dia. Dengan susu yang sedikit-sedikit tu saya bekalkan pada Fahry, dan dia tak pernah diberi susu lain selain susu ibunya.
- Menyusu baby premature amat mencabar kerana mereka tak dapat direct feeding. Apabila mampu direct pun, hisapan Fahry tak sekuat Hafiy. Ramai ibu premature yang kering air susunya samada semasa bayi masih dalam hospital, atau susah keluar kerana ada yang mengalami masalah sama ada dari segi latching, atau suckling. – dinasikatkan bertemu LC juga.
- Tidak semua pakar sakit puan/pakar kanak-kanak pro-BF atau berilmu dalam hal breastfeeding. Dapatkan pertolongan LC untuk pertolongan yang memuaskan.
Alhamdulillah, rezeki masih berpihak pada anak-anak saya, Hafiy dan Fahry.
Minggu lepas, teman baik saya, Efie memberitahu bahawa kakaknya menasihati agar memberi FM jenis ini dan ini kepada bayinya yang bakal lahir kelak kerana susu badan tidak akan cukup, tambah2 lagi kalau baby boy. Namun kata Efie, setelah dia melihat saya berjaya menyusukan Hafiy dan Fahry, dia merasakan idea tersebut mengarut. Saya boleh menyusukan kedua-dua anak saya serentak. Kedua-duanya boys! 🙂 Saya rasa seronok kerana menjadi sumber inspirasi kepada ibu2 lain. Alhamdulillah…
Betul tidak ramai orang bertuah dapat menyusukan bayi, tapi dengan izin Allah, ibu dapat menyusukan bayi dengan rangsangan, dorongan dan ilmu dari sumber yang betul.
Jadi, marilah kita sokong PENYUSUAN IBU!
Leave a Reply