Rasanya hari tu story tentang kelahiran Fahry secara ringkas je. Kisah asalnya lebih panjang ceritanya….
Ia bermula pada hari Mommy sepatutnya balik ke KL (masa tu Mommy tengah ada attachement di KL selama 6 bulan), dalam 24 November. Masa tu baru 26 weeks. Tiba-tiba malam sebelum tu Mommy rasa sakit perut yang amat sangat. Macam contraction. Sakit sangat sampai berguling-guling. Dengan Hafiy yang malam-malam nangis nak susu… Bayangkan je la…
Esoknya Abiy bawak Mommy jumpa Dokto Aida di Columbia Asia. Doktor Aida buat urine test & Mommy ada kencing kotor. Macam yang Mommy pernah kena masa Hafiy dulu. Dia bagi antibiotik & MC seminggu serta suruh batalkan flight petang tu.
So OK la, we deferred flight sampai the next week.
So berehatlah Mommy di rumah. Hafiy still dihantar ke rumah Makcik, sebab Mommy nak rehat.
Tapi sakitnya tak hilang-hilang. Siang-siang cuma rasa sikit-sikit macam period pain hari biasa tapi bila malam, Allah saja yang tahu. Rasa macam nak terkeluar segala isi perut. Tapi masih bertahan lagi. Sampaila ujung minggu tu dah tak tahan, jumpa lagi Dr. Aida. Dia kata UTI (kencing kotor) Mommy makin teruk. So dia tukar antibiotik. Dapat lagi MC seminggu. Postpone lagi flightnya.
Isnin minggu berikutnya, pagi-pagi tu Mommy pegi ofis. Lepas tu pegi toilet dan ada bloodstain. Mommy bagitau Abiy dan cepat-cepat Abiy bawak pegi jumpa Dr. Aida lagi. Dia kata takde apa-apa. ‘Adik’ (Fahry lah) OK je. Dia suspect darah tu adelah darah haid yang tak habis keluar. Tapi dia still kasik lagi MC.
Wah wah wah. Seronoknya hidup!
Rabu malam, tiba-tiba keluar fresh blood. Mommy gabra sungguh lah. Ditambah pulak dengan contraction yang makin kuat. Terus Abiy bawa Mommy ke Emegency Columbia Asia. Kena admit lah.
Alhamdulillah tak ada opening lagi. So still bukan masa untuk Fahry lahir. Tapi setiap jam check CTG. Contraction memang selalu ada.
Untuk preparation early delivery, Dr. Aida bagi Dexa jab. Sakit sangat. Rasa macam mencucuk ke tulang dan urat saraf. Keluar air mata Mommy setiap kali kena cucuk. Dua kali je kena, hehe.
Tapi yang tak bestnya, dia cakap camni “I akan cuba sedaya upaya untuk tak bagi u bersalin, sebab u baru 28 weeks. Kita tak ada facility untuk premature & if you bersalin awal, kita kena send u ke Hosp MYY sebab sana je ada facility. Then, kat sini biasanya baby bawah 1kg tak survive. Atas 1kg pun 70% survive. Kalau kat KL lain, sana facility banyak & hospital pun banyak”.
crestor
Tak ke takut tu? Abiy sampai terlepas cakap “Kalau jadi apa-apa ni nak tanam kat sini ke bawak balik KL?” Huhu.
Macam-macam derang buat untuk stopkan contraction. Suntik ubat, patches, ubat makan, ntah ape-ape lagilah.
Tapi contraction keep on ada & darah keep on flowing.
Hari Jumaat tu, few friends from office datang visit. Cik Adda, Cik Da, Cik Laila.. (sapa lagi ya, sorila lupa!!!) datang siap makan gorpis lagi. Lepas derang balik & Abiy pun balik ofis, Mommy pegi toilet & darah keluar banyak sangat.
Masa tu rasa perut pun makin sakit. Mommy panggil nurse, derang datang check then derang call Dr. Aida. Mommy sambil-sambil tu sms Abiy suh datang cepat sebab Mommy sakit sangat2.
Sekali Dr. Aida check, dia kata “Kita kena bawak u pegi Hosp MYY ni, u dah buka 3cm. Memang nak bersalin dah ni”.
Wooooooo~~~~~ Tekejut gilak. Kebetulan masa tu Abiy sampai. Mommy cuma pegang tangan Abiy cakap “Abang.. sakit…” Abiy nampak macam blur-blur. Hehe. Maklumlah first time.
Lepas tu Mommy kena usung dengan stretcher masuk ambulan. Lagi best masa tu lif rosak! Hadoila. Fear factor sungguh turun tangga dalam stretcher tu rasa anytime je boleh tergolek.
Pastu naiklah Mommy dalam ambulan buat pertama kali. Abiy follow dengan kereta dari belakang.
Perasaan masa tu.. macam-macam lah. Tak putus-putus doa semoga Allah selamatkan kami berdua. Bila dok ingat kata Dr. Aida pasal tak cukup alat tu, hai.. rasa macam kalo ada flight pegi KL sekarang, tang tu jugak nak pegi.
Sampai-sampai hospital MYY, derang bawak ke E&A, kemudian sebab dah 28 minggu, dia hantar terus ke Labour Room. Dia kata kalau 24 minggu ke bawah proceed kat E&A je.
Kat Labour Room, Abiy tak boleh masuk. Sedih sangat. Ingatkan boleh la Abiy temankan. Kedekut punya spital! Hahahaha. Dr. situ plak check, still 3cm. Dia suruh nurse2 trainee check CTG. Sakit sangat, Mommy mintak izin budak tu nak pegang tangan dia sambil tahan sakit. Hahaha. Nasib la kan. Sapa suh tak kasi Abiy masuk.
Pastu Dr. tu cakap “Sebab baby awak premature, saya tak bagi apa2 ubatlah (ubat tahan sakit). Biar natural je. Saya rasa tengah malam ni awak bersalinlah” & dia cakap benda yang sama dekat Abiy yang tercongok kat luar.
Masa tu Mommy rasa haus sangat. Merayu2 kat nurse mintak air. Dia cakap tak boleh sebab takut nanti kalau kena emegency c-sec, bahaya kalau minum air. Mommy cakap seteguk je la.. haus gila ni. Last-last dapat jugakla seteguk…
Pastu Mommy ditinggalkan sorang2. Misi2 trainee to sibuk nakgi tengok orang lain beranak. Masa tu la sibuk sms mana2 list yang ada dalam henpon. Abiy pulak, sebab Dr. cakap Mommy bersalin tengah malam, dia balik ambil Hafiy kat rumah makcik. Lepas tu baru nak datang. Tunggu tercongok pun no point, bukan buleh masuk pun.
Tak tau la apa perasaan masa tu.
Pastu dah duk sorang-sorang tu, pandai-pandai la tahan sakit sendiri. Pastu tiba-tiba rasa nak push. Mommy jerit panggil nurse. Dia cakap “Lambat lagi ni.. tengah malam ni la..”. Lutut dia lah… masuk situ jam 430, 630 Fahry keluar. Mujur nurse tu datang jugak Mommy jerit2. Saman kang. Hehe.
Maka lahirlah Fahry Al-Hazim yang mengejutkan dunia.
1.2kg.
Bila nurse cakap baby Mommy abnormal, dan Dr. explain apakah keluar biasaannya, Mommy terkelu jugak sekejap. Mommy terbayang macamana Mommy nak hadapi.
Dalam keadaan cengang-cengang tu misi bawa Fahry ke Mommy & Dr suruh cium. Mommy tengok Fahry sangat comel. Cuma kecik sangat. & Fahry nangis. Dr. cakap Fahry tak perlukan ventilator. Alhamdulillah.
Lain pulak cerita Abiy. Lepas ambil Hafiy, Abiy balik rumah nak ambik barang-barang yang Dr suruh bawak, sekali dapat sms Mommy kata dah bersalin. Terus kalut-kalut Abiy berkejar. Masa tu Hafiy baru pandai berjalan, so Abiy lari-lari ke kereta bawak barang dan tinggal Hafiy kat pintu rumah. Dah pesan tu suruh tunggu.
Sekali.. tengok-tengok dah tergolek dalam longkang besar kat depan rumah, tempat Abiy parking kereta kat luar pintu pagar. Satu keje pulak nak bersihkan dia. Longkang kat negara kita ni faham-faham ajelah cemana aromanya. (Salahkan longkang plak, sendiri yang tak cuci longkang bertahun takpe plak :P)
Lepas tu Abiy bawa Hafiy pegi tengok Fahry, sebab Mommy belum dihantar ke wad lagi.
Lawak juga ceritanya. Budak-budak tak boleh masuk ke SCN tu. Tapi sebab tak ada orang pegang Hafiy, Abiy bawa juga. Nurse situ tak bagi bawak Hafiy. Pastu Abiy suruhlah dia pegang. Sekali, masa Abiy dok azankan Fahry, nurse tu datang bawak Hafiy. Tak tahan dia nangis. Kahkahkah.
Mommy pulak, lepas dapat berita dan tengok sendiri keadaan Fahry… tak tau nak cakaplah. Dahla sorang-sorang masa tu. Bila inform kawan2 yang Mommy dah bersalin, biasa la derang reply balik. Ada yang tanya ‘cemana baby?’.
Ada yang Mommy kata “OK” je. Ada yang Mommy jawab betul2. Ada yang Mommy jawab sepatah. Depend pada mood ketika itu dan soalan yang ditanya.
Tipulah kalau kata tak sedih, tak terkejut. Ye lah, semua orang nak anaknya lahir sempurna kan. Dah sempurna tu pulak nak comel.. sampai ada yang masa pregnant kejanya tengok gambar baby comel-comel je sebab nak kasik anaknya comel macam baby yang comel2 tu. Tapi Mommy tak nangis pun. Ye la, anugerah Allah semua tu. At least anak Mommy bernyawa.
Lepas tu ntah pukul berapa Mommy disorong ke wad. Abiy balik lagi, hantar Hafiy ke rumah Makcik mintak tolong jagakan. Sementara tu Mommy sehelai sepinggang. Dengan haus lagi. Mintak air, tak dapat sebab takde cawan. Huhuhu.. sedihnya…
Bila Abiy datang, dia pun lupa bawak air. Then Cik Da (Cheq) yang datang bawak air. Pastu, selipar pulak takde (before Abiy datang). Berkaki ayam je pegi toilet. Rasa macam orang asli pulak kat situ. Hahaha.
Orang-orang situ duk tanya “Mana baby?” Mommy jawab “Kat SCN, dia tak cukup bulan”.
Malam tu jugak Mommy pamkan susu untuk Fahry. Tapi tak dapat apa2. Sedih gila. Pastu Dr pulak cakap “Kalau awak tak bagi susu, baby awak tak makanlaa…”.
Esoknya bila dapat discharge, terus Mommy balik rumah susukan Hafiy, suruh Hafiy stimulatekan.
Alhamdulillah, bermula detik tu, keje Fahry melekaaaat ajela sampai sekarang. Dan dari sekecik yang bole pangku dengan sebelah tapak tangan, sekarang dah booooolat!
….. Kadang-kadang, bila diingat kronologi kelahiran Fahry, rasa sedih sangat. Sebab semuanya berlaku tiba-tiba. Dengan famili jauh dan sorang pun tak bole datang. Tapi Mommy sangat gembira sebab dapat Fahry. Fahry walaupun premature, dia sihat. Selama 5 bulan hidup, baru sekali dia demam, tu pun 2 hari je. Jaundis pun 3 hari je masa di SCN. Masuk wad pneumonia pun 3 hari je.
Lepas ni, adik Fahry datang lambat sikitlah kot. Serius masih belum hilang fobia.
Siapa nak jumpe Fahry jom la datang gath nanti ya 😉
Leave a Reply