,

Pengalaman Kembara di Chile

admin Avatar

Salah satu sebab kenapa kami excited sangat nak ke Chile adalah kerana dasarnya yang membatalkan semua hubungan dagang dengan Israel, malah Chile adalah Palestine ‘second home’ outsite Middle East. Sejak tahun 1800-an, pelarian Palestin dah mula ke Chile. Hingga kini hampir setengah juga orang keturunan Palestin di Chile.

Malah, sebuah kelab bolasepak Santiago (kelab pro ni bukan main petang2 je) namanya Deportivo Palestino.

DEPORTIVO PALESTINO

Kami bertolak dari Madrid, Sepanyol ke Santiago de Chile dengan penerbangan LAN Airlines. Penerbangan ni mengambil masa lebih kurang 12 jam.

CHILE

Nak masuk ke Chile ni, ada beberapa makanan yang tak boleh bawa masuk. NAk selamat, declare je kalau ada bawa, dan kemudian tunjuk pada pegawai kastam. Ini kali pertama kami bawa makanan… bubur instant je pun.. alhamdulillah lepas…

Dai aiport kami terus ambil bas ke Pajaritos. Kami memang nak terus ke Valparaiso yang terletak di tepi laut. Sepanjang perjalanan ni macam rupa kat San Francisco. Gersang je. Dalam setengah jam je di Pajaritos, terus cari bas ke Valparaiso. Senang je nak cari bas kat sini memang berlambak. Tiket beli di kaunter, dalam 2000 peso.

Dari Pajaritos ke Valparaiso pula ambil masa 2 jam setengah lebih kurang. Pemandangan sama je, apa nak buat? Tidooooo.

MAP CHILE

Sampai-sampai di Valparaiso Bus Terminal, kami kami simpan beg di tempat left luggage di stesen tu… jalan2 di sekitar pasar kat situ. Banyak anjing besar-besar T__T kat sini dan agak sibuk sikit. Kami jalan-jalan ke luar, sampai ke metro station, ambil train dan ke Vina Del Mar.

Vina del Mar ni famous dengan beach resortnya. Kira paling premier la kat Chile nih.  Renaca Beach adalah resort yang paling famous di sini. Takde pula gambar di Vina Del Mar.

Kemudian kami makan tengah hari di tepi laut di Portales. Naik metro juga. Senang kat Valparaiso ni naik metro je. Metro pun ada 1 line je.

CHILE METRO

Dah petang sikit, kami ambil beg dan terus ke tempat penginapan di Puerto. Di stesen Puerto ni berkembar dengan Ibis Hotel, dan banyak backpackers hostel di perkampungan atas bukit yang mengadap stesen ni.

valparaiso

Di bandar ni boleh jalan kaki je, everypart of the city pun sangat menarik dan fotogenik (tapi kalau tukang amik gambar yang tangan keras, takde maknanya). Boleh juga follow free city tour ‘Tour 4 Tips’ tapi kami tak ikut, pergi sendiri je sebab dalam itinerari banyak benda yang di luar coverage mereka 😀

Nak naik funicular (wajib naik kalau datang) tapi ditutup pulak, ada event apa entah. Kami panjat dengan kaki je tapi tempat kat atas pun tutup juga kerana event tu. Siap ada polis, reporter semua. Event besarlah agaknya.

Di sinilah kami mula datang idea beli poskad dan hantar kepada leader2 Shaklee kami di tanahair. Sebagai cenderahati dan penghargaan buat mereka. Gigih cari post office. Lepas tu, di setiap bandar kami pergi, kami akan hantar poskad 🙂 (setakat ni ada yang dah dapat, ramai yang belum).

Makan-makan kat sini…  Nak cari halal food agak jauh panggang dari api. Kami makan biskut roti jelah. Nasib baik bawa bubur instant dan ESP 🙂

Macam ni lah kalau musafir di negara yang jauh, masjid pun tak kat sini. Mungkin ada Muslim (Muslim ramai di area central Chile ke utara) tp minoriti agaknya.

Orang-orang Chile, marveliso! Mereka sangat peramah walaupun rata2 tak berbahasa Inggeris (mereka cakap Spanish). Bayangkan di kaunter pun cakap Sepanyol, mujurlah 97% komunikasi kita guna bahasa tubuh, jadi boleh lah difahami.

Mereka ni suka tegur-tegur kita. Agaknya tengok foreigner kot. Tapi orang Argentina lagi suka tegur, selisih di jalan pun diorang boleh tahan kita dan cakap “Welcome to Argentina!”

Kami tak lama di Valparaiso ni. 2 hari setengah je. Malam di Valparaiso… tak follow sangat.. sebab takut >_< baru sampai kan.. masih lagi ada rasa takut dengan keselamatan di South America. Lagipun waktu malam nak layan order-order dan business coaching dari Malaysia… beza masa 13 jam kat sini. Sana malam, sini siang.

Ini part 1 kami di Chile. Lepas ni ke Colombia… kemudian masuk Chile balik dari Argentina. Yang part 2 di Chile tu lagi best!

admin Avatar

5 responses to “Pengalaman Kembara di Chile”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    tak sangka pulak chile 2nd home for palestine. itu negara bukan islam pulak tu kan.

    1. admin Avatar
      admin

      mungkin sbb diorang anti-US kot

  2. Amyz Avatar

    Tak sabar for the next part. 😉

    1. admin Avatar
      admin

      ehehe panjang lagi cerita 😀

  3. emalinmohd Avatar

    Baru tau juga pasal Chile dan Palestin tu. Tak sabar nak tunggu next entry

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge