Qu Puteh dan AJL

By | January 28, 2015

Saya ni takde la follow pun AJL tapi bila di timeline FaceBook keluar berjela-jela tentang Qu Puteh, penaja utama AJL tu jadi teringin juga nak tengok apa bendanya.

Sebenarnya, TIDAKLAH PELIK pun apa yang dibuat oleh Datuk Vida tu. Mana2 penaja pun ada diberi slot untuk mempromosikan produk/servis mereka.. biasa kan pengacara akan cakap “Kita lihat dulu pesanan penaja” bila time rancangan berehat seketika… normal lah tu… penaja akan beri pesanan kepada penonton.

Cuma mungkin cara ‘pesanan’ Datuk Vida tu terlalu unik sampai jadi fenomena. hehe.

QU PUTEH DATUK VIDA

Ke-daringan ini dikaitkan juga dengan Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris.

ALIFF SYUKRI

Apa yang ada pada mereka berdua ni adalah UNIK. Biasanya orang guna model untuk buat iklan… pelakon2.. tapi ni mereka guna diri mereka sendiri.

Iklan dia pulak (Qu Puteh) langsung tak ada drama… flat macam tu je kan. Kalau lah iklan dia macam iklan Petronas ke, Honda ke… sure tak jadi hal pun. Tapi sebab iklan yang soooo AJL, jadi bahan gurauan dan siap ada yang masuk dalma mimpi, tak lalu makan, pening2 lalat akibat terkenangkan Qu Puteh.

Apa pun… yang beri feedback, samada baik atau kurang tu sebenarnya adalah FEEDBACK. Faham-fahamlah orang kita kalau bagi feedback ni banyak berlapik dan guna teknik ‘sindir-sindir’… Jadi yang buat parody ke viral2 ke semua tu adalah feedback dari penonton…

SO tak payah kita besar-besarkan… tak sokong Melayu dan sebagainya… ia takde kaitan pun. Tak ada orang pun yang pungpang tentang Qu Puteh tu nakkan bisnes Datuk Vida melingkup. Walaupun mereka mengetawakan tapi bukan nak memperkecilkan Melayu. Ia cuma sekadar feedback terhadap iklan tersebut.

Semua orang berhak untuk memberi pendapat masing2, cuma di zaman internet ni, semua pendapat bebas berlegar di dalam circle masing2. Ada yang jadi viral walaupun tak betul. Itu hakikat zaman ni.

Tak perlu kita nak besar-besarkan. Mana yang baik jadikan teladan.

Category: World and The Universe Tags:

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Qu Puteh dan AJL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge