Pendidikan Awal Anak-Anak

admin Avatar

Last week I showed him gambar watch in his book. As usual, ia diiringi dengan ‘sign language ciptaan sendiri’ cos he’s not yet talking.

Pastu, today Hafiy mempraktik cara-cara memakai jam tangan. (Patutlah duk diam je, ada projek rupanya).


Mommy, see! Hafiy ada watch! (Translate Bahasa Jerman)


Abiy, Hafiy pun ada watch just like you (Translate Bahasa Jerman) [He pointed to Abiy’s watch tapi tak sempat snap]

Abiy : Pukul berapa sekarang?
Hafiy : Kira la ada berapa dot tu (Translate Bahasa Jerman)
Abiy : Satu… dua… tiga… empat….

Heboh satu rumah dia tayang ‘jam tangan’ dia.

Walaupun takde rupa jam tangan tapi kira OK la, tahu jugak dia benda tu patut ada kat situ & boleh dilukis. Jam digital gamaknya. Adakah Hafiy tengok Patrick Star yang suka lukis jam kat tangan dia?

Tapi Abiy macam kagum jugak dengan Hafiy (Abiy memang selalu kagum dengan Hafiy, maklumlah tak biasa tengok development budak kecil) sebab dia ada objektif nak lukis apa, bukan menconteng semata.

Biasa la kan budak-budak baya Hafiy otak tengah aktif tangkap semua benda. Kadang benda yang kita tak ‘train’ dia pun, dia buat from obsevation. Hafiy sekarang pun pandai panjat kerusi tutup switch lampu walaupun tak pernah suruh (agaknya dia suh Mommy buat tag Aunty Jua yang masih belum setel2 lagi tu, hehek).

  • desperado free

Ada beberapa school of thought tentang kreativiti, kebebasan dan disiplin. Ye la, ada orang tak suka jenis menconteng-conteng di tempat2 yang tak sepatutnya seperti dinding, anggota badan,,etc. Bagi Mommy terpulang pada kemahuan, keyakinan, kesungguhan dan keupayaan ibu bapa untuk mengamalkan thought yang mana. Semua pun OK. Macam ada orang suka makan ayam goreng, ada orang suka makan sup ayam. Dan ada juga orang suka ayam goreng tapi terpaksa makan sup sebab ada masalah kesihatan ke apa… No right, no wrong.

Begitu jugak dengan home education, selain dari method tinggalan Saidina Ali yang some people selalu confuse (yang 7tahun-7tahun tu. Betul, ada yang ingat 7 tahun pertama tu suruh anak main je, tak payah ajar apa-apa), method2 lain yang popular seperti Glenn Doman, Shichida, dan method2 klasik seperti Montessori, Unschooling (natural learning), Charlotte Mason, etc. (Doman & Shichida agak hot sekarang kot kat sini. Yang classical methods tu biasanya kat Western diorang pakai untuk homeschooling). Dan ada juga yang ikut cara sendiri.

Ramai mak sekarang yang choose untuk be particular dalam home early education untuk menjadikan anak-anak mereka spectacular. Spectacular – ini pun macam2 gaya takrifannya. Ada mak yang nak anaknya pintar membaca seawal usia 2 tahun, ada mak yang nak anaknya bijak berfikir seawal usia 3 tahun, ada mak yang nak anaknya pandai interact dengan surrounding, ada mak yang nak anaknya jadi well-rounded di usia sebelum masuk sekolah, etc. (At early age, bukan seluruh kehidupan dia, well semua mak nak anaknya berjaya).

Ada juga yang tak kisah, asalkan anak dapat membesar dalam lingkungan yang baik, suasana yang harmoni untuk perkembangan emosi dia. Ada juga yang nak anaknye just enjoy the childhood. Tak payah nak berkaedah-kaedah bagai, just enjoy the toys, the TV, the game, etc.

Ada yang hantar anak pegi ‘sekolah’, tak kira tadika ke playschool ke apa-apa, seawal usia yang diterima masuk.

Walau ape pun cara pilihan ibu (bapa pun ya jugak) untuk mengasuh anak-anak, semuanya tak ada yang salah. Mungkin ada yang tak setuju dengan cara tertentu, tapi kaedah terbaik menghadapinya ialah dengan berlapang dada. Setiap orang ada target hidup dan tujuan hidup tersendiri (selain dari menyembah Allah SWT), jadi why bother kan.

Yang penting, point-nya ialah usaha untuk mengasuh dan mendidik anak. Bukan membiarkan mereka terumbang-ambing, contohnya biar lepas je sampai maknye pun tak tahu anaknya tu dah makan ke belum. Mungkin dalam kehidupan ibu moden benda2 ni dah tak ada. Mak yang educated takkan la nak biarkan anak dia macam tu kan.

Masa depan dia bukan kita yang tentukan, tapi membina foundation tu penting. Untuk bina KLCC tu bukannya main pacak je tiang-tiang tup2 siap 88 tingkat. Kan? Kan? Siap tapak KLCC tu kena alih lagi beberapa meter sebab piling terkena kat limestone.

Cuma (for me), biarlah kita tahu apa yang kita buat, sebab dan akibat dia, bukan ikut-ikut orang.

Tak perlu rasanya kita berebut nak ‘pandaikan’ anak kita cepat-cepat sebab orang lain buat macam tu tapi lepas tu tak mampu nak ‘follow up’. Pendidikan adalah sesuatu ‘pembinaan’, bukan ‘penumbuhan’. Bila pembinaan tu, kena la kerja keras setiap hari supaya bangunan yang kita buat tu boleh siap sempurna. Tak adanya batu bata tu nak bergerak sendiri kan. Ia tak sama dengan ‘penumbuhan’, kadang-kadang tak siram pun pokok boleh je tumbuh walaupun bantut.

Dan tak perlu jugak rasanya kita cop this and that method tak bagus hanya sebab dia tak parallel dengan pemikiran kita. Ia macam makan buffet, kita boleh ambil yang mana kita nak tapi tak boleh kutuk makanan dalam pinggan orang lain.

admin Avatar

23 responses to “Pendidikan Awal Anak-Anak”

  1. fid Avatar

    ya macam buffet la
    ambik cukup2 ya jgn membazir tak cukup pergi tambah hahahaa

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      teringat makan buffet kat Mandarin Hotel. Kek dia sedap! yummy yummy!

  2. Salwa Avatar

    hurm…kebetulan semalam ada juga kita berbincang ttg isu ni dgn Lyna kan..
    actually, sejujurnya..sy takde la praktis any specific method,serius kdg2 takut tgk org lain dah start stimulate anak awal2 tp kita ni hapah tarak..
    huhuhu
    sy suka dgn kak fid punyaapproach yg tiba masanya anak2 ni akan ‘keluarkan’ potential masing2.
    dlm bab mendidik anak2 ni sy byk terhutang budi dgn kak yasmin coz byk betul yg dia ajar sy.
    cuma tak lah sy amalkan semua sebab…………tak da masa atau ‘slam’..hehehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haha betul la. ini entry dah draft sejak bila2 lagi ni huhu.

      yang pentting komitment ibubapanya kan. kalo berabis beli set belajar ribu2 tp kat umah, maknye buat derk je, takdenya set tu nak bergerak sendiri pi ajar anak dia kan? hihi.

  3. kak iena Avatar

    betul tu… se elok nyer jangan dipaksa anak kita buat apa yg kita mahu.. sebaliknyer perhatikan apa yg dia suka n kita ransang dia.. insyaallah setiap anak ada kelebihan masing… kan along?… mcm kak iena pun 3 org anak, semua lain2 interest.. heheh pening juga kadang2…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe ni kata2 ibu seniior ni hehe.

      saya baru anak 2 ni, tak nampak lagi interest dia kat mana 😀

  4. mamadanish Avatar
    mamadanish

    “Ada mak yang nak anaknya pintar membaca seawal usia 2 tahun, ada mak yang nak anaknya bijak berfikir, ada mak yang nak anaknya pandai interact dengan surrounding, ada mak yang nak anaknya jadi well-rounded, etc.”

    Rasanya semua mak nak anaknya seimbang, dan mengusai apa sahaja ilmu untuk membantunya dalam kehidupan dunia dan akhirat…huhuhu..

    Otak seorang mak ni, tak pernah stop dari memikirkan nak kasi yang terbaik saja untuk anaknya termasuklah melengkapkan diri anaknya supaya suka mkn dan mencintai makanan yang sihat (inilah cabaranku yang besar sekarang…huhuhh)

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tiada yang tidak setuju melainkan yang setuju setuju sahaja 😀

  5. ayuarjuna Avatar

    mummy lyna…agree with you…same with me n hubby..kadang-kadang bila kita ajar, asuh, dan terap kreativiti anak-anak ianya menjadi satu beban sekiranya itu bukan minat mereka. so anak ni memang mempunyai potensi dan kreativiti masing-masing. Kita ibu-bapa..perlu beri galakan dan ajaran yang perlu agar anak lebih rasa semangat dan ceria dalam pembesaran mereka.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      i agree with you too 🙂

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    yer..setuju dgn Salwa. i don;t have any specific method. bila baca blog u al termasuk Fid, baru rasa oohh..kena ajar mcm ni ke? mcm tu ke? erkk…sungguh le i ni slow skit nak adapt,lmbt lak bljr dgn mak/kakak2. so i ajar ikut suka je :p base apa yg Aliah show interest dan apa yg i rasa dia perlu capai/tahu sesuai dgn milestones babycentre dll.

    ok ke huh?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      satu bonus utk ibu2 blogger/yang suka baca blog, bole tengok experience orang lain & matchkan dengan kita punya lifestyle.

      tol tak?

  7. fid Avatar

    wakakahkahkahkah…
    i kan jenis kuat ‘riak lagi takbur’
    kahkahkahkah
    semedang dok kata anak i ja paling bagus kat muka bumi! over plak tu i ni!!!
    sayta amat menghormati setiap individu punya fahaman…pengamalan dan sebagainya selagi tidak menjejaskan kehidupan saya hahahaa..apakah aku ini??

    pendidikan awal anak adalah penting mengikut kemampuan individu….
    panjang plak…saya taip kat blog la

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      taipla cepat saya nak baca hehehe.

      kita kena cakap anak kita paling bagus kan? kang nanti dia tahu mak dia kata dia tak bagus sangat, lagi dia rasa kecik hati.kang betul2 dia buat tak bagus baru padan muka mak dia.

  8. Hanz Avatar

    Mommy Lyna, jangan jadi ‘kiasu’ Mommy & Daddy dah ler. Kan Islam tu suruh umatnya bersederhana dalam apa jua perkara…

    P/S- Selingan sikit..baru2 ni ada dengar satu cerita sadis dari sahabat tentang sikap ‘kiasu’ ibu bapa ni sampai anak2 tertekan kerna ibu bapa pentingkan gred2 peperiksaan semata-mata. Si anak mengadu, mengatakan dia tak tahan dah bila si-Ayah beri amaran padanya, kalau keputusan peperiksaan dia tak bagus sampai memalukan dia, dia suruh anak dia bersiap-sedia ‘BUNUH DIRI’
    Tersentuh betul dengar cerita ni. Sampai macam tu sekali!!!!

  9. rizza Avatar
    rizza

    heheh belajar2..belajar.. bukan ngan buku je.. belajar bercakap, belajar buang sampah …etc…

    method?? apa method??? hehhe

    ajar anak belajar ikut arahan & peraturan… esok2 kalau tak elok kat sekolah… jgn salakkan sekolah kan… hehhe.. betul tak lyna???
    (ni tgh dalam proses pendidikan anakku itu..)

    1. kakyong Avatar

      yer betui, ajar anak ikut arahan & peraturan.. & belajar behave bila berada di rumah orang. kalo anak2 pandai, gred bagus, tp di rumah org, selongkar sana selongkar sini… ibu dia langsung tak marah, & bila org lain marah anak dia, ibu nyer tarik muka pulak.. huhhh, susah jugak kan..

  10. UMMI Hanie Avatar
    UMMI Hanie

    Salam mommy lina …

    nice articles/entries u have…

    anyway i nak main tag dgn u .. ambik kat blog i ok?

    Cheers ~

  11. mama emma Avatar

    ryan x pandai melukih & bckp… tp xde la akak frust guling2…

    dia pandai cium tgn org pun akak dah cukup happy dah… maknanya ryan nie tertib orgnya.. mcm akak.. wakaka 😛

    1. kakyong Avatar

      a’a kan.. ajar anak beradap & tahu nak behave dgn sedara mara & yg lebih tua..

  12. kakyong Avatar

    Salam MommyLyna
    kakyong pun takde method yg khusus.. kekdg bila baca blog ibu2 yg menerap konsep yg canggih2 utk anak2.. terasa daku terkebelakang@tertinggal.. btw, susah juga nak ukur kan.. byk yg nak diajar.. kdg2 masa mcm takdan.. 3-3 sekaligus memang nampak mcm takdan..tapi memenuhi kehendak anak2 tdk semestinya sekaligus.. kakyong byk guna common-sense.. la ni bila fikri dah boleh tolong sidai tuala, letak @ tolong kutip baju kotor adik & dia ke dlm bakul, tolong buang sampah, letak botol susu di sinki lepas minum (ni contoh ler), enuf dah.. as long dia tahu rules & discipline.. kalo g rumah org ade rasa malu2 sket & tak havoc nak rebut mainan anak org, ok dah tu…
    paling haru my 2 anak sedara.. kalo depa dtg rumah.. memang maklong nyer jadi TARZAN.. kakyong plak jenis direct, cakap tak bertapis.. 😀
    hari tu ingat nak tulis pasal displin kan anak di blog.. tapi adik ipar dah mula baca blog, so tak jadi nak tulis.. nanti dia ingat kakyong mengata dia pulak.. mungkin boley kot tulis, tapi kena modify cara menulis.. tu yg malas..

    1. mama emma Avatar

      kakyong… common sense lah yg tbaik bg emma.. huhu

  13. fedy Avatar

    lyna… dah lame xbukak blog.. mcm2 dah awak tulis.. entry yg bagus.. fedy pon agree.. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge