Saya masih ingat semasa adik keempat saya di tadika (taman didikan kanak2), hari2 ayah saya mengeluh kerana adik saya masih belum tahu membaca di usia 6 tahun. Ini kerana kami bertiga (yang di atasnya) dah boleh baca buku simple2 semasa usia 6 tahun tu.
Ayah saya kata di tadika dia cuma diajar nyanyi nyanyi aje, sedangkan kami bertiga dulu dihantar ke taski (taman asuhan kanak2 Islam), banyak diajar tentang agama dan yang penting boleh membaca.
Saya cuba recall balik, seingat saya semasa di taski, kami tak ada macam tadika hari ni, umur 3 tahun dah ajar membaca. Di taski saya diajar menulis alif ba ta, ABC, 123 semata2. Saya masih ingat tulisan kawan saya menulis huruf ‘kaf’ macam kacip pinang. Cikgu ajar membaca? Takde pun. Darjah Satu baru belajar membaca. Tapi masa tu saya dah mahir membaca sampai rasa boring gila belajar mengeja dengan kawan2.
Seingat saya semasa saya kecil2, mak dan ayah banyak membeli buku2 abjad dan permainan2 berbentuk abjad. Dari situ saya mengenal huruf, belajar satu-satu. Lepas tu mengaji dengan nenek, cuma ikut aje nenek ajar orang mengaji.
Saya belajar A B C sebelum masuk ke taski.
Adik saya yang di atas tu, semasa kecilnya banyak bermain. Ye la dah ada geng kan. Masa saya dulu, saya sorang. Takde kawan, takde adik (umur 3 tahun baru beradik), takde sepupu.. So all alone saya tak merapu sangat. Mak dan ayah saya suka membaca, jadi saya terikut2 tabiat mereka. Termotivasi untuk membelek2 buku.
Bila dapat adik, saya ada geng untuk ‘belajar’ di rumah. tapi sikit2 dah mula main, lagi2 bila dah kenal anak2 jiran. Mula dah la merapu2. Bila zaman adik saya yang nombor empat, kemerapuan sudah berada di tahap dewa. Lagi2 bila adik lelaki saya yang nombor 3 tu ada banyak giler mainan. Zaman saya cuma ada ‘seekor’ patung teddy bear dan pistol je.
Daripada pengalaman itu, saya amat percaya yang pendidikan awal anak2 ni banyak dipengaruhi dengan apa yang dia pelajari di rumah. Terutama pendidikan sahsiah. Di taska misalnya, ramai budak2 compare to cikgu, jadi tak sempat cikgu nak monitor semua. Bila di rumah, ibu dan bapa dapat beri perhatian pada anak2 secara khusus.
Tapi taska/pengasuh adalah penyokong utama kepada pendidikan anak-anak kita. Ini kerana lamanya masa mereka ditinggalkan di sana, berbanding bersama ibu bapanya yang bekerja.
Oleh itu zaman sekarang ni, bila ibu bekerja, amat penting untuk pilih taska/pengasuh, sebab kita tinggalkan anak kita lama.. macam saya hampir 12 jam anak saya berada di taska. Bayangkan jela berapa jam je masa dia bersama saya, belum tolak waktu tidur dan sebagainya…
Secara peribadi saya berasa tidak adil untuk anak sekiranya ibu bapa main hantar je anak2 ikut mana dia senang (kecuali kalau dah terpaksa/darurat). Bayangkan aje kalau kita berada di bawah pengurusan yang menyakitkan hati, mesti kita rasa tension. Apa lagi anak kita kalau dijaga oleh taska/pengasuh yang tak best, lagilah stress.
Kalau ada rasa nak komplen, ada baiknya kita tukarkan aje taska/pengasuh anak2, jika dah komplen tp takde perubahan ape. Kita pun mesti nakkan penyokong yang baik, begitu lah juga pendidikan anak-anak yang kita terapkan di rumah, emosi yang sihat tu mesti dipupuk juga di taska/rumah pengasuh, agar anak kita membesar sebagai orang yang cemerlang EQnya.
Leave a Reply