Pelantar minyak Petronas terbakar di offshore Terengganu (Bekok-C), dan saya cuma tahu tengah hari semalam. Sungguh tidak CNN. Banyak deadline kena meet sekarang ni 😛
Sedutan dari beberapa akhbar utama tentang platform minyak milik Petronas Carigali, Bekok-C yang terbakar:
BERITA HARIAN
6 pekerja pelantar minyak Terengganu cedera dalam kebakaran
2010/12/14
KUALA TERENGGANU: Enam pekerja pelantar minyak milik Petronas di luar pantai Terengganu dilaporkan cedera apabila pelantar yang sedang dalam penyelenggaraan berkala terbakar, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pelantar Bekok C yang terletak kira-kira 200 kilometer dari pantai terbakar tetapi api dapat dikawal daripada marak.
Seramai 102 kakitangan pelantar kendalian Petronas Carigali Sdn Bhd itu berjaya dipindahkan ke pelantar berhampiran.
Setakat ini punca kebakaran belum dapat dipastikan tetapi difahamkan ia akibat paip gas yang bocor.
Mangsa yang melecur sebahagian anggota badan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Sementara itu BERNAMA melaporkan, mereka yang cedera ialah Alias Abdullah, Hamzah Abdullah, Fauzi Ibrahim, Rishaudin Ismail, Ariff Farimi, dan Zamri Wagiman.
Mereka tiba di hospital itu kira-kira jam 9 pagi dengan seorang daripada mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, seorang di Unit Kecemasan manakala empat lagi menerima rawatan pesakit luar. Bagaimanapun kira-kira 12 tengah hari semua mereka dilaporkan stabil, dan ditempatkan di Unit Kebakaran HSNZ.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sempat meluangkan masa melawat mangsa sebaik saja Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhenti rehat tengah hari.
UTUSAN MALAYSIA
Enam cedera platform cari gali minyak terbakar
14/12/2010 3:02pmKUALA TERENGGANU 14 Dis. – Enam cedera dalam kebakaran yang berlaku di platform cari gali minyak di Bekok C, di sini.
Menurut satu kenyataan Petronas Carigali Sdn. Bhd. di sini hari ini, kebakaran di platform itu yang terletak kira-kira 200 kilometer di luar pesisir pantai Semenanjung dikendalikan oleh Petronas Carigali.
Katanya, sejuru kebakaran berlaku selepas tengah malam, api dapat dikawal oleh pasukan kecemasan.
Menurut beliau, 120 kakitangan yang bekerja di platform berkenaan telah pun dipindahkan ke platform lain yang berdekatan.
“Pihak kami telahpun dimaklumkan berhubung kejadian tersebut dan siasatan mengenainya sedang dijalankan,” katanya. – Utusan
TV3 (sedutan Buletin Utama)
Sehingga kini siasatan masih dijalankan tentang punca kejadian. Bagaimana kebakaran bermula dan apa yang berlaku tak dapat dipastikan, kecuali dengan gossip2 yang kedengaran di luar sana.
Kejadian Platform Bekok-C terbakar ni sebenarnya agak sentimental, kerana ia melibatkan orang yang saya kenali. Dari sumber yang paling rapat dengan beliau (isterinya, junior saya), dikatakan beliau dalam keadaan stabil. Syukurlah.
Sebenarnya bila bekerja di tempat-tempat begini, apa lagi melibatkan bahan mudah terbakar (minyak dan gas) risiko itu sentiasa ada. Oleh kerana itu bagi syarikat2 oil&gas, keselamatan adalah perkara paling utama (Safety First).
Walaupun ramai yang ingat pekerja platform minyak mendapat gaji yang tinggi, itu berbaloi (berbaloikah?) dan sepadan dengan risiko yang mereka hadapi setiap hati. Isteri2 dan anak2 yang ditinggalkan pun pasti sentiasa dalam nightmare, terutama apabila mendengar berita2 dari luar pantai (atau atas darat bagi pelantar di darat).
Tambahan pula, bagi pekerja pelantar minyak di laut, risiko tu bukan saja semasa berada di platform, malah bermula dari awal perjalanan lagi. Bagi perjalanan dengan chopper (helikopter), risiko untuk terhempas, perjalanan dengan bot, risiko untuk karam. Oleh kerana itu setiap pekerja pelantar minyak wajib memiliki Pasport Kegemilangan Keselamatan yang hanya akan diberi selepas mereka menjalani latihan keselamatan.
Banyak sebenarnya kejadian platform terbakar/meletup di seluruh dunia. September lepas, sebuah platform memproses minyak meletup di Teluk Mexico. Tapi kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kebocoran minyak.
Pada bulan April lepas pula, sebuah platform minyak meletup di Teluk Mexico juga, menyebabkan 3 orang parah dan 17 lagi cedera.
Kejadian kebakaran di platform minyak yang menjadi legend hingga kini ialah Piper Alpha di North Sea. Semasa belajar HSE di universiti dulu pun ada termasuk bab Piper Alpha (mula2 ingatkan watak dalam siri Charm :P).
Bersyukurlah kita-kita yang kerja di pejabat ni. Mereka di platform minyak, di kilang-kilang, plant-plant, dan di mana saja yang melakukan pekerjaan melibatkan mesin dan bahan mudah terbakar, setiap masa kena berjaga-jaga. Terlepas pandang, kalau nasib baik putus jari, kalau tak, boleh putus nyawa T_T
Jadi usahlah complaint bila pekerjaan kita tak berapa menarik atau gaji tak semahal mereka. Sepadanlah dengan ke-rilex-an kita. Terlepas pandang pun, boleh Backspace, delete dan taip semula.
Tentang kejadian ni, tak perlulah buat apa-apa spekulasi. Ia memang biasa terjadi (dalam nature dunia oil&gas). Macam bawa kereta/motor, boleh eksiden. Risikonya dah ada di situ. Bagaimana nak mengurus dan menyelesaikannya, kita serahkan kepada pihak berwajib.
Sama-sama kita doakan semoga diberi kesabaran dan kesembuhan, serta keselamatan buat mereka yang terlibat dan ahli keluarga mereka.
Nota buat Hasuna : Semoga Ariff cepat sembuh dan Allah memelihara kalian.
Leave a Reply