Felt Craft Bersama Sekoci Norlie di Scriptory Box

by admin on December 16, 2010 · 5 comments

Felt craft adalah sejenis kraftangan yang dihasilkan dari kain jenis felt. Kain felt adalah sejenis kain tak bertenun yang diperbuat daripada wool fibre. Ada jenis kain felt yang lembut, yang kasar, yang lembik dan yang keras.

kain felt

Sekarang menjadi fenomena apabila felt craft begitu diminati, dan hasil daripada kain felt ni dijadikan sebagai cenderahati, key-chain, hiasan telefon bimbit dan sebagainya. Kalau di FaceBook tu, banyak pengusaha kraftangan yang selalu ‘tag’ saya dengan gambar-gambar felt craft yang mereka hasilkan, untuk dijual.

Sabtu dan Ahad lepas, sekali lagi SekociNorlie telah mengadakan kelas felt craft khas untuk ibu bapa dan anak-anak di Scriptory Box, Puchong. Beberapa pasangan ibu bapa dan anak-anak mengambil bahagian dan membuat beberapa objek dan barangan menarik dari kain felt.

kain felt

Antara peralatan untuk membuat kraftangan dari kain felt

sekoci norlie

Norlie dan anaknya

felt craft class

Antara peserta yang hadir

Di samping kelas-kelas yang telah dijadualkan di Scriptory Box, kami juga mengadakan kelas atas permintaan. Sekiranya ada kumpulan ibu bapa-anak yang berminat untuk mengikuti aktiviti membuat felt craft ini, anda boleh membuat satu kumpulan yang tidak melebihi 10 keluarga dan hubungi kay@scriptorybox.com untuk menjadualkan sesi kelas felt craft yang anda mahukan.

Aktiviti felt craft bersama Sekoci Norlie di Scriptory Box ini pasti menarik dan sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak anda akan belajar cara-cara menggunting dan menjahit kain-kain felt tersebut di bawah tunjukajar Puan Norlie. Pasti lebih menarik untuk anak-anak apabila melihat hasilnya yang begitu comel dan berwarna-warni ;)

felt craft

*gambar sumbangan istockphoto, facebook Khairina Yaacob dan Sekoci Norlie.
Share Button

{ 5 comments… read them below or add one }