, ,

Passport Antarabangsa Percuma!

admin Avatar

Ahah!

Kami adalah orang yang dalam keributan sebab lagi beberapa hari nak fly, tiket semua dah siap, tapi passport si kecik tak buat lagi T_T Maklumlah sebelum ni kepala otak maknye sarat dengan benda2 lain, tak muat dah nak cucuk thumbdrive.

Rupa-rupanya Fahry dapat pengecualian untuk pembayaran passport antarabangsa! Yeay! Tahniah Fahry. Rezeki mu nak. Bukan Fahry jer, tapi sesiapa OKU yang berdaftar dengan JKM akan mendapat pengecualian bagi pembayaran membuat passport antarabangsa, RM150 bagi kanak2 dan RM300 bagi dewasa (untuk 5 tahun). Lagi pulak dapat potong queue sebab ada kaunter khas untuk OKU. Jangan jeles eehhh.

Hmmm jangan kata ambil kesempatan pulak… Well think about it like this.. takde orang nak anak/diri dia lain dari orang lain i.e. OKU. Bila OKU dapat keistimewaan & the families are happy celerabrating diorang punya ‘bahagian’, itu adalah satu benda yang amat menggembirakan bagi keluarga2/orang2 ini. Kasik can la kan. Adakah anda seronok melompat2 bila dapat anak OKU? Adakah? Yang saya tahu ramai yang stunned buat beberapa ketika, kemudian kita terima dengan redha. Tapi bila orang offer macam2 untuk anak OKU anda, kita akan rasa gembira? Kan? Kan? Itulah antara ‘hiburan’ buat keluarga OKU. Cuba selami perasaan OKU dan keluarga mereka…

Pesanan penaja : Kalau rasa anak anda OKU jangan malu2 nak mengaku. Banyak specialnya jadi OKU. Banyak benda free, diskaun, dapat elaun.. Ape nak malu. Bukan ambil kesempatan, tapi itu hak dia. Anak OKU kita tu entitle untuk merasai keistimewaan tu, kalo kita malu nak mengaku, fikirkan tentang dia di masa depan. Bila dia didaftar dengan JKM, koman2 bila dia susah, dia boleh dapat macam2 untuk bantu dia. Bukan macam2 ape pun, at least boleh potong queue kalo beratur kat pejabat kerajaan, takle anak kita rasa rimas nak tunggu lama2 nanti. Orang lain pun boleh respek sama OKU. Cacat bukan sebarang cacat OK!

passport 001

Nak cari pejabat imigresen pun satu hal. My officemate told that it was at Maju Junction. Maka berdokonglah dua beranak ni ke Jalan TAR. Sekali, bukan kat situ. Maju Junction ada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) je, bukan imigresen. Pejabat Imigresen kat Pusat Bandar Damansara! Satu hal pulak inu yang tak biasa jalan KL sesat di tengah2 bandar. MORAL : Bawak2 le drive di KL.

Akhirnya sampai la jugak kat Pusat Bandar Damansara. Pejabat Imigresen kat Blok I. OK semuanya smooth, tak perlu queue.. cuma… masalah besarnya.. ialah surat beranak Fahry tidak dijumpai di mana2. Yang anehnya, surat beranak Hafiy pun tak ada? Kena curi dengan PATI kah?

Lalu berkejar pula ke JPN di Kota Damansara. Lupa pulak kat situ ada kaunter untuk OKU T_T Lamanya tunggu~ Dan penantian itu sungguh tidak berbaloi bila kakak kaunter memberitahu,

“Kami tak boleh keluarkan cabutan untuk Sabah & Sarawak, kena apply dulu & 2 minggu baru boleh dapat”

WHAATTTT???????? “Tapi kak, flight kami Sabtu ni, alamak kak cane ni tolong la saya nak buat rayuan bole tak..” saya berkata dengan nada yang sungguh sopan.

“Hmm.. mmg tak boleh buat apa.. ini pun sebenarnya baru je boleh amik cabutan Sabah/Sarawak kat sini. Ikutkan sebelum ni memang tak boleh langsung”

“So??”

“Kena pegi sana la..”

WHATT??

AKak yang baik hati itu menawarkan untuk contact sendiri orang di JPN Miri secara internal2. Saya berdoa semoga semuanya OK. Tapi tu pun makan masa 2-3 hari orang sana nak pos T_T

Kenapa tak boleh cabut surat beranak Sarawak kat sini? Sebab sana ikut Ordinan, sini ikut Akta. Apebenda tu nanti kena saya kawan saya, Asiah Abdul Jalil.

passport 002

Inilah bendanya surat beranak Fahry. Pelik sikit dari surat beranak budak2 yang lahir semenanjung, macam Hafiy punya kat bawah.

passport 003 

Kalau agak2 nak duduk semenanjung tu cuba jangan beranak kat Sarawak, susah wooo nak apa2. MyKid pun takde, sebab Sarawak tak keluarkan MyKid. Nak buat kat sini tak boleh T_T.

Akhirnya surat beranak Fahry selamat dijumpai di celahan fail SSPN. Ni kes lupa nak simpan balik lah ni. So esok pagi kene pegi lagi ke Imigresen 😀

P/S: Saya jatuh tangga. Sakitnyaaa! Nak berjalan pun seksa.

admin Avatar

21 responses to “Passport Antarabangsa Percuma!”

  1. lydzar Avatar

    lyna nk bawak anak-anak melancong kemana ni..syiokknyer 🙂

    saya pon ada kes lupa letak surat beranak anak-anak ni last week. puas dah kumbah semua kotak-kotak barang pindah dari penang aritu. semua takdak.

    last-last jumpa kt drawer baju mama dia ni hihihih..ape daa..seyes memang lupa ada letak kt situ.

    kepentingan surat beranak ni tak boleh disangkal walaupon anak-anak dh ada mykid kan 🙂
    .-= lydzar´s last blog ..Kalau dah sakit, sila la pergi klinik =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bukan melancong tapi melencong 😛

      yg ada myKid tu OK siktl, tapi Fahry ni, My Kid mmg takde. anak SArawak la katakan.

  2. Babe The Face Painter Avatar
    Babe The Face Painter

    Phew… I’ve finally update in my blogspot(dah canggih blogspot skrg!) takdelah banyak story pasal open day cuma adalah sikit gambar from The Bling Race.

    Btw have fun in London. Dont forget to bring you rain coat. It s raining cat and dog there.

    Hafiy goes to London to look for the queen ya? 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      heran aku apsal tak bole2 nak bukak blogspot ko nihh

      aku pun tatau la dgn mamat berdua ni. hopefuly mereka memberi kerjasama amiin

  3. Afidah Avatar

    iya . takde siapa yg suke anak oku , but u terima amanah Allah dgn hati terbuka.. well .. i rase sebak n terharu… 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      masa belum dapat mmg rasa tak sanggup, even masa mula2 dapat pun rasa susah nak percaya. tapi sekarang ni rasa takde beza je. hehe.

  4. silbiabigail Avatar
    silbiabigail

    jgn lupa bawa pen bila ke imigresen dan beli suratkabar..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      uhu. nasiblah akak mmg salu ada pen dlm beg huhu

      suratkhabar tak payah sebab ‘kami’ bleh potong queue.. OKU la katakan. ahaks. jangan jeles hokeh!

  5. Verde Avatar

    alhamdullillah everythg almost come in place 🙂
    have fun in london bebeh! u surely gonna love it!
    but not the weather laaaa…its raining and sejuk jugakkkk…padahal its summer…weird kan weather die…
    nways have a blast in london!
    .-= Verde´s last blog ..kimora-wannabe…..part2! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      huhuhu

      kami baru je shopping baju sejuk anak2, Kak VErde huhu

  6. Babe The Face Painter Avatar
    Babe The Face Painter

    kau tau tak sri rampai pun ada imigresen.. and jpn kat melawati.. lagi lengang!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      TAK TAHU uhuhu
      kalo kutahu angkut fahry gi situ je

  7. Fid Avatar

    kan dah pesan hati2
    ishh pi buh ubat
    kang nak berdukung lagik!
    .-= Fid´s last blog ..makan dalam apa jua keadaan..MUST SEE =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      dah letak zam-buk!

  8. arin Avatar
    arin

    selamat bercuti.
    cemana gaya nya dua beradik tuh nanti ek. Have fun & take care!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      *taknak fikir*

      hihihihihihi

  9. aiDiena Avatar

    Selayaknya OKU mendapat keistimewaan.. sebab lahirnya mereka lebih istimewa dari yang biasa.. 🙂
    .-= aiDiena´s last blog ..PULAU SAH BESAR: Taman Herba =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      macam lagu Siti Nurhaliza : Tak Seindah Biasa

      😀

  10. mirah Avatar
    mirah

    bestnya nak melancong tu. Balik jgn lupa upload gambar byk2 k.. 🙂

  11. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    ooo mace beranok di oversea jugop lah erk klu gitu, sbb baby SN pong xdop mykid. surat beranok pong lain drpd or elain..surat beranok dio bore W.

    eh tp meme pong swak tu oversea dr semenanjung 😉

  12. jaja Avatar
    jaja

    Salam Mommy Lyna.

    Saya nak tanya, waktu akak buat passport utk anak istimewa akak, akak bawa surat dr JKM ke atau hanya guna kad OKU tu saja?

    Sbb sy ada terbaca kena ada surat dr JKM mengesahkan si pemohon tu OKU.

    Tapi dkt Jabatan Imigresen tulis bawa kad OKU sahaja.

    Risau juga saya. Pergi bawa kad OKU semata takut tak diterima. Lagi satu, saya dah berdaftar lama dgn JKM, almost 10 years, kad pun kad zaman kuno. Hee….

    Selama ni sy renew passport bayar, br tahu yg kalau berdaftar dgn JKM, tak perlu buat bayaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge