Pak Kadok Dalam Diri Kita

admin Avatar

Kenal Pak Kadok? Hmm.. ya.. itu memang nama kampung saya tapi tak ada kena mengena dengan kisah lagenda Pak Kadok.

Pak Kadok dapat jolokan – ayam menang kampung tergadai… yelah, ayamnya yang menang, tapi sayangnya dia dah lupa awal2 dulu ayam tu dah ditukar dengan ayam Sultan, sampai tergadai pulak kampungnya…

Pak Kadok sebenarnya seorang yang hebat, seorang ‘explorer’ dari Tanah Sumatera yang datang ke Tanah Melayu mencari tempat baru. Kerana itulah dia boleh mempertaruhkan kampungnya.. sebab dia yang buka kampung itu. Tapi entah macamana, mungkin gabra bila berdepan dengan Sultan menyebabkan terus setuju dengan offer bukan-bukan.

Cut the story short, apakah sifat2 Pak Kadok yang ada dalam diri kita?

1. Tamak

Ohh saya juga. Saya memang tamak. Semua benda saya nak. Well, tamak ni dalam satu sudut bagus. Bila tamak, kita ada benda yang kita nak capai & kita akan buat macama2 untuk mendapatkannya. Tapi ada yang tak bagusnya kalau tamak ni, kita akan jadi bodoh dan bongok kadang-kadang. Tengok Pak Kadok, sebab tamak dengan tawaran Sultan, dia dah tak fikir panjang dah, takde nak kaji2 dah. Macam jugak kisah anjing dengan bayang-bayang. Tengok bayang dalam air pun boleh tertipu dengan ilusi. Cewah.

2. Perasan bagus

Kena puji dengan Sultan sikit, dah kembang satu badan. Bila dah mode happy tak tentu arah tu, orang cakap apa pun semua OK. Tengoklah, sampai sanggup tukarkan kampung dia dengan ayam Sultan. Padahal dia sendiri tahu ayam dia Si Biring tu the best rooster in town. Tak salah nak perasan bagus, mungkin itu satu affirmation yang boleh membawa kita ke tahap yang lebih bagus lagi. Tapi agak-agaklah, kontrol sikit jangan sampai memperbodohkan diri sendiri ya.

3. Tak kaji dulu

Haaa.. ini lah yang paling associate dengan kita. Tak kaji, tak studi, main percaya bulat-bulat je. Macam budak2 tengok iklan kat TV, makan Calsiyum jadi tinggi, dia pun sama percaya dengan iklan. Pak Kadok ni, banyak benda yang dia tak kaji dulu. Contohnya ayam Sultan tu betul ke hebat? Common sense pun, kenapa Sultan nak tukar ayam? Sultan taknak menang ke? Dalam hidup kita ni memang ramai yang macam ni. Terutama bab yang melibatkan DUIT. Asal orang kata buat duit je, ON. 🙂

4. Nasi biar muat periuk

Orang kata makin besar periuk, makin banyaklah keraknya. Tu takpe, yang masalahnya, periuk kecik, tapi kerak yang banyak. Pak Kadok ni nak beli baju baru takde duit, disuruh isterinya buat baju dari kertas. Berpada-pada la… kalau tak mampu, buat benda yang dalam kemampuanlah.

5. Jangan buat benda haram

Hehehe, jangan berjudi, haram…. 🙂 jadi carilah rezeki dengan cara yang halal. Kadang2 kita tak sedar bab halal-haram ni. Bukan setakat tak makan babi atau tak jual arak. Benda ni nak hurai makin panjang pulak kan.

Kisah2 dongeng Melayu ni, bila kita baca dari pelbagai sumber, kadang2 ia macam diubahsuai pun ada. Yelah macam Pak Kadok, asalnya seorang yang hebat, sampai boleh buka kampung, last-last boleh pulak jadi ala-ala Pak Pandir gitu (bodoh2 alang). Mungkin jugak masa tu beliau dah kena schizophrenia kot (nyanyuk).

Tapi cerita2 dongeng Melayu ni memang bagus untuk diceritakan kepada anak-anak, cuma perlu diolah agar pengajaran doa tu kita nampak. Sebab ia berkait dengan realiti, tak macam dongeng Mat Salih fairy tales yang penuh unsur khayalan.

Cuma ia banyak ketengahkan sifat negatif orang Melayu, sebab itu ibu/bapa kena bijak nak bercerita. Ceritakan pengajaran di sebaliknya. Supaya nanti anak-anak dapat apply dan tak lagi menjadi Pak Kadok moden.

bercerita

admin Avatar

2 responses to “Pak Kadok Dalam Diri Kita”

  1. Chris Avatar

    Info yang bagus

  2. Ramli Avatar

    kena pandai menilai cerita2 lama nie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge