Datin Orchid Abdullah Meninggal Dunia, al-Fatihah

admin Avatar

Saya terbaca di wall FaceBook, update dari Yanmie tentang kematian Datin Orchid Abdullah. Baru pagi tadi mendengar berita Datin Orchid dimasukkan ke ICU Hospital Ampang, sekarang berita pemergiannya pula.

Saya bukan peminat arwah Datin Orchid Abdullah tapi saya suka lagu beliau ‘Penawar Rindu’. Sungguh evergreen.

Arwah menghidap sejenis tumor yang dipanggil paraganglioma. Ia sejenis penyakit yang jarang ditemui, melibatkan sel-sel dalam salur darah. Bila benda berkait dengan darah ni, teringat pula pada arwah bapa mentua saya T____T

Al-Fatihah buat arwah.

Semoga berita kematian menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup ni. Bersiap sedia kerana kematian tak kenal usia. Cuma apa yang jadi penyebab saja.

Sama-sama kita doakan di hari Jumaat yang mulia ini semoga arwah Datin Orchid Abdullah dan arwah mereka yang telah pergi ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Semoga kita jua begitu, samada sekarang atau bila kita dah pergi nanti.

Mati itu satu destinasi yang pasti.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “Datin Orchid Abdullah Meninggal Dunia, al-Fatihah”

  1. Huda Avatar

    al fatihah untuk arwah datin orkid…

  2. yongnoina Avatar

    Al Fatihah buat Arwah..

    Ina baru je tgk wajah dia dlm TV aritu..Rasanya kat Nasi lemak Kopi O kot..Tak sangka dia pergi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge