4 bulan lalu… (Fahry umur sebulan lebih)
Hari ni.. (Fahry 5 bulan)
Alhamdulillah… kalau dibandingkan sangat jauh bezanya. Itu belum dibanding masa dalam inkubator yang ada harinya nampak tulang diselaputi kulit je.
Bila tengok Fahry sekarang macam tak percaya dia pernah duduk dalam inkubator dan buat Mommy-nye ni tak boleh nak tidur fikirkan dia. Syukur Fahry dah sikit-sikit dapat hambat perkembangan baby yang sebaya dengan dia (Fahry masih follow 2 months baby punya development).
Fahry memang kelakar orangnya. Sejak dia pandai menangis, dia dah mengeluarkan air mata. Hafiy dulu umur 3 bulan baru airmatanya keluar. Tear duct budak-budak lambat sikit terbentuk, sebab tu baby bawah 3 bulan biasanya nangis tak berair mata. Fahry pulak, kerjanya bergenang airmata je. Tangisnya pula sendu dan sayu syahdu gitu.
Sebab dia suka melontarkan suara sampai Tok Ma pegi mintak ‘air jampi’ (air apa yang Wak tu buat, wallahuaklam).. dengan kuasa Allah hari ni dia dah boleh duduk sorang-sorang atas katil & borak sorang-sorang. Kalau tak jangan harap! Nak bekepittt je kejenya.
Sekarang Fahry dah boleh gelak, tapi sangat misterius. Gelak-jebik-jerit.
Yang kelakar, kalau dipakaikan baju Abang Hafiy, geleng-geleng dia tak nak. Macam tau-tau aje. Kami cuba test, pakaikan seluar dia, dia diam aje. Bila turn pakai baju, baru je angkat baju Abang Hafiy, dia dah jerit sambil geleng-geleng. Lawak sungguh.
Sejak bulan lepas Fahry pandai menggeleng kalau benda dia tak suka. Abang Hafiy dolu umur 6-7 bulan kot baru pandai geleng-geleng.
Fahry yang comel… Dia dah melepasi tahap survival (dengan luka terbuka, tulang terkeluar dan doktor tak dapat buat apa-apa)
dan sekarang ni pulak turn kami untuk jaga dan didik Fahry supaya jadi seorang yang super.
Super dalam ertikata yang bukanlah boleh membaca dalam usia setahun setengah atau boleh masuk universiti dalam usia 10 tahun, tapi keupayaan untuk berbakti kepada keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan dunia. Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat pada orang lain.
Leave a Reply