Organic Skincare Products – Nutriwhite Pilihan Saya

By | July 1, 2012

Penjagaan kecantikan ni sinonim dengan orang perempuanlah biasanya. Dari luar ke dalam, atas ke bawah, semua benda nak dijaga.

Saya mula berminat dengan produk penjagaan kulit sejak dari zaman remaja. Alhamdulillah muka saya bebas dari jerawat, sikit2 adalah. Masa sekolah dulu bajet tak ada, jadi guna natural skincare. Suprisingly, masa tu mungkin rasa “Miskinnya aku, beli pencuci muka pun tak mampu” tapi sekarang sangat bersyukur sebab saya guna beras tu! Dari awal kulit muka ni selamat dari pencuci muka chemical yang er.. takut pula kalau nak cerita.

Walaupun selepas-selepas tu, yakni bila dah ada duit, macam2 jenis produk penjagaan muka (yang murah) saya cuba guna..

Namun sekarang, bila dah tahu hakikatnya, saya cuma stick pada satu.

Kenapa?

  • Saya belajar dari seseorang yang berkerja di farmasi bahawa “beli lah skincare yang mahal, mereka tu ada buat R&D, yang murah2 ni ambil dari kilang mana yang sama, lepas tu packaging je ikut brand masing2”. Ya, agak menakutkan sebab orang yang mengeluarkan brand tu entah-entah tak tahu pun apa kandungan dalam produk dia.
  • Bahan-bahan kimia yang diformulasi untuk pembuihan, emulsifier, pewangi dan sebagainya… adalah berbahaya!
  • Bayangkan tempek setompok bahan kimia di muka.

Sanggup tak pakai apa-apa, biarlah kena UVA UVB pun kalau sama je risikonya…

Akhirnya saya berkenalan dengan Nutriwhite dan Enfuselle. Mulanya agak ragu nak cuba sebab takut tak konsisten.

Tapi, agak amazing sebab cara mereka bertindak tu tak sama dengan skincare lain. Ini la kali pertama saya guna full-range dari jenama sama.

Nutriwhite dari Shaklee… inilah rangkaian penjagaan kulit muka, organic skincare products kegemaran saya.

nutriwhite shaklee

Set Nutriwhite yang saya gunakan:-

  • Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 (moisturizer)
  • Gentle Deep Foaming Cleanser (cleanser)
  • Soothing Radiance Whitening Softener (toner)
  • Daily Defense Whitening Essence
  • Spot Whitening Treatment (hilangkan jeragat)

Berkesan atau tidak, bagi saya itu belakang kira, yang penting saya tak tempek benda2 ber-chemical bahaya di muka saya ni… Suka sangat pakai Nutriwhite, kulit rasa sejuk je dan tak merengsa…

Tapi mungkin kalau anda elergik herba atau tumbuhan, tak perlu excited sangat, sebab ia herbal & plant based:-

  • Beech buds
  • Aloe vera
  • Linden
  • Skullcap
  • Mulberi
  • Mountain Arnica
  • Cat’s claw
  • Licorice
  • Peony
  • Bearberry
  • Soybean
  • Rosemary
  • Kudzu
  • Mashmallow
  • Seaweed
  • Green algae
  • Strawberry begonia

*Sila hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang kandugan tumbuhan di atas dalam produk mana satu. Kang ada yang elegik tak pasal2 aku pulak yang kena.

Saya pernah terbaca satu kajian tentang kaitan kanser dengan produk penjagaan muka yang mengandungi bahan-bahan kersinogenik (penyebab kanser). Ia bukan saja memberi kesan jangka panjang pada kulit, malah seluruh tubuh kerana ia diserap ke dalam saluran darah!

Pilihan di tangan kita kan… Samada kita rasa “Tak apa OK je” atau nak bertukar jenama, atau taknak pakai apa2 langsung. Ya, saya rasa lebih baik tak pakai apa2 langsung daripada guna benda2 yang berbahaya pada tubuh. Ish, tak percaya boleh cari sendiri maklumat tentang produk penjagaan muka dan kosmetik berbahaya.

Bagi yang ada masalah kulit muka tu, jangan terburu2 nak guna produk tu produk ni.. Ingat kecantikan bermula dari dalam. Bukan je  hati yang bersih tapi juga dari pemakanan kita… Makan haruslah halal, bersih, seimbang lagi organik. Kalau tak mampu takpelah (maklumlah organik kan mahal, Acik pun terpinga2 nengoknya)… Lakukan mana yang mampu. Janji jangan hari2 bedal fastfood.

Category: Health & Beauty

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “Organic Skincare Products – Nutriwhite Pilihan Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge