Siapa Nick Vujicic?
Seriously, saya pun baru kenal dengan beliau ni. Beliau bukanlah seorang artis yang pernah jadi kegilaan remaja perempuan satu ketika dulu – Nick Carter, atau umpama lelaki macho yang berdamping dengan Mariah Carey – Nick Cannon. Malah memang impossible si Nick Vujicic ni nak terkinja-kinja macam Nick Carter si Back Street Boy tu.
Pernah jadi kegilaan remaja perempuan kelahiran awal 80-an hahak
Nick Vujicic bukan sebarangan lelaki. Oh beliau bukan superman, apa lagi nak ada tubuh sasa macam The Rock. Apalagi gaya romantik Antonio Banderas. Tidak.. tidak.
Inilah dia Nick Vujicic…
Itu bukan gambar super impose atau tipu-tipu trick Photoshop.
Video clip tentang Nick Vujicic ni memang buat saya mengalirkan air mata…
Ini adalah video clip pertama yang ditunjukkan oleh suami saya satu ketika dulu, ketika kami sedang tercari-cari apakah potensi yang boleh digilap untuk anak-anak kesayangan kami, terutama Fahry… Maklum saja, bila kita tak sempurna macam orang lain, atau dalam kata lain, cacat, orang pandang kita tak mampu, tak boleh, tak berupaya… malah mendapat title ‘Orang Kurang Upaya’. Tapi bila saya melihat Vujicic, saya rasa saya yang kurang upaya 🙁
Nick seusia dengan saya, dilahirkan pada tahun yang sama. Tapi dalam usia ni… dengan keadaan dia yang macam tu, beliau menjadi seorang motivational speaker yang bukan saja terkenal di Australia, malah seluruh dunia. Malah beliau menubuhkan sebuah organisasi yang dinamakan Life Without Limbs sebagai duta kepada golongan sepertinya kepada seluruh dunia. Saya pula, dalam usia ni masih struggle dan terkapai-kapai, LOL. Sungguh tidak lawak.
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada beliau, dan juga mereka2 yang istimewa di luar sana. Sesungguhnya menjadi pembakar semangat dan motivasi untuk membesar dan mengasuh anak-anak saya, bukan sekadar menjadi orang, tapi menjadi insan yang berbakti.
Pada masa yang sama, rasa jatuh air muka tahap dewa kelapan belas tu memang tak boleh nak elak. Saya ni anggota semua cukup, rupa pun boleh tahan, hidup tak perlu struggle.. tak payah hadapi buli sana buli sini atau diskriminasi… tapi kejayaan cuma atas benda sangat tipikal saja, cuma buat benda rutin, hari-hari ulang proses sama. Tak ada benda yang extraordinary pun…
Apakah yang ada pada manusia Nick Vujicic ni. Manusia ke apa, alien gamaknya.
Sebenarnya beliau ni seorang Kristian yang devoted. Orang kata waraklah kalau dalam bahasa kita. Kehidupan dia memang struggle, mana taknya, keadaan macam tu… bukan senang nak hadapi hidup. Bayangkan aje Fahry pun boleh kecil hati bila budak2 lain pandang dia ‘pelik’ (mungkin mereka kagum sebab Fahry kacak sebenarnya). Inikah pula sorang manusia yang tak bertangan tak berkaki yang sempurna… Bayangkan bagaimana lah dia hadapi semua tu. Tapi satu benda, dia mengembalikan semuanya kepada agama dia. Memetik dari website beliau, Life Wihout Limbs ….where it talks about a hope and a future, and seeking God with all your heart, I knew that I needed to refocus my attitude toward praise concerning what I did have and to realize God did in fact have a divine plan, hope and future for my life that was good, regardless of my circumstances….
Lagi sekali terasa kena hempuk kepala. Kita kalau sekali kena susah, ke mana kita pergi? Adakah kembali ke tikar sembahyang? Biasanya pegi ‘shopping therapy’, atau paling tak meroyan di FaceBook, tol tak? LOL.
Hmm.. asalnya mencari info tentang Fahry, tapi akhirnya memberi banyak input kepada saya sendiri.
Ada banyak benda di sekeliling kita, ada yang kita tak boleh ubah, ada yang kita boleh ubah. Benda yang paling boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Kalau kita sendiri taknak berubah, tak payah nak salahkan keadaan ke, kisah silam ke, didikan mak bapak ke, pasangan ke… Pilihan tu terletak di tangan kita.
Terima kasih Nick Vujicic, terima kasih Fahry.
Terima kasih Allah kerana mengurniakan Fahry kepada kami. Survived from prematurity, hidup tanpa sebelah kaki, bukan sebab untuk Fahry tidak berada bersama kanak-kanak lain. Di mata kami Fahry sama saja macam Hafiy, macam kawan2nya yang lain. Kadang2 ada juga yang memberi pelbagai cadangan (mungkin di mata mereka pandangannya lain, jadi kita hormati pandangan mereka), tapi bagi kami Fahry tiada masalah. Tempat dia adalah bersama-sama dengan orang lain dalam masyarakat. Memang dia OKU, ada kad OKU lagi. Tapi itu hanya sekadar pengenalan diri, dan menghormati hak beliau. Walaupun dia anak saya, tapi saya tak boleh nak melindunginya sepanjang masa. Saya kena hormati juga hak dia.
Kad kenal diri OKU Fahry
Kesian budak ni, dah nak masuk bulan 3 kaki palsunya tak siap-siap lagi. Entah teknologi apa la yang pakcik Jerman tu buat untuk Fahry. Pakai teknologi kereta Audi gamaknya 😀 (*berangan nak buat poket kat kaki palsu Fahry, kat dalam tu letak benda2 yang boleh digunakan sewaktu kecemasan. Ala2 poket Doraemon gitu. LOL, apa punya impian daaa~)
Terasa macam nak baca buku ni, tapi di Kinokuniya cuma ada yang hardcover saja. Sungguh tidak berminat sebab susah nak lunyai LOL. (Tapi kalau ada orang nak kasik hadiah, ai ON aje *wink wink*)
So, ada yang terkesan tengok video Nick Vujicic tadi? (Ke aku sorang je yang emo berlebihan?)
*Kawan2, cukuplah berkata “Sabarlah menerima keadaan Fahry”, kalau korang datang jumpa dia korang takkan tergamak cakap macam tu. Mungkin korang akan cakap “Sabarlah layan karenah Fahry” 😀
Leave a Reply