“AKu nak merancang kewangan dengan menabung. Cukup duit boleh buat downpayment beli kereta. Yahoo!”
“Cukup duit bolehlah hantar mak pegi Mekah”
“Nanti cukup duit I masuk minang you”
Antara ayat-ayat tipikal bila bercakap soal perancangan kewangan. Cukup duit.. Berapakah nilai cukup duit tu? Bila dah sampai tahap rasa ‘cukup duit’ tu, datang pulak benda lain yang menjadikan duit tak juga cukup-cukup. Dari nak bayar downpayment kereta, jadi bayar installment beli home theatre.
Kita nak duit yang cukup, tapi tanpa meletakkan asas atau benchmark kepada nilai ‘cukup duit’ tu kadang-kadang membuat tujuan kita tersasar.
Dari nak hantar emak pegi Mekah, jadi duit belanja hantaran kahwin.
Dari nak masuk minang awek, jadi bayar hutang kad kredit.
Jadi tak pernah cukup-cukup.
Meletakkan asas kepada target kita adalah penting supaya kita tak tersasar dan terus berada di landasan yang betul. Mengumpul duit sehingga cukup memang betul, tapi berapa? 5 ribu? 10 ribu? 80 ribu? 15 juta?
Untuk meletakkan benchmark ni kita perlu ada kesedaran tentang ekonomi dan kehendak sosial semasa. Contohnya untuk beli sebuah rumah berharga RM100 ribu, kita mungkin perlukan sekurang-kurangnya RM20 ribu secara tunai untuk urusan pembayaran wang muka dan kos-kos lain. Jadi mesti ada target untuk mencapai wang simpanan sehingga RM20 ribu bagi urusan pembelian rumah.
Jika hari ini kita masih belum ada sebarang simpanan, dan target untuk beli rumah yang sama, kita boleh buat forecast dalam masa berapa tahun wang simpanan kita cukup untuk menanggung kos tersebut, di samping itu nilai rumah tersebut pada masa hadapan. Rumah yang hari ni harganya RM100 ribu tak akan berharga RM100 lagi ada tahun depan, apa lagi 5 tahun akan datang. Kecuali kalau rumah itu kat tempat jin bertendang, atau area yang tidak menjadi perhatian orang dan pembangun bandar.
Jadi mesti ada perkara ini dalam kepala:
1. Anggaran harga rumah tersebut 5 tahun lagi (sekiranya nak beli lagi 5 tahun)
2. Anggaran wang tunai atau aset cair yang perlu ada dalam masa 5 tahun lagi.
Katakan kita dapat anggar rumah tersebut akan naik harga RM10 ribu setahun, jadi dalam masa lima tahun harganya jadi RM 150, maka kita perlu sediakan wang tunai atau aset cair sebanyak RM30 ribu bagi menampung kos untuk membelinya. Maknanya kita perlu menyimpan sebanyak RM 6 ribu setahun bagi mengumpul jumlah tersebut. Katakan gaji kita RM 2000, maknanya tiap2 bulan perlu commit RM 500 bagi tabung membeli rumah.
Ini cuma contoh saja.
Bila ada target dan plan, kita akan tahu apa nak buat. Jadi tak ada lah terkebil2 tunggu duit cukup, termimpi2 wang jatuh dari langit.
Harga rumah, harga barang, harga semua benda atas dunia ni memang akan naik. Jadi tak usah bermimpi kalau kerajaan lain memerintah semua harga barang akan turun atau jadi stabil. Cuma ia boleh dikawal tapi kenaikan harga barang, terutama benda2 yang mengalami scarcity (kekurangan) ni tak boleh kita nak elak.
Apa yang boleh kita buat ialah merancang masa depan dan kewangan kita dengan sebijak mungkin.
Letakkan target berapa ribu nak simpan dalam masa sekian tahun dan berusaha ke arahnya. Simpanan ni bukan saja dalam bentuk buka akaun di bank, boleh jadi macam2 bentuk.
Bestnya kalau saving duit semudah tekan butang ni je hehe.
Mungkin ada orang berpendapat “Tak apa, hari ni rezeki lain, esok lusa rezeki lain” tapi membuat perancangan adalah sunnah. Kita bukan tahap Ibu Imam Syafie yang menghabiskan semua bekalannya pada hari itu (dengan bersedekah kepada orang lain, bukan shopping di Mid Valley) dan mengharapkan rezeki yang lebih baik untuk hari esok.
Bak kata Saidina Ali “Kebatilan yang berstrategi adalah lebih baik daripada kebenaran yang tidak berstrategi”.
Jadi bina strategi dan rancang kewangan anda. Tak ke seronok kalau kita dapat sediakan sebuah rumah, kereta, pendidikan, perubatan yang sempurna buat keluarga kita hasil dari perancangan kewangan dari awal?
Jadi, bila dan berapa target simpanan anda?
Leave a Reply