Menyusukan Anak Adalah Rezeki

admin Avatar

Menyusukan anak bergantung kepada rezeki? Betulkah? Benarkah ibu yang tak mampu menyusu badan itu sebab tak ada rezeki dia dan anak?

Rezeki maksudnya pemberian. Ya, menyusukan anak adalah pemberian dari Tuhan. Bukan itu sahaja malah tergeraknya hati untuk mencari ilmu penyusuan adalah hidayah pemberian-Nya juga. Sebab tu kita kadang2 pelik kenapa orang2 tertentu boleh mempunyai pemikiran yang begini-begini, kerana itulah pemberian atau rezeki yang diberi oleh Tuhan terhadap mindanya.

Saya percaya akan rezeki ini. Kerana saya ialah orang yang sama, semasa mula menyusukan Hafiy hampir 3 tahun lepas. Semasa dalam pantang, susu badan melimpah ruah, hingga saya jadikan siraman pada pokok2 bunga mak saya. Hafiy pun badannya macam dipam-pam. Stok beku penuh satu peti ais, sampai terpaksa dibuang sebab expired. Masa bekerja kena pakai breastpad, kalau tak boleh basah baju. Ejection reflex berlaku setiap masa. Semasa menyusukan Hafiy kena ada satu kain lapik sebelah sebab meleleh2 sama.

Itu masa Hafiy. Masa Fahry, semua tu tak ada. Tak pernah merasai engorgement sejak dia lahir hingga sekarang. Ejection relfex tak pernah rasa. Even semasa Fahry baru lahir, susu yang dapat saya pam hanya cukup2 untuk keperluan dia pada hari tu, even if saya pam 3 jam sekali. Hasilnya cuma 10ml… bayangkan je lah banyak mana tu. Lepas tu pulak bila Fahry membesar ni macam2 benda terjadi kepada stok yang memang dah ada seciput tu. Balik2 dari London, tengok2 rumah blackout. Habis semua stok susu. Kumpuuulll balik. Lepas tu selang 2-3 minggu, balik2 kerja tengok pintu peti tak tutup rapat, beberapa kali terjadi.

Itulah dia situasi berbeza. Mungkin masa Hafiy dulu kurang bersyukur dengan nikmat susu yang banyak, bila time Fahry, diberi benda yang susah, payah. Sampai hari ni tak pernah rasa pengalaman masa Hafiy dulu. Tapi tu semua bukan alasan.

Haruslah semua itu disyukuri kan. Tapi bukan semata2 rezeki disalahkan bila kita tak boleh nak buat sesuatu. Punca usaha ialah dari kita sendiri juga. Allah takkan mengubah nasib kita kalau bukan kita snediri yang mengubahnya. Tawakal itu selepas usaha, bukan dengan takde apa2 usaha, tiba2 nak tawakal. Itu tukul namanya. Sebelum tawakal tinggalkan unta, tambat dulu untanya. Sebelum tawakal atas nasib, usahakan dulu sebaik mungkin.

Kerana rezeki tu bukan saja pada hasilnya, kemampuan nak berusaha itu adalah rezeki. Menolak untuk berusaha tu namanya menolak rezeki. Dan takdir kita ni untuk dapat sesuatu kena dengan usaha.

admin Avatar

19 responses to “Menyusukan Anak Adalah Rezeki”

  1. lydzar Avatar

    penyusuan sy kpd hadif pon sekadar cukup mkn juga skg ni..tp tetap berusaha..jgn la patah semangat

    1. Mommy Lyna Avatar

      yaaa itu semangat yang kita cari!

  2. salzahari Avatar
    salzahari

    setuju sgt, sebagaimana kita berusaha utk rezeki2 yg lain….

  3. amirah Avatar

    yela lyna, redha kalau itu rezeki Allah beri lepas dah habis usaha dan doa..usaha kenala sehabis baik..
    .-= amirah´s last blog ..Tiz Zaqyah yang cun =-.

  4. ina Avatar

    Momy lyna..ur xperience sama macam saya..sebijik gedebuk…time 1st baby..melimpah ruah…Ejection reflex anytime..tido malam pun basah baju…but 2nd baby n 3rd baby..memang tak merasa langsung smer tuh..just semangat jer la nak bf gak..at least 6 mon..even dah campur..tapi kat rumah saya still direct bf.
    Saya juga nak cuba shaklee trial pack tuh..camner yer…tq..
    .-= ina´s last blog ..Winning RM19000 =-.

  5. aidie Avatar

    saya pernah gak stock susu rosak..tapi bukan sebab blackout. tapi hubby gi tutup main switch masa nk balik raya without my knowledge. Sedih seh..berhari2 menangis mengenangkan stock susu. tapi sib baik ada simpan skit kat umah mak. So pengajaran, its good to have alternative storage. kalau takde parents dekat2, maybe between friends.
    .-= aidie´s last blog ..My Experience delivering Nadirah at home =-.

  6. Nani Avatar
    Nani

    eh, kebetulan pulak..catatan dlm diari saya hari ni pun pasal pemberian jugak. hehe..diari..eceh eceh

  7. mrs_zura Avatar

    Anak saya Habib ada rezeki minum susu badan sampai umur sebulan lebih sahaja…itu pun xpernah minum direct sebab dia xlarat nak menghisap sendiri..saya pam susu sampaila susu tu dah xnak keluar lagi…
    .-= mrs_zura´s last blog ..Budak Demam Ngadu ngan Mickey =-.

  8. PDM Avatar

    Hi Lyna,
    I masih lagi tak dapat masa nak menulis article pasal pengalaman penyusuan ibu.However, I agree on the part about susu and rezeki.Rezeki yg Allah beri pada ibu yg menyusukan anak antaranya ialah ‘tenaga’.The amazing energy that you’ll get walau sakit sambil menyusukan pon boleh jadi cepat baik.Ini salah satu dari mcm2 form of rezeki yang you akan dapat.Yg penting ikhlas.
    .-= PDM´s last blog ..The Aqiqah Ceremony of Amelle Hasna =-.

  9. mommynadia Avatar

    owh seddeynye!
    sy sentiasa berdoa semoga my next baby dipermudahkn segala urusan penyusuan..
    but yet, kita jgn cepat mengalah..skrang ni ramai pakar2 dlm bf ni, just contact them when we faced prob with bf..
    Every babies kan uniq..so ada masalah tersendiri..
    just realized after read many blogger mommies who has prob with 2nd baby’s bf..
    .-= mommynadia´s last blog ..Potty Train Part II- Buy the right equipments! =-.

  10. zai Avatar

    sama ngan zai…stock susu cukup2 makan aje…untuk hari2 bekalan firas…tapi bersyukur…kerana itu merupakan rezeki…klu ade lebih buat stock….
    .-= zai´s last blog ..Bila Diri Disayangi =-.

  11. zety zainal Avatar

    lesson of the day sentiase bersyukur kan? zety plak,utk 2nd bb aritu mmg over beria smgt nk fully bfkan atleast longer than yg 1st,syukur sgt2 urusan dimudahkan dan murah rezki sbb dpt pam medela free dgn storage botol free,hah,amikk..bile niat kite baek Allah bls baekk..kan? jgn alpaaaaa 😉
    .-= zety zainal´s last blog ..I smell food giveaway =-.

  12. HidrogeN Avatar

    wahai para ibu, janganla kamu takut nk menyusukan anak kamu sendiri.
    .-= HidrogeN´s last blog ..Berita BAIK untuk bakal PELABUR M6 !!! =-.

  13. fid Avatar
    fid

    Alhamdulillah

  14. Nic Avatar
    Nic

    Lyna.. huhu.. Nic masih bersedih sbb EBM sefreezer penuh rosak kes terlupa tutup frezer (yg pelik, of all the days nic balik awal, aritu bolehnya gie makan luar dulu).
    Sekarang nie doa dan usaha utk stock up balik.. Susu nic pun bukanla meriah.. Doa sangat dapat maintain BF for as long as it takes.

  15. ANip Avatar

    byk khasiat susu ibu..
    .-= ANip´s last blog ..Nothing Is Impossible!!! =-.

  16. Jue Avatar

    Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki my baby.. Susu i start ada masa pregnant 6 bulan and Alhamdulillah till now still ada and byk mcm dulu.. Masa nak bersalin mmg Allah nk uji, tp Allah bg kesenangan bila nk breastfeed my baby.. So, ape2 pon bersyukur coz if Allah bg kesusahan kat satu2 benda, Allah akan bg kesenangan kat tempat or benda lain.. 🙂
    .-= Jue´s last blog ..A Colorful Night @ i-City- Shah Alam =-.

  17. Liyana Avatar

    Salam,
    saya plak prob masa anak pertama, tak pernah engorged sepanjang menyusu dia, tak pernah rasa basah baju etc. menten mcm biasa ja, tp alhamdulillah ok ja susu..
    masa anak kedua baru terasa mcm org lain kat, breast bengkak la, kena pam jugak kalau idak demam la, mcm2..

    apa yg saya tahu ialah, walaupun telah ditetapkan rezeki macam tu, tp dengan usaha, Allah boleh ubah hakikat rezeki itu. sebagai contoh, kenapa Allah izinkan sihir berlaku? sebab si tukang yang nak kenakan orang tu tidak berputus asa, tak jadi sekali, dia buat 20 30 kali, maka Allah perkenankan la. Itu perkara terlarang iaitu sihir, pun Allah perkenan, inikan pulak hal susu anak..

    Ada satu lagi cerita masa Nabi Ibrahim. Cerita pasal rezeki dan ajal. Pada satu hari, Malaikat Jibrail datang jumpa Nabi Ibrahim dan bagi tau kat baginda yang ada seorang pemuda ni akan mati pada malam itu. Sedangkan Nabi dah tahu, pemuda tu akan kawin pada keesokan harinya. baginda duk berasa yg sgt kuat nak gi bg tau kat pemuda nih, kawin jer la malam ni, sbb besok kamu dah putus rezeki (mati). Tapi, bila difikir2kan balik, Baginda tak jadi bagi tau, sebab hal2 rezeki dan ajal ni adalh rahsia Allah. So, pada keesokan harinya, Nabi Ibrahim pergila kerumah pemuda nih, nak tgk apa dah jadi. tengok2 pemuda tu hidup ja, malah terus hidup sihat dan bahagia selama 70 tahun. Jadi, nabi Ibrahim tertanya2 la, takkan Jibrail tipu baginda. So dia tanya Allah, kenapa pemuda tu terus hidup sedangkan dijanjikan padanya ajal pada malam itu. Jawab Allah, sebab pemuda tu telah mensedekahkan separuh hartanya sempena meraikan perkahwinan dia, maka Allah ubah qada’ dan qadar nya.

    Maka, kalau yakin dengan rahmat dan kasih sayang Allah, what we have to do hanya lah berusaha. Jangan sesekali kata “dah rezeki dia macam tu..” kalau usaha sekali tak dapek, usaha la 500 600 kali..Itu lah sabar..sabar bukan pasrah dan duduk macam batu, tunggu ja, redha ja. tapi sabar adalah sustenance, dalam mencari jalan keluar

    oops, sori terpanjang..
    p/s: maybe kalau kita bersedekah lebih skit, rezeki kita dan anak2 lebih murah..

  18. reitak Avatar

    so true…I pun 1st baby bnyk now 2nd nih…hmmm kekurangan ;p tapi apapun bersyukur ngan ape yg diberikan…
    .-= reitak´s last blog ..Restaurant Hj Shahrin Low =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge