, ,

Menjadi Ahli Perniagaan Yang Berjaya

admin Avatar

Keluarga saya bukanlah dari golongan peniaga. Ayah dan emak saya adalah kakitangan kerajaan. Begitu juga makcik dan pakcik saya kebanyakannya adalah kakitangan kerajaan.

Namun ada seorang pakcik saya… beliau adalah seorang yang kurang cemerlang dalam pelajarannya. Oleh itu peluang untuknya menyambung pengajian ke peringkat tinggi adalah tipis. Jadi tak adalah beliau mengikut jalan tipikal makan gaji seperti orang lain. Pakcik saya bermula sebagai pembantu kedai. Hari ini beliau memiliki rangkaian perniagaan sendiri.

Pakcik saya bukanlah seorang yang terkenal seperti Syed Mokhtar al-Bukhary, namun keperibadiannya dalam membina empayar perniagaan adalah contoh terbaik untuk saya ikuti. Beliau amat menitikberatkan elemen-elemen Islamik dalam perniagaannya.

1. Perniagaan yang halal

Ini adalah perkara wajib bagi peniaga Muslim. Walaupun menjadi seorang usahawan internet, namun jangan menggadaikan maruah agama dek kerana pasaran yang lebih besar terhadap benda-benda yang tidak menepati prinsip Islam.

2. Meraikan persaingan

Di dalam Islam tidak ada istilah persaingan, sebaliknya ia mengutamakan konsep takaful atau kerjasama, saling lengkap-melengkapi. Ini adalah nilai yang sudah hampir pupus dalam diri kebanyakan pengusaha dan peniaga Muslim. Sanggup tikam belakang dan ‘makan dalam’ untuk menjatuhkan sesama pengusaha ini.

3. Berurusniaga dengan Allah

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi (Surah al-Faatir : 29)

Tahukah anda bahawa ada seorang ulama yang mempunyai empayar perniagaan tidak pernah membayar zakat? Beliau adalah Abu al-Laits yang mempunyai rangkaian perniagaan yang besar tapi tak pernah membayar zakat.

😀

Abu al-Laits tidak pernah membayar zakat kerana harta dari hasil perniagaannya tidak pernah disimpan sehingga cukup haul (setahun). Keuntungan yang diperolehi digunakan untuk membantu orang miskin, membangunkan ummah dan untuk kepentingan Islam.

Meletakkan Allah sebagai rakan kongsi bisnes kita, akan membuatkan kita sentiasa terbina sebagai seorang usahawan yang berdisiplin dan tidak mementingkan diri sendiri dan berorientasikan keuntungan semata-mata.

4. Menyediakan sarana untuk membantu ahli keluarga dan masyarakat

Imam Abu Hanifah menggunakan hasil dari perniagaannya untuk menyara murid-muridnya.

Bagi kami, anak-anak buahnya, pakcik saya menyediakan peluang2 pekerjaan, terutama untuk adik-adik dan sepupu saya yang baru menamatkan pengajian. Bukankah satu wasilah yang amat baik bagi mendorong anak-anak muda (terutama anak buah) menjalankan kerja berfaedah dengan menyediakan peluang2 ini. Maka tak adalah anak-anak buahnya yang berpeleseran sebab tak ada benda yang boleh dibuat.

5. Jujur dalam menjalankan perniagaan

Walaupun zaman sekarang, kata orang “Siapa lebih licik, dia akan cepat berjaya” tapi kita perlu ingat, Allah menggunakan hukum yang sama sepertimana yang diturunkan kepada Nabi kita. Berjaya di dunia bukan cermin kejayaan di akhirat, namun ia bukan juga sebaliknya. Menurut satu hadis (maaf, lupa perawinya), Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa “Kesengsaraan yang paling perit ialah susah di dunia dan susah di akhirat”.

Untuk berjaya, banyak jalan mudah, tapi kemudahan yang tidak berlandaskan syariat tidak membawa makna apa-apa. Berniaga bukan semata-mata untuk wang, atau kerana minat, tapi menjalankan urusan di bawah undang2 yang telah ditetapkan oleh Allah.

Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit (Surah at-Taubah : 28)

6. Jauhi sifat dengki

Sifat dengki telah menyebabkan iblis dilaknat Allah, kerana dengkinya terhadap Nabi Adam. Disebabkan perasaan dengki dan iri ini iblis telah berusaha menggoda Nabi Adan dan Hawa sehingga mereka berdua dicampak keluar dari syurga. Usaha mereka berterusan menggoda anak-anak Adam agar masuk neraka bersama mereka.

Perniagaan pakcik saya adalah yang biasa-biasa, dan ramai pengusaha lain yang membuat benda yang sama. Namun pakcik saya berusaha keras untuk memajukan bisnesnya, dan tidak pernah mengaitkan dengan pengusaha lain. Malah menjadikan kejayaan orang lain sebagai motivasi baginya untuk terus berjaya.

Bagi saya ahli perniagaan yang berjaya bukanlah orang yang paling kaya, tapi orang yang paling berbakti kepada masyarakat sekelilingnya, dan berbakti kepada agamanya. Apa guna kalau berjaya dan kaya tapi kedekut, atau tamak dan menjalankan kegiatan perniagaan secara monopoli. Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain (maksud hadis).

Marilah kita sama-sama mendoakan ahli-ahli perniagaan ini tidak akan kelabu mata dengan kejayaan yang sedikit di dunia ini. Sama-sama kita bersaing secara sihat (win-win) agar semua dapat membina empayar masing-masing dan menakluk kembali dunia.

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh (Surah as-Shaff : 4)

Semoga kita semua akan jadi ahli perniagaan yang berjaya 😉

admin Avatar

22 responses to “Menjadi Ahli Perniagaan Yang Berjaya”

  1. mommy icha Avatar

    salam along, hadha nak share yg ni 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam Hadha.

      Oh silakan aja buk. 😀
      Kredit jgn lupa kikiki.

  2. Nik Ha Avatar

    sangat suka dgn n3 ini.please me my mentor (ayat merayu ;))

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Saya bukan mas Idayu
      Wohowohohooo

      1. Nik Ha Avatar

        takpe mas Lyna lagi best..he..he..

  3. kak N Avatar

    Sangat insaf membaca entry ini. Semoga ramai muslim yang berpegang kepada prinsip kejujuran dan ikhlas agar dapat membantu ummah.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      semoga kita pun dapat lakukan apa yang patut…

  4. eliss Avatar

    best jugak jadi peniaga kalo kena cara 🙂 mudah masuk syurga dan senang nak masuk neraka..pilihan terletak ditangan kita 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak susah kalo nak susah
      tak senang kalo nak senang hehehe

      kan kan kan

  5. ibuhakimhaikal Avatar

    Thanks for the info…mntk izin nk share kat blog sy ye Along..Hidup GBS.. 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bole2

      🙂

  6. adorablemuslimah Avatar

    Good article for reference =)
    Keep up writing gud stuff sis lyna

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      semoga Allah terus memberi kan kita ilham yang baik2 🙂

  7. june Avatar

    tingin nk jadik bisneswoman tp selalu kesian kat orang.. kalu jual brg mesti jual rega beli. kes haru!

  8. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    canie june bole jual Shaklee. hehehe.

  9. MommaMia Avatar

    tunjuk ajar ku sifu…
    mekaceh!!!

  10. Ida Avatar

    Sangat menarik dan ilmiah. Tq along for sharing. Semoga kita berjaya dan menjadi wasilah utk org lain pula. Nk share article ni ya di blog ida.

  11. mama faiz Avatar

    good info sharing..akak pun nakshare lah artikel ni katblog….. bukan ape… skrg ni dah ramai yang nakstart berniaga..jadi sekurang2nya bolehjadikan info2ni sebagai asas..barula berniaga tu berkat dan dimudahkan..InsyaAllah

  12. zik Avatar

    syukran2.. sekarang nie susah betul nak cari peniaga yang betul jujur….

  13. Asiah Abd Jalil Avatar

    Ramai orang berkempen suruh utamakan produk orang Islam berbanding bukan Islam. Masalahnya, selalu saya jumpa, peniaga bukan Islam lebih jujur dari peniaga Islam, beri perkhidmatan lebih baik, wujudkan hubungan lebih erat dengan pelanggan dan jaga kualiti produk (misalnya soal halal haram) lebih baik dari peniaga Islam sendiri!

  14. naim Avatar
    naim

    minta copy ye

  15. Paula Avatar

    Yesterday i spent 300 $ for platinium roulette system , i hope that i
    will earn my first money online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge