Dari Geneva, kami menaiki tren ke Lausanne. Lausanne adalah ibu negeri Vaud yang terletak di bahagian Barat Daya Geneva. Ia terletak di bahagian utara Tasik Geneva yang bakal kami nikmati pemandangannya.
Kami tiba di Lausanne dalam jam 10 pagi. Masih awal untuk check-in hotel. Tapi kami perlu untuk awal sebab tak tahu hotel tu letaknya di mana. Maklumlah, pertama kali sampai ke sini. Dengan hanya berbekalkan peta yang siap dicetak, kami mencari arah menuju ke hotel.
Apa yang menggelikan hati, dari Lausanne CFF, kami mendaki entah berapa ratus anak tangga untuk sampai ke bahagian bandarnya. Rupa-rupanya ada train yang terus sampai ke depan hotel kami T__T Tak apalah, baru namanya mengembara ๐
Disebabkan masih awal, kami masih belum dapat check in, lalu kami mengambil tren ke Ouchy, untuk ‘survey’ sebelum menaiki bot di Ouchy untuk misi menelusuri Tasik Geneva.
Ouchy adalah stesen terakhir yang mana terletaknya pangkalan untuk menaiki bot di Tasik Geneva. Kami berhasrat nak ke Pergununan Evian, tapi malangnya pada hari itu tiada bot ke sana. Dan kami cuma ada 2 hari di Lausanne. Jadual memang padat!
Jadi cuma boleh buat perjalanan ke Montreux saja.
Selepas membeli tiket, kami menikmati pemandangan di sekitar Port d’Ouchy. Pemandangan yang sangat indah, dengan gunung-ganang menghias latar belakang. Tasik hijau yang luas terbentang. Terasa seolah-olah deja vu, bagaikan tak percaya saya dapat berada di sini. Subhanallah, kagum dengan keindahan alam ciptaan-Nya.
Kemudian, kami balik ke hotel untuk check in, makan tengah hari, solat dan berehat. Bot kami berlepas dalam jam 3 petang. Jadi selepas selesai urusan, kami segera ke Ouchy semula. Cuaca terik memasuki musim panas, namun angin sepoi-sepoi bahasa sangat nyaman menampar pipi.
Si Comel saya, Danny yang baru pandai berjalan, seronok berlari-lari di sekitar padang kecil yang ada di situ. Ramai keluarga dan kumpulan remaja bersantai sambil berpiknik. Apa yang mengkagumkan, mereka kelihatan amat sopan dan tidak kelihatan ‘berbahaya’.
Bila bot kami tiba, hati rasa berdebar untuk menyaksikan apakah yang bakal terhidang buat kami. Pastinya ia adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Hingga kini masih terbayang keindahan dan kedamaian Tasik Geneva.
Saya sangkakan si Comel mungkin berasa ‘gayat’ bila berada dalam bot. Namun ternyata Danny amat mudah menyesuaikan diri. Teringat sewaktu perjalanan ke offshore, semua orang wajib pakai jaket keselamatan. Tapi untuk tujuan rehlah, mungkin tidak ๐
Bila mula bergerak meninggalkan Port d’Ouchy, mata saya tak lepas2 dari memandang sekeliling. Sungguh cantik dan mendamaikan. Ciptaan Ilahi.. terasa seperti memandang sebuah lukisan yang saya biasa lihat di dinding-dinding. Dan juga seperti melihat kalendar-kalendar yang memaparkan gambar-gambar pemandangan sebegini.
Tapi gambar yang saya ambil tak cantik, kamera murah dan tiada skill pula ๐
Dalam perjalanan ke Montreux, kami singgah di beberapa bandar, termasuk bandar di mana syarikat pembuat makanan terkemuka, Nestlรจ diasaskan. Saya akan sambung dalam entry yang lain. Saya tak dapat nak upload lebih banyak gambar kerana masalah nak transfer dari iPad. Walau bagaimanapun, sehingga kini saya amat merindui ‘bau’ Tasik Geneva. Sungguh natural dan sangat indah. Membawa saya kepada cerita-cerita zaman kanak-kanak saya yang kini cuma fantasi dan memori.
Switzerland, negara yang sangat indah dan bersih. Insya-Allah saya akan sambung lagi dengan pengembaraan kami yang lebih menarik di Switzerland.
Leave a Reply