,

Menelusuri Tasik Geneva dari Kota Lausanne

admin Avatar

Dari Geneva, kami menaiki tren ke Lausanne. Lausanne adalah ibu negeri Vaud yang terletak di bahagian Barat Daya Geneva. Ia terletak di bahagian utara Tasik Geneva yang bakal kami nikmati pemandangannya.

lausanne switzerland

Kami tiba di Lausanne dalam jam 10 pagi. Masih awal untuk check-in hotel. Tapi kami perlu untuk awal sebab tak tahu hotel tu letaknya di mana. Maklumlah, pertama kali sampai ke sini. Dengan hanya berbekalkan peta yang siap dicetak, kami mencari arah menuju ke hotel.

Apa yang menggelikan hati, dari Lausanne CFF, kami mendaki entah berapa ratus anak tangga untuk sampai ke bahagian bandarnya. Rupa-rupanya ada train yang terus sampai ke depan hotel kami T__T Tak apalah, baru namanya mengembara ๐Ÿ™‚

20130104-011331.jpg
Stesen Keretapi yang betul-betul depan pintu hotel kami
kembara switzerland
Menahan silau di Bandar Lausanne

Disebabkan masih awal, kami masih belum dapat check in, lalu kami mengambil tren ke Ouchy, untuk ‘survey’ sebelum menaiki bot di Ouchy untuk misi menelusuri Tasik Geneva.

lausanne ouchy

Ouchy adalah stesen terakhir yang mana terletaknya pangkalan untuk menaiki bot di Tasik Geneva. Kami berhasrat nak ke Pergununan Evian, tapi malangnya pada hari itu tiada bot ke sana. Dan kami cuma ada 2 hari di Lausanne. Jadual memang padat!

geneva lake

Jadi cuma boleh buat perjalanan ke Montreux saja.

Selepas membeli tiket, kami menikmati pemandangan di sekitar Port d’Ouchy. Pemandangan yang sangat indah, dengan gunung-ganang menghias latar belakang. Tasik hijau yang luas terbentang. Terasa seolah-olah deja vu, bagaikan tak percaya saya dapat berada di sini. Subhanallah, kagum dengan keindahan alam ciptaan-Nya.

ouchy port
Bertafakur, hehe

Kemudian, kami balik ke hotel untuk check in, makan tengah hari, solat dan berehat. Bot kami berlepas dalam jam 3 petang. Jadi selepas selesai urusan, kami segera ke Ouchy semula. Cuaca terik memasuki musim panas, namun angin sepoi-sepoi bahasa sangat nyaman menampar pipi.

20130104-011501.jpg

Si Comel saya, Danny yang baru pandai berjalan, seronok berlari-lari di sekitar padang kecil yang ada di situ. Ramai keluarga dan kumpulan remaja bersantai sambil berpiknik. Apa yang mengkagumkan, mereka kelihatan amat sopan dan tidak kelihatan ‘berbahaya’.

20130104-011540.jpg

Bila bot kami tiba, hati rasa berdebar untuk menyaksikan apakah yang bakal terhidang buat kami. Pastinya ia adalah pengalaman yang tak dapat dilupakan. Hingga kini masih terbayang keindahan dan kedamaian Tasik Geneva.

geneva lake
Bendera Perancis di depan, bendera Swiss di belakang

Saya sangkakan si Comel mungkin berasa ‘gayat’ bila berada dalam bot. Namun ternyata Danny amat mudah menyesuaikan diri. Teringat sewaktu perjalanan ke offshore, semua orang wajib pakai jaket keselamatan. Tapi untuk tujuan rehlah, mungkin tidak ๐Ÿ™‚

20130104-011710.jpg

Bila mula bergerak meninggalkan Port d’Ouchy, mata saya tak lepas2 dari memandang sekeliling. Sungguh cantik dan mendamaikan. Ciptaan Ilahi.. terasa seperti memandang sebuah lukisan yang saya biasa lihat di dinding-dinding. Dan juga seperti melihat kalendar-kalendar yang memaparkan gambar-gambar pemandangan sebegini.

Tapi gambar yang saya ambil tak cantik, kamera murah dan tiada skill pula ๐Ÿ˜›

switzerland kembara
Ladang anggur di tebing Tasik Geneva
evian geneva
Pergunungan Evian di Perancis
geneva lausanne
Kawasan penempatan di tebing Tasik Geneva
Geneva Lake
Umpama miniatur…

Dalam perjalanan ke Montreux, kami singgah di beberapa bandar, termasuk bandar di mana syarikat pembuat makanan terkemuka, Nestlรจ diasaskan. Saya akan sambung dalam entry yang lain. Saya tak dapat nak upload lebih banyak gambar kerana masalah nak transfer dari iPad. Walau bagaimanapun, sehingga kini saya amat merindui ‘bau’ Tasik Geneva. Sungguh natural dan sangat indah. Membawa saya kepada cerita-cerita zaman kanak-kanak saya yang kini cuma fantasi dan memori.

Switzerland, negara yang sangat indah dan bersih. Insya-Allah saya akan sambung lagi dengan pengembaraan kami yang lebih menarik di Switzerland.

 

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Menelusuri Tasik Geneva dari Kota Lausanne”

  1. mama_meah Avatar

    jeles…bile ler aku nak gi europe trip ni, menyesal dulu dh smpi sana x gi trip2 gini…..menyesal!!!

Leave a Reply to mama_meah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge