Sempena Ramadhan ini, blog Catatan Ibu dan Anakku Sayang menganjurkan pertandingan menulis tentang Ramadhan, Syawal dan Anak-Anak.
Hadiahnya menarik juga, hadiah pertama berupa heat therapy dan hadiah kedua ialah cloth diapers. Ada hadiah misteri juga!
Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi tentang pengisian Ramadhan dengan anak-anak…
Ramadhan, seharusnya bukan saja bulan untuk menahan lapar dan dahaga dan melalukan ritual biasa seperti puasa dan terawih semata-mata. Bulan Ramadhan ialah bulan penuh kemuliaan, bulan di mana pintu2 syurga dibuka, pintu2 neraka ditutup, al-Quran diturunkan, rahmat yang banyak dan syaitan dibelenggu. Malah di dalamnya terdapat satu malam yang mana lebih baik dari 1000 bulan.
Jadi amatlah penting untuk mendidik anak2 agar menunggu2 dan meraikan Ramadhan, bukan semata2 menunggu untuk beraya dan bermain bunga api, tapi mengecap nikmat Ramadhan yang sebenar.
Bagi anak-anak kecil seperti Hafiy dan Fahry (2 tahun dan 9 bulan), tidak mustahil untuk memperkenalkan kemuliaan bulan ini kepada mereka. Kerana bulan ini bukan sekadar berpuasa, tapi juga untuk memperbaiki segala segi samada ibadah mahupun keperibadian.
Menganjurkan Parti Sambutan Ramadhan
Anak2 sukakan parti. Adakan parti menyambut Ramadhan persis parti harijadi dengan belon2, riben2, hadiah2 dan sebagainya sebagai cara untuk menggembirakan mereka bila datangnya Ramadhan. Biasakan mereka bahawa Ramadhan ialah satu bulan yang ditunggu2 dan diraikan kerana banyaknya kelebihan di dalamnya, dan bukan hanya satu period untuk menyambut raya.
Let’s have Ramadhan party!!!
Menyampaikan Salam Ramadhan
Ucapan selamat menyambut Ramadhan, selain dari menghantar SMS kepada kenalan, juga boleh dipraktikkan dengan anak-anak dengan membuat kad ucapan Ramadhan bersama mereka, dan menggalakkan mereka mengucapkan salam Ramadhan kepada datuk nenek dan saudara-mara melalui telefon.
Latih mereka berpuasa
Ada hari2 yang saya tidak memasak untuk mereka (tapi tetap bagi susu badan), dan memberitahu mereka tentang puasa. Anak sekecil Fahry mungkin tidak tahu meminta makanan tapi berikan mereka motivasi bahawa saat2 yang paling menggembirakan ialah bila kita berbuka puasa, sebagaimana hadis Rasulullah SAW “Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya”.
Bila anak sudah pandai berkata-kata dan mengeluh “Lapar…” seperti Hafiy, ceritakan padanya tentang hikmah puasa, dan bagaimana anak-anak yang kebuluran tidak ada makanan tapi mereka sabar. (Walau bagaimanapun jangan paksa jika mereka tak tahan).
Membuat Lapbook atau Buku Kecil Ramadhan
Bersama2 membuat lapbook yang mengumpulkan kepentingan, hukum2 dan hikmah Ramadhan yang menarik agar anak2 berasa seronok membuat dan melaksanakan isinya.
Contoh buku kecil Ramadan yg dibuat dari kertas terpakai saja.
Contoh isinya
Melukis dan Mewarna Poster Ramadhan
Bersama-sama melukis dan mewarna poster tentang Ramadhan dengan berbagai-bagai tema, contohnya, awal Ramadhan rahmat, pertengahan maghfirah dan akhirnya pembebasan dari neraka; lailatulqadar; dan sebagainya.
Membawa Anak-anak ke Masjid
Bukanlah semata2 untuk menunaikan solat terawih, kerana kita boleh membuatnya di rumah. Tapi sebagai pengenalan kepada masjid dan institusinya, berkenalan dengan kawan baru, berjemaah dan sebagainya, seterusnya menanam semangat cintakan masjid di hati anak2.
Menggalakkan Anak-anak Membuat Kebaikan
Tunjukkan mereka tentang perbuatan2 baik, jauhi mengumpat, banyakkan sedekah, mengaji Quran, menghadiri majlis ilmu, bersilaturrahim dan sebagainya.
Memberi Hadiah Sempena Ramadhan
Bukan saja upah puasa, tapi hadiah apabila tibanya bulan Ramadhan, agar mereka berasa seronok dengan kedatangan bulan ini, dan kaitkan hadiah dari kita dengan hadiah dari Allah yang mengiringi bulan ini. “Kalau suka hadiah dari Mommy, hadiah dari Allah laaagi best tau”. Hadiah tak perlu benda2 yang unik, cukuplah sepasang baju raya yang pasti membuat mereka gembira.
Hadiah untuk Hafiy yang belum dikemas lagi *malu~~*
Bercerita Tentang Hikmah dan Peristiwa Penting
Mungkin anak2 tertanya2 kenapa istimewa sangat bulan ini. Ceritakan kepada mereka tentang turunnya al-Quran, lailatul qadar, Perang Badar dan sebagainya. Jadikan cerita2 kita menarik dan bermotivasi untuk mereka terus meraikan Ramadhan, sekaligus memotivasikan kita untuk mengisi Ramadhan dengan sepenuhnya.
Bersama Menggali Ilmu Untuk Menghentikan Amalan-Amalan Baik Tapi ‘Serong’ di Bulan Ramadhan
Mungkin kita tak sedar, dan mungkin kita rasa kita dah buat yang terbaik tapi sebenarnya kita masih kurang betul, mungkin sebab kurang ilmu. Antara perkara yang selalu orang pandang remeh ialah:-
- Tidak menerangkan tentang uzur syarie kepada anak2. Ada yang malas nak terangkan kenapa orang perempuan tidak puasa.
- Memandang remeh tentang rukhsah puasa dan menganggap mereka yang mengambil rukhsah sebagai ‘malas’ dan tak kuat iman. Kita harus berlapang dada dalam hal ni kerana rukhsah juga amalan Rasulullah SAW.
- Tidak suka pada majlis ilmu antara rakaat2 terawikh kerana mengganggu kelancaran jemaah yang nak solat 21 rakaat. Ingatlah solat terawih itu sunat, tapi metuntut ilmu wajib. Yang wajib itu lebih utama.
Jadi, untuk menghentikan kekeliruan ini, bersama2lah kita dengan anak2 menggali dan menghadam ilmu2 tentang agama kita sendiri, supaya kekeliruan kita terhenti setakat ini dan anak2 kita mendapat pemahaman yang lebih jelas tentang Islam. Ilmu ni boleh didapati melalui pembacaan, menghadiri majlis2 ilmu dan bertanya pada yang pakar.
Maka apabila tibanya Aidilfitri, tidaklah ia menjadi sambutan ‘adat’ semata2 sebaliknya benar2 perayaan dan ‘upah’ setelah melaui Ramadhan yang penuh dengan dugaan, kesabaran dan sebagainya. Berikan semangat ‘berbaloi sambut raya bila amalan berganda2 di bulan Ramadhan’ kepada anak2 kita, daripada menunggu2 bila nak raya walhal puasa cuma sekadar lapar dan dahaga saja.
Kemudian, ajari mereka tentang perkara2 sunat tentang perayaan yang disyariatkan ni.
- Mandi sunat Aidilfitri – bukan sekadar mandi tapi berniat mandi sunat Aidilfitri dan mendapat pahala dengannya.
- Memakai baju yang cantik dan bau-bauan – Rasulullah memakai jubah tercantik semasa pegi solat Aidilfitri. Baju cantik tak semestinya baju baru. Bila menganggap beraya semua kena baru, jadilah bagi golongan kurang kemampuan terasa ‘tak dapat beraya sebab tak ada pakaian baru’. Salah tu, Aidilfitri adalah perayaan besar yang disyariatkan pada kita dan merayakannya bukan kena ada baju baru.
- Makan sedikit sebelum keluar solat HariRaya – Rasulullah menjamah sedikit kurma sebelum keluar bersolat.
- Beramai-ramai ke masjid – Pada zaman Rasulullah SAW, walaupun wanita haid dan budak2 kecil, digalakkan ke masjid untuk beramai2 meraikan Aidilfitri. Walaupun tak boleh solat tapi bersama2 dengan orang lain untuk menyaksikan perayaan agung ni.
- Pergi dan pulang ke masjid menggunakan jalan berbeza – Supaya kita boleh menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga dalam perjalanan balik. Kalau lalui jalan sama pun, ‘beza’nya ialah masa pergi ktia terus ke masjid, bila balik ktia singgah menyinggah untuk beraya.
- Saling mengucapkan selamat hari raya – Amalan pada zaman Rasulullah ialah saling mengucapkan “Semoga Allah menerima amalan Ramadan kamu”.
- Bertakbir raya – Rasulullah SAW bertakbir raya semasa keluar dari rumah hinggalah sampai ke masjid tempat solat raya.
Bagi ibubapa dan orang yang mampu, pemberian duit raya kepada kanak2 adalah digalakkan dan tidak dianggap membazir, kerana dengan pemberian tu kanak2 berasa gembira. Besar pahalanya bila kita gembirakan dan muliakan kanak2, kerana Rasulullah juga muliakan kanak2. Untuk anak2 kita ni, patutlah dipupuk dalam diri mereka perasaan bersyukur bila dapat banyak duit raya dan berlapang dada bila tak dapat, dan tidak membanding2kan “orang ni bagi banyak”, “orang tu bagi sikit” atau “aku dapat banyak, “Dia dapat sikit”.
- Latih mereka agar jangan membazir. Baju raya biarlah yang boleh dipakai lain kali pula, bukan hari raya saja. Tahun depan dah tak muat kan.
- Didik mereka agar tidak terlalu gembira dengan keberadaan mereka dan mengejek orang lain yang tiada, cthnya tak ada baju baru.
- Galakkan semangat setiakawan dan kejiranan bila sama2 keluar beraya.
- Tunjukkan tauladan pada mereka bahawa pergi beraya bukan nak kutip duit raya tapi nak berukhwah dan bermaaf-maafan.
- Beritahu mereka agar berpada2 dan berhati2 bila keluar beraya. Kunjungi rumah2 yang dikenali, bersama2 kawan2 yang dikenali sahaja.
- Bawa mereka menziarahi pusara dan membaca Yaasin serta ingatkan mereka tentang kematian.
- Ceritakan tentang hikmah 1 Syawal yang bukanlah semata2 untuk beraya sakan dan balas dendam lepas puasa sebulan.
- Asuh mereka agar terus memuliakan Ramadhan dan meraikan Syawal.
Semoga raya kita benar2 satu tanda kemenangan ke atas hawa nafsu, jangan pula kita dan anak2 kalah pada hawa nafsu dek kerana ghairah beraya 🙂
**Jika anda ada tips dan pengalaman menarik sempena Ramadhan dan Syawal, sertailah gievaway ni 🙂
Salam Akhir Ramadhan dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!
Leave a Reply