Makna Redha dan Waktu Rehat Seorang Ibu

by Mommy Lyna on May 14, 2010 · 22 comments

Orang kata saya redha menerima anak seperti Fahry. Tapi saya rasa it’s more to ‘terpaksa’ than ‘redha’.  Apakah maksud redha?

Ulama memberi banyak pengertian terhadap redha. Kebanyakannya berpandangan bahawa redha ialah menerima sesuatu yang tidak disenangi/disukai dengan senang hati.

Itu sebenarnya ‘tidak cukup redha’ tapi lebih kepada terpaksa. Bayangkan kalau anda mendapat anak yang cacat kakinya, tak ada jari, etc. Adakah anda ada pilihan lain, selain menerimanya dengan senang hati? Takde kan? Atau rasa nak buang/bunuh/bagi orang.. oh itu memang tak patut betul.

Redha itu adalah bila kita ada pilihan, tapi kita ambil pilihan yang kita tidak suka, dan kita menerimanya. Contohnya katakan semasa mengandung kita dah tahu anak kita cacat, jadi kita ada pilihan, sama ada nak A) Simpan, atau B) Gugurkan. Adakah kita redha dengan menyimpan kandungan itu, dan lahirkan dia dalam keadaan cacat, atau redha dengan menggugurkan dia kerana kecacatannya?

Tapi bila benda dah jadi, nak tak nak kita terpaksa terima. Tak setuju? Ha.. ye la.. terpaksa terima dengan redha.

Kisah seorang isteri dan ibu.. biasalah isteri2 zaman sekarang ni kebanyakannya bekerja, dan pekerjaan pulak bukan calang2. Engineer, lawyer, etc. Balik rumah, kena buat chores semua, masak, layan anak, layan suami… Penat, memang penat. Lagi2 kalau suami bukan jenis yang rajin membantu, tapi rajin membuta. Lagiiila stress bila suami yang bukan je rajin membuta, tapi juga rajin membebel bila kerja rumah tak settle.

Stress kan?

Dahla tak tolong… dah tu bebel2 pulak. Takleh la gitu bang, wife abang pun kerja juga, penat juga, lagi dia nak kene buat kerja rumah semua. Apekata daripada bebel2 lagi baik abang je yang tolong2 sikit kemas rumah.

Tapi, susah nak jatuhkan ego lelaki.

Di situlah ujian keredhaan pada seorang isteri/ibu. Dulu masa sebelum nikah, masa memilih calon, dengan gediks telah memilih suami yang itu. Redhakah semasa membuat pemilihan? atau cuma dipengaruhi rasa gatal nak kawen? LOL.

Redhakah bahawa pilihan kita itu adalah jodoh terbaik yang ditentukan Allah?

Dalam kehidupan ni memang banyak benda yang mendatangkan rasa tidak puas hati. Saya sendiri pun selalu rasa tidak puas hati. Balik kerja tak sempat nak rehatpun, sampaila ke dinihari tak berhenti nodding donkey ni buat itu ini. Berlainan dengan suami yang boleh tidur bila2 masa, boleh tengok TV bila2 masa, boleh je nak buat apa2 tanpa perlu fikir tentang rumah, anak, etc. jadi ibu memang takde rehat! Masa jadi SAHM dulu pun lagilaa takde rehat.

Lagi2 bila ada yang provoke dengan ‘kerja rumah bukan tugas isteri tapi tugas suami!’.

Tapi.. cubalah selusuri pesanan Baginda SAW terhadap puterinya Fatimah, tatkala Fatimah menemuinya sambil menangis akibat kepenatan menggiling tepung dan membuat kerja2 rumah..

“Kalau Allah menghendaki wahai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu.

Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta.

Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahalaorang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat.

Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.

Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi sebahagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan sebahagian dari kebencian Allah.

Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapukans. Apabila sampai rasa sakit bersalin, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan bayi,dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.

Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan keampunan untuknya hingga kiamat.

Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.

Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.

Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, “Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang”

Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga. Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirot”

Subhanallah.

Fikirkanlah ini wahai para isteri di luar sana. Gembiralah bila suami anda bukan seorang yang suka menolong, yang mengharapkan anda, yang tak pandai jaga anak.. kerana suamimu itu sebenarnya sedang memberikan pahala2 berlipat ganda kepadamu.

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Adil. Tiada satupun yang berlaku adalah benda yang sia2. Setiap titik peluh yang kita titiskan dengan perasaan redha (yang mana menurut Prof Yusof Qadrawi ialah keimanan terhadap takdir dan merasa cukup (qanaah) dengan apa saja yang diberikan), adalah benteng2 yang menghalang dari api neraka dan tali2 yang merapatkan kita dengan Allah.

Isn’t that sweet?

Saya pasti kalau semua isteri menghayati pesanan Rasulullah SAW di atas, kita semua akan rasa terhibur dan takkan mengeluh2 bila suami bukan jenis Mr. Mama :)

Berterima kasihlah kepada Allah di atas setiap keperitan yang kita lalui, kerana..

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan… sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. [al-Insyirah:5-6]

*Di sebalik musibah dan ujian itu tersimpan cinta agung Allah SAW, bergembiralah :)

{ 20 comments… read them below or add one }

leen May 14, 2010 at 2:51 pm

really a good sharing. :)

Reply

Mommy Lyna May 14, 2010 at 7:45 pm

Adakah? TQ leen!

Reply

lydzar May 14, 2010 at 3:13 pm

tersentuh hati ku ini…

tp kekadang bila dtg stress ngn keje2 kt rumah, memang tak ingat la segala pesanan2 Nabi kt fatimah ni dah huhu

Reply

Mommy Lyna May 15, 2010 at 3:13 pm

Kena tampal kat dinding je nih hehe

Reply

Shareen May 14, 2010 at 3:16 pm

Hmmm patut print post ni and tampal kat peti ais. Boleh baca bila tengah masak after balik kerja.
.-= Shareen´s last blog ..Rice Porridge with Carrot a.k.a. Nasi Bubur Bersama Lobak Merah =-.

Reply

diyana May 14, 2010 at 4:01 pm

idea yg nmenarik tu..:).

Reply

Mommy Lyna May 15, 2010 at 3:14 pm

Menarik tuh!

Reply

syahida May 14, 2010 at 4:58 pm

‘tazkirah’ berguna di hari Jumaat yang mulia, thx Mommy Lyna :-)
.-= syahida´s last blog ..Anak-anak tuisyenKu =-.

Reply

Mommy Lyna May 15, 2010 at 3:14 pm

Haha syukurlah berguna hehe

Reply

salzahari May 14, 2010 at 5:37 pm
Mommy Lyna May 15, 2010 at 3:16 pm

Bujang pn kena buat chores jugak kot. Larat ke tgk umah besepah huhu

Reply

aida May 15, 2010 at 12:21 am

along, subhanallah.. bestnya baca…thank you for putting this up! really gives meaning to my usual day as a housewife…and also there’s relief in the fact that even Fatimah complained, because housework and child raising is not easy…

btw, can’t wait to see you ;)

Reply

Mommy Lyna May 15, 2010 at 3:18 pm

Even the superduper women’s leader in Jannah cries…

Yeah can’t wait to see you!

Reply

mamasyaza May 15, 2010 at 11:50 pm

tq atas tazkirah ni, tp bila balik keja, letih, keja umah lagi nak kena pkir, anak2 lagi…sakit gak kepala ni sekali sekala, apa nak buat, kenalah menerima semua ini seadanya, buat setakat yg termampu, tak larat, tangguh esok laks..apakan daya kita manusia biasa, bukannya robot.

Reply

bibimie May 20, 2010 at 10:47 am

ohh… rugi lah saya tak dapat banyak pahala… balik dari kerja suami dah masak dan kemas rumah. tugas saya cuma makan dan jaga anak2 (jika belum siap memasak). kalau nak memikul semua tugas yang mcm lyna cakap tu mmg bleh pengsan. betul kata lydzar, bila dah stress mmg tak ingat pesanan2 berguna nih… huhu..
.-= bibimie´s last blog ..baby #3 =-.

Reply

tuty June 26, 2010 at 1:26 pm

lyna, minta izin share ye.
.-= tuty´s last blog ..my husband is always not at home.. =-.

Reply

laila July 11, 2010 at 12:12 am

mohon izin nk share jugak kat blog… tq lyna..
.-= laila´s last blog ..Pencarian – part time maid-cleaner -amp tukang urut selepas bersalin Sticky entry =-.

Reply

Mommy Lyna July 11, 2010 at 1:37 am

kongsilah apa saja yang dikira bermanfaat. yg mana baik itu datangnya dari Allah.

Reply

atiqah November 7, 2010 at 8:47 pm

subhanallah…izin share..tq ats perkongsian yg sggh bermakna
atiqah´s menulis tentang ..The beauty of air suamMy Profile

Reply

Puteri January 27, 2011 at 1:05 pm

kalau dah redha nak diperhambakan, jangan merungut…
Puteri´s menulis tentang ..HUJAH MAK LONG TIJAHMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 2 trackbacks }

Previous post:

Next post: