Makanan Pertama Bayi

Saranan dari Kementerian Kerajaan Malaysia ialah supaya ibu menyusukan anak secara eksklusif (tanpa memberi makanan lain hatta air masak sekalipun) selama 6 bulan yang pertama. Selepas 6 bulan, atau apabila bayi telah bersedia, bolehlah diperkenkan makanan pejal atau solid food.

Kenapa kena tunggu sampai 6 bulan? Ye la, ada orang baby umur 2 hari dah bagi makan nestum atau pisang (biasanya orang dulu2), okay je.

Benda ni sama lah macam kita ambil UPSR dulu, dengan adik/anak kita ambil UPSR sekarang. Otak manusia ni sama je, orang jenis yang sama tapi kenapa soalan lain2? Kenapa tak sama je dari dulu?

Samalah dalam bidang perubatan dan kesihatan, makin lama semakin banyak kajian dibuat dan semakin banyak teori yang dihasilkan. Jadi banyaklah perkara2 yang tidak diketahui pada zaman2 dulu, dah ‘dibongkar’ sekarang ni.

Antara sebab kenapa bayi sesuai diperkenalkan makanan pejal pada selepas bulan keenam:

  1. Mengurangkan risiko mendapat allegi dari pemakanan.
  2. Pemberian makanan selain susu ibu/susu yang sesuai untuk bayi sebelum masanya mendedahkan bayi kepada diabetes apabila dewasa nanti.
  3. Bayi akan kurang menyusu bila dah kenyang makan.
  4. Usus bayi masih belum matang.

Kalau perlu beri makan bayi lebih awal, adalah bijak kalau dapatkan nasihat dari pakar kanak2. terutama kalau anak kita pramatang. Macam Fahry dulu Paed beliau sarankan kami beri makan Fahry bila umurnya 8 bulan (corrected age 6 bulan), tapi disebabkan berat badan beliau yang sangat2 tidak memuaskan hati, beliau akhirnya mencadangkan kami mempercepatkan kepada 6 bulan (corrected age 4 bulan).

Bagaimana memberi bayi makanan pejal pertamanya (separa pejal)?

Mula makan adalah satu stage yang baru dalam kehidupan seorang bayi. Ia sama macam kita mula masuk kerja. Dia akan mengalami perasaan yang berlainan sebab ‘makan makanan’ tak sama macam ‘minum susu’. Sebagaimana kita mula2 masuk ke alam kerja, ada induksi, orientasi dan sebagainya, bayi kita juga perlu menjalani fasa yang sama iaitu ‘introduction to solids atau ‘pengenalan kepada makanan pejal’.

Pada peringkat 6-7 bulan ni, bayi kita masih dalam peringkat ‘orientasi’ terhadap makanan pejal. Apatah lagi untuk makanan pertama bayi, adalah tidak berapa wajar kalau terus beri dia nasi goreng, ataupun nasi bubur lauk ikan salmon kerana suapan pertama adalah suapan ‘pengenalan’.

Bila kita pergi ke tempat baru, mula2 sampai kita akan mengambil masa untuk membiasakan diri dengan tempat tu. pa lagi kalau tempat itu sangat2 berbeza dengan tempat kita. Contohnya kalau kita orang Malaysia pegi ke Jepun, dan kita tak tahu bahasa Jepun. Jadi kita perlukan sedikit masa, untuk belajar bahasa dan budaya dia, dan juga mengatasi homesick.

Begitu dahsyat ke makanan pertama ni? Huhu.

Mungkin bagi kita tak ada apa2. Tapi bayi kita kan, dunia dia ape aje lah kan. Bila melalui dan melepasi sesuatu fasa, itu adalah benda yang terbesar dalam hidup dia. Jadi pengalaman makanan pertama dia biarlah manis dan menggembirakan.

Untuk makanan pertama, saya tidak menitikberatkan soal: 1) rupa : tak perlu bercantik2 kerana bayi kita bukan ketua pertandingan memasak, 2) rasa : tak perlu ber-rasa2 kerana tunas rasa bayi belum matang lagi. Apa yang dia perlukan ialah tekstur yang lebih pekat dari susu yang biasa diminumnya, tapi tidak terlalu keras.

Oleh itu setiap anak saya, makanan pertama mereka adalah nasi yang ditapis, dan dicampur dengan air susu ibu. Untuk suapan pertama, ia cuma sedikit bertekstur saja dari air susu. Pertama kali makan, tak perlu habis semangkuk. Sesuap dua sudah cukup.

Tak perlu diberi bubur dengan ikan bilis kisar atau sayur untuk suapan pertama, kerana ia cuma pengenalan. Sebab itu istilah dalam Bahasa Inggerisnya, intro to solids.

Kemudian bila anak dah boleh terima suapan2 pertama, samada dari segi penerimaan oralnya, dan juga penerimaan badannya, iaitudia tak sembelit, kencingnya macam biasa, tiada elergi, etc. bolehlah ditukar kepada makanan lain. Sebaiknya gunakan 4-days-rule so that kita bleh detect kalau anak ada elergi pada certain2 makanan.

Antara makanan2 anak2 saya semasa pengenalan kepada makanan pejal dan semi-solids:

  • nasi yang dilenyek dan dicampur EBM (expressed breast milk).
  • puri buah-buahan (elakkan buah sitrus dan buah yang masam).
  • buah avokado/pisang yang dilenyek.
  • ubi keledek bakar dilenyek (elakkan ubi kentang kerana boleh menyebabkan kembung).
  • labu stim lenyek.
  • ***boleh campurkan EBM ke dalam puri.

Yang paling senang tu avokado dan pisang sebab tak perlu dimasak :D

Bila anak dah boleh terima tekstur makanan tu, cuba lah beri makanan lain pula seperti puri sayuran dan makanan berubi. Namun, awas terhadap makanan2 yang belum boleh diterima oleh tubuhnya.

Bila anak dah bole makan degan baik, tak ada elergi, bolehlah diberi makan bubur yang bercampur2 bila usianya 8-9 bulan. Finger foods pun boleh bagi bila anak dah pandai memegang, tapi pastikan bukan jenis yang keras+ rapuh (brittle) dan mudah tercekik.

Jangan risau kalau anak enggan makan di usia pengenalan ni. Cuba pelbagaikan menu atau perhatikan teksturnya. Mungkin bayi kurang gemar pada tekstur makanan tu.

Mommies lain? Sila tambah/komen untuk percambahan ilmu :)

18 thoughts on “Makanan Pertama Bayi”

  1. seddey sb kejahilan saya,after 6months ,solid food yg I intro semua dr heinz bottled food..sb tak confident nak masak and bring to nursery..
    Alhamdulillah..berkat sabar and ilmu yg ditimba,skrang sy sgt happy masak sendiri for lil one..
    tp takpaham,kenapa ada yg still tak paham,at 4months dah nak bg makan..reason baby tu lapar..reti ke diorang ckp lapar??
    bnyk lagi kan factors menyebabkan baby menangis..hishishishihs..:(
    .-= mommy nadia´s last blog ..his 1st few days at UMSC… =-.

  2. Lagi satu nak add, kita kena try bagi kat baby sesuatu food yg baru tu, at least a few times before otak & tekak baby boleh terima the food. It’s normal if we try something new and the baby luahkan balik. Their brain baru nak process and get familiar with the new taste. So jgn mudah give up if baby tak suka. try and try again to introduce new taste to the baby’s palate.

    emmm blm pernah bagi avocado. Will try this if ada rezeki for new baby.
    .-= Ica´s last blog ..Happy Birthday to you…Lily Jasmin. =-.

  3. Just visiting due to the Tiger Blogfest 2010, looking to learn about tigers. My journey has been … but interesting. If we are not careful, one of this day all our children can only see pictures and not the real animal.

    Best of luck,

    A.Alshukor
    Cinta Alam Malaysia.

    PS* Just to share ..
    All my 5 children (23,19,11,9 & 7) are breastfed by my wife until further Soy Milk took over. What they call Cow milk intolerance. It was less than RM10 … until about RM25.00 over the years.
    .-= d’enricher´s last blog ..TIGER MARATHON IN CYBERSPACE … =-.

  4. as for me, mmg ikut rule tunggu 6bulan tu. tp time hannah, umur dia 10bulan dh tak blend dah bubur..kesannya dia amat memilih dan takmo makan sayur lg since then. so sbgai langkah berjaga-jaga, time hadif ni, sy masih blend bubur at 11months sebab takmo dia dia jd macam kakak dia dan kekurangan khasiat sayur
    .-= lydzar´s last blog ..Banjir kilat di Kota Damansara =-.

  5. my zidad dulu, 5months bbsitter dah bagi makan since bila dia tengok another baby makan, dia pun cam sibuk nak makan jugak..tu pun just plain nestum beras & dia pun sekadar rasa2 kat lidah je.. masuk 6mths+ baru try bagi bubur nasi & puri. yg paling dia suka puri epal & keledek yg merah tu..
    .-= chekna´s last blog ..si comel insyirah =-.

  6. “tp takpaham,kenapa ada yg still tak paham,at 4months dah nak bg makan..reason baby tu lapar..reti ke diorang ckp lapar??
    bnyk lagi kan factors menyebabkan baby menangis..hishishishihs..:(”

    w.pun dah lmbat as in post ni dah lm kan;) just nak react komentar di atas..sbnrnye my paed ckp baby by 4months mmg dah boleh mkn tp better bg after 6 months cumenye my kes, brat my baby naik sgt skit for the past 3months jd paed nasihat at 4months dah bole start try feed solid food to the baby..

  7. Salam, Anak saya baru masuk 6 bulan. memang menolak solid food pertamanya… Bermula dari bubur nasi biasa tanpa perasa, then ada sedikit rasa, biskut merie, kentang lenyek dsb.. sumer di tolak. Mulut tertutup rapat dan adakala memalingkan muka bila nampak sudu hehehe Kelakar pun ada, risau pun ada. Tapi I will keep on trying dgn puri buah dan lain2. Kalau yg ada same experience please share.. so that I know that I’m not alone… hehhe

  8. Salam, nak tnye..biasanye bubur/puri yg kita buat tu bleh simpan lama mane ek dalm peti ais..? x pernh buat utk simpn lg, so worry takut nnt bby sakit perut lak kut..boleh ke buat byk2 pastu simpn, sbb kadang2 x sempat nak buat pagi2 utk hantar umah BS..

  9. my zara baru 3mnth+ but da bg die mkn mcm2 (heinz,nasi+ikan bilis,kentang,carrot n japans sweet potato je la)..Syukur Alhamdulillah perut die menerima dgn baik..kencing n poo poo ok sumenye..

  10. Hi! Thx for the info. I bagi my baby mkn puri buah epal+pear time umur dia 5bln stengah. Sbb dia mcm tak sabar2 nk mkn..bile tgk kitorg mkn dia pun mcm nganga2 mengunyah2.. Sian lak. Then buat puri tu bg dia mkn..kemain laju lagi dia nganga… Siap senyum2 setiap kali i suap. Hahaaa.. Alhamdulillah perut dia leh terima so far.. :)

  11. my lil zara br umo 5 mnths da bg makan nestum biru tuh tp bg skit je.. tp kalu bg puri epal heinz tuk 4 mnths + tu laju je die mkn… alhamdulillah kncg n brk pon ok… tp pasni nk try wt snd puri n bubur ns…

  12. puan-puan sekalian kesan bab bg anak makan awl ni tk nmpk time tu juga ye…cthnye bg makan harini esok luse elok je tgk…tu tk bermakna perut anak anda ok…anda tk buleh scan di dalam perut tu

    kesannya dlm jangka masa yg lama

    “Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

    Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.”

  13. hi there, i agree with your turkey peneerrfce. definitely better than chicken, though i’d like to ask if there’s actually anything there that would stop people from eating turkey AND smoking dope?can’t we do both?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge