Saranan dari Kementerian Kerajaan Malaysia ialah supaya ibu menyusukan anak secara eksklusif (tanpa memberi makanan lain hatta air masak sekalipun) selama 6 bulan yang pertama. Selepas 6 bulan, atau apabila bayi telah bersedia, bolehlah diperkenkan makanan pejal atau solid food.
Kenapa kena tunggu sampai 6 bulan? Ye la, ada orang baby umur 2 hari dah bagi makan nestum atau pisang (biasanya orang dulu2), okay je.
Benda ni sama lah macam kita ambil UPSR dulu, dengan adik/anak kita ambil UPSR sekarang. Otak manusia ni sama je, orang jenis yang sama tapi kenapa soalan lain2? Kenapa tak sama je dari dulu?
Samalah dalam bidang perubatan dan kesihatan, makin lama semakin banyak kajian dibuat dan semakin banyak teori yang dihasilkan. Jadi banyaklah perkara2 yang tidak diketahui pada zaman2 dulu, dah ‘dibongkar’ sekarang ni.
Antara sebab kenapa bayi sesuai diperkenalkan makanan pejal pada selepas bulan keenam:
- Mengurangkan risiko mendapat allegi dari pemakanan.
- Pemberian makanan selain susu ibu/susu yang sesuai untuk bayi sebelum masanya mendedahkan bayi kepada diabetes apabila dewasa nanti.
- Bayi akan kurang menyusu bila dah kenyang makan.
- Usus bayi masih belum matang.
Kalau perlu beri makan bayi lebih awal, adalah bijak kalau dapatkan nasihat dari pakar kanak2. terutama kalau anak kita pramatang. Macam Fahry dulu Paed beliau sarankan kami beri makan Fahry bila umurnya 8 bulan (corrected age 6 bulan), tapi disebabkan berat badan beliau yang sangat2 tidak memuaskan hati, beliau akhirnya mencadangkan kami mempercepatkan kepada 6 bulan (corrected age 4 bulan).
Bagaimana memberi bayi makanan pejal pertamanya (separa pejal)?
Mula makan adalah satu stage yang baru dalam kehidupan seorang bayi. Ia sama macam kita mula masuk kerja. Dia akan mengalami perasaan yang berlainan sebab ‘makan makanan’ tak sama macam ‘minum susu’. Sebagaimana kita mula2 masuk ke alam kerja, ada induksi, orientasi dan sebagainya, bayi kita juga perlu menjalani fasa yang sama iaitu ‘introduction to solids atau ‘pengenalan kepada makanan pejal’.
Pada peringkat 6-7 bulan ni, bayi kita masih dalam peringkat ‘orientasi’ terhadap makanan pejal. Apatah lagi untuk makanan pertama bayi, adalah tidak berapa wajar kalau terus beri dia nasi goreng, ataupun nasi bubur lauk ikan salmon kerana suapan pertama adalah suapan ‘pengenalan’.
Bila kita pergi ke tempat baru, mula2 sampai kita akan mengambil masa untuk membiasakan diri dengan tempat tu. pa lagi kalau tempat itu sangat2 berbeza dengan tempat kita. Contohnya kalau kita orang Malaysia pegi ke Jepun, dan kita tak tahu bahasa Jepun. Jadi kita perlukan sedikit masa, untuk belajar bahasa dan budaya dia, dan juga mengatasi homesick.
Begitu dahsyat ke makanan pertama ni? Huhu.
Mungkin bagi kita tak ada apa2. Tapi bayi kita kan, dunia dia ape aje lah kan. Bila melalui dan melepasi sesuatu fasa, itu adalah benda yang terbesar dalam hidup dia. Jadi pengalaman makanan pertama dia biarlah manis dan menggembirakan.
Untuk makanan pertama, saya tidak menitikberatkan soal: 1) rupa : tak perlu bercantik2 kerana bayi kita bukan ketua pertandingan memasak, 2) rasa : tak perlu ber-rasa2 kerana tunas rasa bayi belum matang lagi. Apa yang dia perlukan ialah tekstur yang lebih pekat dari susu yang biasa diminumnya, tapi tidak terlalu keras.
Oleh itu setiap anak saya, makanan pertama mereka adalah nasi yang ditapis, dan dicampur dengan air susu ibu. Untuk suapan pertama, ia cuma sedikit bertekstur saja dari air susu. Pertama kali makan, tak perlu habis semangkuk. Sesuap dua sudah cukup.
Tak perlu diberi bubur dengan ikan bilis kisar atau sayur untuk suapan pertama, kerana ia cuma pengenalan. Sebab itu istilah dalam Bahasa Inggerisnya, intro to solids.
Kemudian bila anak dah boleh terima suapan2 pertama, samada dari segi penerimaan oralnya, dan juga penerimaan badannya, iaitudia tak sembelit, kencingnya macam biasa, tiada elergi, etc. bolehlah ditukar kepada makanan lain. Sebaiknya gunakan 4-days-rule so that kita bleh detect kalau anak ada elergi pada certain2 makanan.
Antara makanan2 anak2 saya semasa pengenalan kepada makanan pejal dan semi-solids:
- nasi yang dilenyek dan dicampur EBM (expressed breast milk).
- puri buah-buahan (elakkan buah sitrus dan buah yang masam).
- buah avokado/pisang yang dilenyek.
- ubi keledek bakar dilenyek (elakkan ubi kentang kerana boleh menyebabkan kembung).
- labu stim lenyek.
- ***boleh campurkan EBM ke dalam puri.
Yang paling senang tu avokado dan pisang sebab tak perlu dimasak 😀
Bila anak dah boleh terima tekstur makanan tu, cuba lah beri makanan lain pula seperti puri sayuran dan makanan berubi. Namun, awas terhadap makanan2 yang belum boleh diterima oleh tubuhnya.
Bila anak dah bole makan degan baik, tak ada elergi, bolehlah diberi makan bubur yang bercampur2 bila usianya 8-9 bulan. Finger foods pun boleh bagi bila anak dah pandai memegang, tapi pastikan bukan jenis yang keras+ rapuh (brittle) dan mudah tercekik.
Jangan risau kalau anak enggan makan di usia pengenalan ni. Cuba pelbagaikan menu atau perhatikan teksturnya. Mungkin bayi kurang gemar pada tekstur makanan tu.
Mommies lain? Sila tambah/komen untuk percambahan ilmu 🙂
Leave a Reply