Memasak bubur nasi kepada Baby Danny adalah benda terakhir yang saya nak buat.. sebabnya yang pertama ialah ia memerlukan masa yang lama.. memandangkan saya menggunakan beras Cap Serindit (beras siam guni). Beras ni lambat sikit nak lembut untuk dijadikan bubur bayi. Kalaupun nak, saya kena blend dulu. Tambahan pula ketulnya agak keras. Untuk makanan saya, memang mantap, sebab saya memang suka beras siam. Tapi untuk bayi, saya lebih suka tekkstur yang lebih lembut. Lagipun sekarang ni bekalan beras Siam memang tak putus di rumah 😀
Walaupun makanan untuk bayi boleh dibekukan untuk kegunaan pada hari-hari lain, tapi ada ibu yang tak berapa gemar, termasuklah saya. Saya bayangkan makan nasi yang dipanaskan semula selepas dibekukan, hehe… mungkin masih belum rasa keperluan, kecuali untuk buah dan sayur.
Oleh itu, saya telah memilih alternatif kepada beras untuk Danny, iaitu hulled millet. Millet, atau dalam Bahasa Malaysia dipanggil sekoi, adalah sejenis bijirin. Saya tak pasti pula kalau di Malaysia ni ada orang yang makan sekoi. Di kawasan pergunungan Himalaya, ia boleh kata makanan ruji. Mak saya kata kalau di sini, sekoi ni makanan burung. Tapi millet atau sekoi ni bagus, kerana khasiatnya yang tinggi untuk kesihatan.
Sekoi atau millet mengandungi karbohidrat yang tinggi, di samping protin dan lemak; yang baik untuk pertumbuhan.
Hulled millet, atau sekoi yang dikupas adalah sama khasiatnya dengan beras perang, kerana ia adalah ‘whole grain’ yang mengandungi serat yang tinggi.
Hulled millet boleh dibeli dari mana-mana supermarket dan kedai runcit yang menjual bahan makanan organik.
Kenapa saya suka millet untuk diberi kepada Danny, ialah kerana ia mudah disediakan. Cepat dimasak sedap dimakan 🙂 bijirinnya pula lembut dan sedap. Cuma masak macam kita masak nasi, bila menggelegak dan kering tu, dia dah lembut, boleh dilenyek-lenyek dengan sudu saja.
Lepas tu saya akan campur dengan sayur/buah yang saya dah stim/jadikan puree.
Resepi Hulled Milled Bersama Zucchini dan Brokoli
Bahan-bahan:
1/2 batang zucchini sederhana besar
2 jambak (kecil) brokoli
1 cawan hulled millet
Cara membuatnya:
Zucchini dan brokoli dipotong kecil dan di-stim
Pada masa yang sama masak millet seperti memasak nasi
Zucchini dan brokoli tadi dikisar samada dengan blender (tanpa air) atau food processor
gaulkan kesemuanya dan bersedia untuk dimakan!
Hehehe. Poyo saja ber-resepi bagai. Sebenarnya resepi tu saya hentam sendiri. Masukkan saja apa yang ada di dapur 😀
Danny memang suka sangat!
Sesuai untuk bayi 7-8 bulan, dan kepada ibu yang sibuk, suka masakan yang segar untuk bayi dan mahukan kelainan. Masaknya cepat, less hassle, nak cuci periuk pun senang.
Hmmm bulan depan nak cuba couscous pula 😀
Leave a Reply