Kita sering mendengar tentang keluhan orang makan gaji kononnya “gaji tak cukup”, “kerja banyak gaji sikit”, “kerja macam nak mati tapi gaji takat situ aje”, “aku makan gaji je”, pendek kata kalau makan gaji, hidup tak berapa nak mewah a.k.a. takkan kaya. Betul ke makan gaji takkan kaya? Dan, betul ke makan gaji tak boleh jadi jutawan?
Mungkin nampak tak masuk akal. Bila pendapatan kita terhad, macamana kita nak dapat duit berganda-ganda banyaknya? Sekarang ni gaji RM3000 sebulan dah dikira ‘rendah’, bagaimana orang bergaji RM500 nak berangan jadi jutawan sedangkan nak makan pun kena mencatu-catu?
Sebenarnya tidak mustahil untuk menjadi jutawan walaupun masih bekerja makan gaji. Sebelum menjadi dirinya sekarang, Azizi Ali terlebih dahulu menjadi jutawan semasa masih bekerja sebagai juruterbang. Mungkin ada yang kata “Pilot gaji banyak, memanglah boleh..”. Tahu tak, persepsi begini yang menghalang kita yang gaji kecik ni dari berangan atau bercita-cita menjadi jutawan. Nak bercita-cita pun takut, sebab takut dikata ‘angan Mat Jenin’. Siapa Mat Jenin? Mat Jenin tak pernah wujud pun, ia cuma bayang2 yang dicipta oleh orang2 yang tak mahu kita maju dan berfikiran jauh.
Di atas adalah keratan akhbar, tulisan Azizi Ali tentang ‘makan gaji mampu jadi jutawan’ (kredit to uruswang.com).
Semuanya bermula dari ‘impian’, benda yang kita takut nak buat sebab takut jadi Mat Jenin. Salah tu, Mat Jenin sebenarnya mengajar kita sesuatu dalam kisahnya. Sesiapa yang tahu tentang kisah Mat Jenin, dia tak pasang impian kosong nak kahwin puteri raja, sebaliknya beliau ada PERANCANGAN. ==> Petik kelapa – jual – beli anak ayam – ternak – jual ayam – beli ladang – kahwin puteri raja. Nampak? Flow yang cantik disusun Mat Jenin, tapi sayangnya dia dimatikan bila terjatuh dari pokok kelapa akibat asyik berangan.
Disebabkan itu orang kita takut nak pasang impian. Dan kita pun banyak di-doktrinkan dengan “hidup mesti sederhana, syukur dengan apa yang ada”. Hmmm, kalau kita semua hidup sederhana dengan apa yang ada, macamana kita nak tolong orang lain? Hadis Rasulullah SAW “sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada manusia lain”. Tapi bila kita semua hidup cukup-cukup, ada orang lebih sikit mula lah dengki sana dengki sini.
Orang akan kata saya gila kalau saya kata saya nak pakai Ferrari. Mana taknya harga Ferrari dekat sejuta, bila saya nak mampu? Memang takkan mampu kalau cuma ‘cakap’ saja. Paling2 tak pun mungkin boleh pakai perfume jenama Ferrari beli kat pasar malam.
Sebab itu kena ada PERANCANGAN. Macam Jenin tadi tu. Walaupun plan Mat Jenin tak adalah lengkap sangat, sebab takde timeline dan sebagainya, tapi ye la tak boleh salahkan dia.. Mat Jenin mana pegi sekolah. Kita yang pegi sekolah ni mesti boleh buat lagi bagus dari Mat Jenin.
So saya dah tahu saya nak beli sebiji Ferrari katakan harganya RM1000,000. Kalau saya boleh simpan 100 sebulan, saya perlukan 833 tahun untuk jadikannya satu juta. Memang gila kan. Masa tu daripada Mommy Lyna saya dah jadi ‘mummy’ Lyna (mumia). Jadi nak buat macamana?
Oleh kerana itu saya mesti mencari dan mengkaji ‘lubuk’ yang boleh menggandakan wang saya yang saya invest RM100 sebulan kepada RM3 juta dalam masa 30 tahun dari sekarang (dah pencen baru syok enjoy Ferrari). So saya perlukan investment yang boleh memberi pulangan 30% setahun (setelah diambil kira kadar inflasi 3.5%/year).
Nampak mudah bila kita ada ada target dan plan kan? Kalau tak ada target, cuma ada “ceciter” —> nak duit banyak-banyak… Banyak mana? Tak tau. Macamana nak dapat? Lagiii lah tak tau. Lepas tu bila nampak iklan “Saya buat duit 5 angka setiap minggu”, mula lah terpengaruh. Last2 semua lesap. Pastu dah serik kalau orang cerita tentang bisnes, investment, etc… Mana tak nya, belajar tak, apa tak, orang kata buat duit, terus on.
Azizi Ali (saya rasa saya banyak sebut Azizi Ali dalam entry ni) pun baca tak kurang dari 700 buah buku dan belajar dengan macam2 orang. Itu Azizi Ali yang tadi katanya pilot duit banyak tu… Jadi apehal pulak kita yang duit tak berapa nak banyak ni boleh pulak main “hantam sajalah” bila menjurus soal “gandakan wang”. Adeh. Ya, saya akui memang orang kita suka sangat benda2 short cut ni. Saya jamin ada beribu orang dah jumpa Azizi Ali (mungkin sebelum beliau famous macam sekarang) mintak tips jadi jutawan dan minta ajar cara express. Alasannya tak ada masa nak belajar, nak baca buku segala… Kalaulah nak baca buku pun malas, tak payahlah nak berangan jadi jutawan.
Nak jadi kaya, nak jadi jutawan, banyak cara dia, walaupun kita makan gaji. Yang paling senang, kahwin dengan jutawan π Tapi nak senang ni, pendekata bukan senang oiii. Namun tak mustahil untuk sesiapa saja nak jadi senang dan hidup mewah, asalkan sanggup belajar, sanggup usaha, sanggup berangan dan merancang. Sambil2 tulis blog pun duit masuk, OK.
Yang penting sekali, ingat tentang keberkatan. Baik makan gaji ke, bisnes ke, bila tak ada keberkatan, semuanya rasa sempit. Gaji banyak pun asyik tak cukup. Bisnes besar pun asyik susah. Hidup atas kemampuan lah. Kalau mampu pakai kancil, tak payahlah beli Mercedez. Plan nak beli Mercedez tu boleh, tapi janganlah sampai anak bini makan nasi dengan garam hari-hari. Nak bersyukur tu lebih susah dari bersabar. Cuba bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersabar dengan apa yang kita takde tapi kita naaak sangat. Sabarlah… buat planning betul-betul, timbangkan semua faktor. Kalau kita betul-betul nak, insya-Allah tak ada apa yang boleh halang. Selami maksud ayat 1000 Dinar. “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka baginya jalan keluar…”
Ada duit lebih sikit, kasiklah kepada yang memerlukan… keluarkan zakat… transaksi dengan Allah lebih mudah untuk besarkan lubuk rezeki, insya-Allah.
Ingat entry saya dulu tentang “Thinking Big vs. Living Cheap, Who Do You Think You Are?”. Dua prinsip yang ditekankan – living cheap (berjimat cermat) atau thinking big (tambahkan pendapatan). Kita lebih kenal siapa diri kita, apa personaliti kita. Jadi, siapa pun diri anda, jangan sesekali mengeluh dan rasa “kita tak mampulah” sebelum buat apa-apa… Semua orang mampu berangan dan merancang. Kalau itu pun tak mampu nak buat, okeylah, I rest my case π
Leave a Reply