Sejak usia kandungan menginjak ke bulan ketujuh, saya mula me-revise pengetahuan tentang kelahiran, penyusuan dan sebagainya.
Maklum saja kelahiran anak pertama tiada pengalaman. Kelahiran anak kedua pula penuh adventure.
Saya mula belajar tentang hypnobirthing (teknik bersalin yang tenang dan menggalakkan ibu ‘have full control of the delivery’) sejak anak pertama lagi. Tapi masa tu kita pun masih blur tentang kelahiran, dan tak dapat full info tentang amalan hypnobirthing di Malaysia (banyak merujuk website dan buku dari luar negara).
Website Hypnobirthing Malaysia
Saya akan kongsi tentang hypnobirth di lain entry.
Sekarang saya nak cerita tentang lotus birth, atau kelahiran lotus.
Lotus adalah sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai teratai. Perhatikan daun teratai seumpama plasenta, akarnya panjang hingga ke dasar kolam untuk mengambil nutrient darinya.
Konsep lotus birth berbeza dengan praktik kelahiran yang biasa, bila mana talipusat akan dipotong sebaik saja ia berhenti berdenyut. Kemudian plasenta (uri) akan dibersihkan dan ditanam.
Dalam lotus birth, tali pusat tidak dipotong, dan dibiarkan menyambung antara bayi dan plasenta hinggalah ia gugur sendiri.
Logik dalam lotus birth ini ialah, bilamana plasenta telah memberi manfaat selama 9 bulan bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal lotus birth percaya bahawa dengan praktik ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.
Apa yang dilakukan dalam lotus birth:
- Plasenta atau uri dibiarkan melekat atau attach bersama talipusat dan bayi.
- Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
- Tunggu sehingga talipusat bayi berhenti berdenyut.
- Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
- Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
- Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
- Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
- Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
- Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.
Lotus birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.
Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda pernghormatan terhadapnya.
Is anybody here practicing lotus birth?
Leave a Reply