Lipas kudung (amputate cockroach?) adalah simpulan bahasa yang diberi kepada orang yang tak henti2 bergerak, sibuk sokmo, asyik tergesa2, atau lari terlalu laju dan tuggang langgang.
Fahry memang macam lipas kudung. Ada-ada je benda yang nak dibuatnya. Kalau Hafiy dia cool sikit. Hafiy lagi senang pegang coin 50 sen watching Special Agent Oso, atau main game di iPod. Oh sekarang kalau dia nak main tak payah Mommy yang touch kan, cakap je "Hafiy cari word ‘play’, P L A Y".
Si Fahry kejap sana kejap sini. Jap2 kat tangga. Oh minggu lepas satu terjunan tiruk berjaya dibuat di tangga sampai lebam pipi. Tapi cool je orangnya. Jap2 kat kerusi. Jap2 kat almari.
Sekarang kami makin menggiatkan latihan berjalan untuk Fahry. Setiap hujung minggu yang free kami bawa ke taman untuk berjalan atas rumput pijak embun, macam yang Bibik buat pada Hafiy dulu. Tapi Fahry geli bila sentuh rumput 🙂
Kami memang nak sangat Fahry boleh berjalan secepat mungkin, sebab kalau tak dia tak boleh naik kelas kat nursery 🙁 sekarang Fahry dalam pre-nursery, transit dari kelas baby untuk masuk White Class. Tapi selagi belum berjalan tak boleh naik.
Fahry dah pakar cruising, pegang2 pagar macam ni dari hujung ke hujung. Cuma nak berdiri dan berjalan independently belum boleh lagi. Kadang2 Mommy pegang sebelah tangan bawak jalan2. Bole laa…
Fahry perlukan kasut khas untuk kaki kiri dia. Kalau peratikan kaki dia tak cukup jari, ada satu je jari yang sempurna. Lain2 tak cukup, so ia menjadikan kaki dia kurang mencengkam. Tengok kaki dia tu cam senget sebab dia cengkam di bahagian tepi. Dr Taayah kata tak boleh biar nanti smapai besar kaki dia jadi senget. So kami kena cari special shoes, dan bendanya itu takde kat Malaysia T_T.
Tapi bila dah lahir macam tu, no problem lah. Jari takde pun still boleh pegang. Mommy selalu ejek Fahry tak boleh buat peace dengan tangan kiri LOL. Orang tengok macam teruk gila mak ni ejek anak sendiri. Tapi we try to make him happy with all the ejekan. Nanti orang lain ejek besok2 dia dah biasa & tak kisah. Siap bole buat lawak lagi.
Gaya macam pendekar.Tapi kaki senget. Huhu.
Pak Su, Bang Hafiy & Fahry. Fahry dah pandai panggil Hafiy “Apiiiii!!!”. Kalau kena pukul dia jerit “Akiit!”.
Tapi Abiy komplen satu je “HAfiy masa baya Fahry dulu dah tahu A B C, 1 2 3 by heart, Fahry ni ape pun tak tahu lagi” T_T Sungguh insaf. Mungkin sebab terlalu fokus pada keupayaan fizikal dia. Takpela, kayuh pelan-pelan, fokus satu satu.
Leave a Reply