Lipas Kudung

by Mommy Lyna on May 19, 2010 · 11 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

Lipas kudung (amputate cockroach?) adalah simpulan bahasa yang diberi kepada orang yang tak henti2 bergerak, sibuk sokmo, asyik tergesa2, atau lari terlalu laju dan tuggang langgang.

Fahry memang macam lipas kudung. Ada-ada je benda yang nak dibuatnya. Kalau Hafiy dia cool sikit. Hafiy lagi senang pegang coin 50 sen watching Special Agent Oso, atau main game di iPod. Oh sekarang kalau dia nak main tak payah Mommy yang touch kan, cakap je "Hafiy cari word ‘play’, P L A Y".

Si Fahry kejap sana kejap sini. Jap2 kat tangga. Oh minggu lepas satu terjunan tiruk berjaya dibuat di tangga sampai lebam pipi. Tapi cool je orangnya. Jap2 kat kerusi. Jap2 kat almari.

Sekarang kami makin menggiatkan latihan berjalan untuk Fahry. Setiap hujung minggu yang free kami bawa ke taman untuk berjalan atas rumput pijak embun, macam yang Bibik buat pada Hafiy dulu. Tapi Fahry geli bila sentuh rumput :)

mei 030

mei 029

Kami memang nak sangat Fahry boleh berjalan secepat mungkin, sebab kalau tak dia tak boleh naik kelas kat nursery :( sekarang Fahry dalam pre-nursery, transit dari kelas baby untuk masuk White Class. Tapi selagi belum berjalan tak boleh naik.

family 028

Fahry dah pakar cruising, pegang2 pagar macam ni dari hujung ke hujung. Cuma nak berdiri dan berjalan independently belum boleh lagi. Kadang2 Mommy pegang sebelah tangan bawak jalan2. Bole laa…

family 035

Fahry perlukan kasut khas untuk kaki kiri dia. Kalau peratikan kaki dia tak cukup jari, ada satu je jari yang sempurna. Lain2 tak cukup, so ia menjadikan kaki dia kurang mencengkam. Tengok kaki dia tu cam senget sebab dia cengkam di bahagian tepi. Dr Taayah kata tak boleh biar nanti smapai besar kaki dia jadi senget. So kami kena cari special shoes, dan bendanya itu takde kat Malaysia T_T.

family 036

Tapi bila dah lahir macam tu, no problem lah. Jari takde pun still boleh pegang. Mommy selalu ejek Fahry tak boleh buat peace dengan tangan kiri LOL. Orang tengok macam teruk gila mak ni ejek anak sendiri. Tapi we try to make him happy with all the ejekan. Nanti orang lain ejek besok2 dia dah biasa & tak kisah. Siap bole buat lawak lagi.

family 038

Gaya macam pendekar.Tapi kaki senget. Huhu.

family 037

Pak Su, Bang Hafiy & Fahry. Fahry dah pandai panggil Hafiy “Apiiiii!!!”. Kalau kena pukul dia jerit “Akiit!”.

Tapi Abiy komplen satu je “HAfiy masa baya Fahry dulu dah tahu A B C, 1 2 3 by heart, Fahry ni ape pun tak tahu lagi” T_T Sungguh insaf. Mungkin sebab terlalu fokus pada keupayaan fizikal dia. Takpela, kayuh pelan-pelan, fokus satu satu.

Popularity: 1% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 11 comments… read them below or add one }

sharinginfoz May 19, 2010 at 8:18 am

mesti seronok sakan kan bila fahry dapat jalan
sharinginfoz´s last blog ..Malu Bawa Kereta BMW Ke Universiti My ComLuv Profile

Reply

eliss May 19, 2010 at 9:26 am

my nuha pun geli sentuh rumput..tak leh jadi atlet mcm abahnya lah.hehehe
eliss´s last blog ..Ada Bau Durian Di dalam Ofiz? My ComLuv Profile

Reply

isabelle May 19, 2010 at 10:10 am

adam pun dulu geli nak pijak rumput & tanah. dah lepas bwk pegi field trip (with my students), main tepi sungai..baru dia selamba jer xpakai kasut.
isabelle´s last blog ..Syaratnye 1 je My ComLuv Profile

Reply

chekna May 19, 2010 at 11:04 am

skg pun fahry dah cam lipas kudung, nnti bila dia dah bleh jlan, confirm dah xterkejar…
chekna´s last blog ..go green, think green, we are a green family My ComLuv Profile

Reply

akak su May 19, 2010 at 12:28 pm

sronok bila tgk dia dah makin terror, tpi yg best skali part ‘terjunan tiruk’..hahaha….dasat tu….Akak ingat lagi Si ami masa tecik2 dulu cukup anti ngan tanah…tak mo pijak tanah langsung, asik nak berdokong aje.
akak su´s last blog ..Ratuku Merajuk….Haku Gerammmm My ComLuv Profile

Reply

mommy nadia May 19, 2010 at 1:39 pm

caiyyokk Fahry!
cepat2 jalan..mommy tak sabar nak kejar tu ..:)
mommy nadia´s last blog ..mommy’s family day… My ComLuv Profile

Reply

arnie May 19, 2010 at 4:09 pm

Mommy,

Maner tau lps balek dr UK nnt Fahry da boleh baca ABC by heart. He needs some “luar biasa” refreshment, maybe? Hehehe… ;) arnie´s last blog ..Berat Turun 2kg Dengan Alfalfa My ComLuv Profile

Reply

::munira:: May 19, 2010 at 4:50 pm

me rasa kasut yang special tu boleh tempah kot!cos my jiran dulu pakai kasut yang ditempah special untuk kaki dia!
tapi itu jiran dulu laa….tak sempat nak ty tempah katne? *kang kata bz body lak kang!*
::munira::´s last blog ..Anak Saya Tidak tahu Menulis? My ComLuv Profile

Reply

adnoor May 19, 2010 at 5:24 pm

Salam lina,
saya tak pernah komen your post, tapi setia jadi silent reader, tapi kali ni tersentuh sangat hati ni Lina…

Gaya awak bercerita tu yg saya bayangkan ur Fahry is my zikri. Tersentuh sangat hati ni Lina. Saya tahu you cuba nak ajar fahry jadi seorg yang tabah, setabah mommy dia…

Saya tak perasan yang kaki kiri zikri tak de proper jari… takpe Lina selagi mampu, lengkapkan Fahry dengan segalanya , emosi, fizikal, so that bila dia besar, dia tahu yang dia tak pernah ketinggalan walau sikit pun.

saja nak ucap Congrates to you, semperna mothers day… n keep us posting, lantaklah aper org nak kata…

salam.
adnoor´s last blog ..Anugerah buat kamu… My ComLuv Profile

Reply

edame May 20, 2010 at 12:03 am

amniotic band babies…adik sy pon maybe salah seorg drpnya(tp dia bkn baby lg, dh form 5 pon). dia cuma alami kecacatan pd jari2 tgn & kaki saje…pon ade bebenang pd jari2 tgnnya yg sy tgk slps dia lahir…bg kami dia same je mcm yg lain…

tp Fahry mmg special…m’jdkn awk ibu yg special…

-silent reader nih…tp xsilent lg… :) edame´s last blog ..Bacalah Anakku My ComLuv Profile

Reply

mama|sarah|syimir May 20, 2010 at 4:42 am

go fahry go go go! sungguh aktif dia ye…buat terjunan tiruk? ihiks..kena bawak g swimming pool blh jadik penerjun profesional ni! :) mama|sarah|syimir´s last blog ..di sebalik kegembiraan terselit kesedihan My ComLuv Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers