Min dan Man adalah adik beradik kembar yang telah kehilangan ibu sejak kecil. Sejak itu mereka dijaga oleh ayah mereka yang perengus, garang, malah kaki pukul, kaki botol, kaki betina, kaki bangku, kaki ayam dan macam-macam kaki lagi. Mereka pula tinggal di rumah buruk yang apabila hujan datang, terpaksa menadah air hujan.
Namun Man dan Min terus membesar di bawah jagaan (kalau jaga…) ayah mereka itu.
Min, si abang membesar sebagai remaja yang tertekan, rosak akhlak dan suka berkawan dengan budak2 nakal. Malah dia pun turut menjadi kepala pengat kepada kumpulan budak2 nakal yang suka membuli orang, malah mencuri pun ya. Akhirnya Min dibuang sekolah dan hidup tak tentu arah. End up menjadi seorang penagih dadah dan kerjanya meragut dan mencuri.
Man pula sebaliknya, seorang remaja yang rajin belajar. Dari sekolah rendah dia sering mendapat nombor 1 hingga 3 dalam kelasnya. Semasa di darjah enam, Man menjadi ketua murid. Setelah mendapat 5A dalam UPSR, Man ke asrama penuh, dan akhirnya mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kedoktoran.
Apabila mereka berdua telah dewasa, dan ayah mereka telah tiada, kisah Min dan Man menjadi tarikan sebuah rancangan TV untuk dijadikan bahan temuramah. Tajuknya ialah kembar sama tak serupa.
Mereka berdua dipanggil ke studio untuk rancangan tersebut. Min dan Man menjawab soalan2 yang diberi oleh pengacara dan disaksikan oleh para penonton di studio dan juga di rumah.
Pengacara itu bertanya “Bolehkah saudara ceritakan kisah hidup saudara dan punca menyebabkan saudara jadi begini?”
Jawab Min:
“Semuanya kerana ayah saya. Ayah saya seorang yang garang, kaki botol, kaki pukul. Saya tidak mendapat kasih sayangnya. Ibu pula meniggal semasa saya masih kecil. Ayah mengabaikan kami, menyebabkan hidup saya tertekan dan akhirnya saya jadi begini. Semua salah ayah.
Kawan2 pun selalu menghina saya, orang miskin, anak samseng… bagaimana saya nak berjaya?
Saya benci ayah, kerananya saya jadi begini”
Jawab Man pula:
“Semuanya kerana ayah saya. Ayah saya seorang yang garang, kaki botol, kaki pukul. Saya tidak mendapat kasih sayangnya. Ibu pula meniggal semasa saya masih kecil. Jadi, saya tidak mahu menjadi sepertinya. Saya mahu menghadapi kehidupan yang lebih senang, kerana kesusahan yang saya alami semasa kecil. Saya juga tidak mahu anak2 saya mengalami kesusahan seperti yang saya alami.
Kawan2 selalu menghina saya, orang miskin, anak samseng.. tapi saya mahu buktikan bahawa mereka salah. Walaupun saya miskin dan anak samseng, itu takkan selamanya. Saya akan jadi lebih baik dari mereka.
Terima kasih ayah, kerananya saya jadi begini”
Dua kisah berbeza, dari sejarah yang sama.
Kita boleh memilih untuk menjadi,
1) Min : menyalahkan keadaan dan jadi mangsa keadaan.
2) Man : bertindak proaktif untuk keluar dari kepompong keadaan rumit & menjalani kehidupan lebih baik.
Kita yang mana satu?
Memang mudah menjadi Min, hanya perlu ikut perasaan -marah, benci, dendam, frust- kemudian salahkan keadaan yang menjadikan kita begitu. Secara tak sedar, banyak ciri2 dalam diri kita yang menjurus untuk menjadi seperti Min. Reserve, defensive, reaktif, hanya menunggu sesuatu yang baik berlaku, tapi kita sendiri tak berbuat apa-apa, kemudia tahu salahkan orang saja.
Tak semua antara kita mampu menjadi Man. Berani membuat perubahan, atasi kelemahan, tidak jadikan sejarah silam sebagai batu penghalang, sebaliknya menjadikan ia sebagai batu loncatan.
Kita selalu pandang orang yang lebih berjaya sebagai “Alah… dia takpe lah… Bapak dia kerja besar…”, “Alah… dia takpelah… dia ada kabel…”, “Alah… dia takpelah… dia kaya…” sedangkan kita sendiri tak buat apa-apa pun kecuali memadang dan merungut saja.
Bila kena buang kerja, kita salahkan syarikat. Bila berlaku kemelesetan ekonomi, kita salahkan kerajaan. Memang betul, tak salah untuk rasa macam tu. Malah Min pun tak salah bila dia salahkan bapanya atas apa yang berlaku.
Tapi kita adalah sebagai ‘pemandu’ kepada hidup kita. Kalau melaui jalan gelap, kita pasang lampu, bukan ikut redah je kegelapan tu. Ataupun berhenti memandu sebab gelap. Kalau lampu isyarat merah, kita berhenti, walaupun ada orang main langgar je, itu dia punya hal, kena saman ke kena langgar ke, itu masalah dia. Kita jangan pula berani2 nak follow, kalau kena saman/langgar, orang tu bukan nak bertanggungjawab.
Jadi terpulang pada kita untuk mengikut jalan mana. Jalan Min atau jalan Man. Eventually kita sendiri yang akan dipertanggungjawabkan.
Leave a Reply