SmartPhone, Perlu Atau Tidak?

By | October 28, 2010

Smartphone adalah satu device atau alat yang bukan sahaja boleh digunakan untuk menelefon dan SMS, tapi juga menggunakan email, melayari internet, ber-FaceBook, ber-Twitter, set appointment dan macam-macam lagi. Pendekata, kegunaan sebuah komputer dipermudahkan ke dalam sebuah alat yang hanya sebesar telefon bimbit.

Telefon tangan pertama saya ialah berjenama Sagem, hadiah dari Mak dan Ayah kerana kejayaan (if it’s can be called as such, haha) saya dalam SPM. Kemudian saya telah menukar handphone Sagem itu kepada Nokia 3310 menggunakan duit biasiswa (tindakan mahasiswa yang begitu bijak dalam upgrading handphone, bukan upgrade pointer, wakaka). Hinggalah kepada Nokia N95, kemudian balik kepada Nokia entahapanamanya yang boleh telefon orang dengan SMS saja.

Kemudian saya merungut kepada suami yang saya hadapi masalah untuk memeriksa email dan order yang diterima. Apa lagi untuk update apa yang patut. Lalu kami membuat survey ke atas beberapa syarikat Telco yang menawarkan perkhidmatan mobile broadband. Tapi macam tidak memuaskan hati.

Lalu suami saya mencadangkan “Apa kata you pakai iPhone? You boleh check email dari iPhone saja, malah boleh buat internet teethering untuk connect laptop dengan network. So boleh pakai dua dalam satu”.

Tetapi sebelum itu (tiru ayat Jay HotFM), ramai sebenarnya yang eager nak pakai smartphone tapi end up “tak berbaloi betul beli mahal2 tapi hanya untuk call & SMS saja”.

Sebelum memiliki sesuatu gajet, terutama bagi yang mempunyai budget sederhana (kalau orang kaya lantak dia lah, mungkin harga smartphone sama dengan harga berus gigi dia saja), kita mesti timbang2 apa yang boleh kita buat dengan gajet itu, dan opportunity gain & loss sekiranya kita memiliki smartphone tersebut atau tidak.

Sekiranya kita cuma akan menggunakan smartphone untuk buat panggilan dan SMS sahaja, rasanya telefon tangan biasa sudah memadai. Mungkin kita akan rasa bangga memiliki gajet terkini dan tercanggih, tapi kalau tak utilize, apa gunanya?

Fikirkan…

  1. Upgrade telefon VS upgrade penampilan – mungkin dengan kos beli smartphone kita boleh beli pakaian baru yang lebih menyerlah personaliti kita.
  2. Upgrade telefon VS upgrade wang simpanan – harga sebuah smartphone dalam lingkuran RM2000 ke atas, berbaloikah untuk ‘berlagak’ dengan gajet baru? Mungkin lebih significant kalau dimasukkan ke dalam tabung.
  3. Upgrade telefon VS sedekah/derma/bayar zakat/charity/you name it – biasanya kita tak kisah ‘derma’ banyak duit kepada tokei kedai (sebab kita dapat barang) daripada bersedekah sedikit kepada yang memerlukan (sebab tak nampak pahala). Mungkin kita boleh tukar perspektif dari tukar telefon tapi tak guna, kepada beri sedekah/derma dan akan digunakan oleh orang berkenaan.
  4. Upgrade telefon VS upgrade pengetahuan – bila tengok harga sebiji buku RM100.oo kita kata, mahalnyaaaa, sedangkan kita rasa macam perlu nak baca isi dalam buku tu. So kita akan cari buku yang similar tapi lebih murah. Tapi untuk sebuah smartphone kita nak yang paling canggih, paling terkini, walaupun harganya mahal kita tak kisah as long as it’s a smartphone. Sedangkan bila memilikinya, bukan saja tak ada value added, malah cuma guna basic features saja.
  5. Upgrade telefon VS upgrade sikap dan pemikiran – orang yang berkesan dapat menghasilkan baja dari tahi binatang, tapi bagi orang yang kurang berkesan, tahi binatang is tahi binatang, worthless. Bila dapat smartphone, rasa dah cukup pandai dan canggih, sedangkan tokei Teskoh cuma pakai telefon jenama cikai yang cuma boleh buat panggilan saja. SMS pun tak berapa pandai sebab orang lama la katakan.

Itu sekadar pandangan saya, mungkin cadangan bagi mereka (yang sekapal dengan saya) yang sedang berkira2 nak upgrade telefon, dan berkira2 nak angkat smartphone atau tidak. Prinsip saya senang saja, utilize. Kalau rasa telefon tangan yang biasa dah cukup dengan urusan harian kita, buat apa nak guna smartphone? Kat situ dah ada banyak opportunity loss hanya sebab kita nak kejar gadjet terkini. Sedangkan kita boleh buat banyak benda lain lagi.

Tapi kalau memang betul2 nak pakai (all the applications), smartphone adalah pilihan yang tepat. Ia lebih mudah lagi memudahkan, dan menjimatkan masa. Sambil2 beratur beli nasi lemak sarapan, boleh baca online newspaper. Atau tengok perkembangan stock terkini. Setidak2nya layan FaceBook, hehe.

source: digitaltrend.com

15 thoughts on “SmartPhone, Perlu Atau Tidak?

  1. lydzar

    huhu smartphone tak C3 tu..hehe murah saje. tp rasanya bakal digunakan utk sms, call dan amek gambar & video anak2 saje..dh tensen kena caj tak pasal2 ngn maxis..tak tau punya pasal
    lydzar´s menulis tentang ..Sari Ratu Kota DamansaraMy Profile

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      ehh apsal maxis caj.pegi tanya tak?
      kami last month maxis tak tolak bill payment yg dia waive masa byr deposit. rupa2nya sebab dah overlimit hahahha

      Reply
  2. Mrs Imran

    betul2! i beli smartphone pon sbb utk business , senang nk check email and orders. before ada smartphone I pakai handphone nokia cokia jer. yg harga RM180. cukup utk call and sms. camera pon takder. tapi ada torchlight i like 😀 hehe. but now tuntutan keperluan, i ada smartphone tapi telefon cokia pon still pakai. ada 2 hp la kiranya. 🙂
    Mrs Imran´s menulis tentang ..Oh so randomMy Profile

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      macam kukenal aje ciri2 hp cokia itu. macam daku punya dulu pun camtu hahaha. tp daku beli 100 hengget je (JE, okay!)

      Reply
  3. zuhaini

    saya memang dah jatuh hati pada iphone… oh…

    anyway, sebelum beli, memangla duk tgk functions dan spec dia..

    sebenarnya memang iphone tu lebih kepada gaya je, sebab spek dia x la hebat mana,…. (tapi daku still ngidam nak beli gak.. hahahaha) 🙂

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      pada saya kalo spec handphone ni tak penting mana. beli yg plg bagus pun 2-3 tahun samada rosak/outdated/rosak sana sini sebab jatuh or kena gigit dgn anak hehe.

      iphone kalo tak guna application2 dia mmg rasa tak berguna, utk bergaya je. kalo guna semua (tp mmg tak ter-guna semua sbb byk gila), rasa sgt2 worth, now everything in one.

      kalo beli iphone jgn pakai prepaid, kang mmg betul2 nk bergaya je, tak bole download application sgt sebab caj mahal (kecuali guna wifi) hehe.

      Reply
  4. Mohd Nadzri Mustakim

    Assalamualaikum buat TT & pengunjung setianya…

    kupasan yang menarik. Antara keperluan dan kehendak.
    Kadang kita ni ‘perasan di puji’. Dengan memiliki gadjet yang agak canggih dari golongan marhaen. Konon org sekeliling akan kagum…. Walhal hal, cube kita usha org lain yg pakai hp canggih… takde lak kita kagum… hihihihi… kita ditewaskan nafsu ghopenyer… Ni masuk bab wahan lak nih…

    Berpada dengan apa yang ada… untuk jadi qanaah ni perlu mujahadah….

    Doa saya agar kita dipandu oleh Allah.
    Allah’s satisfaction or ours?
    Mohd Nadzri Mustakim´s menulis tentang ..Pelan Tindakan ZinaMy Profile

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      Waalaikumussalam Ibn Mustaqim

      Itulah kita kadang2 nampak benda ‘perhiasan’ tu lebih utama dari benda yang asas.

      jangan2 benda perhiasan ni yang melalaikan kita dr tanggungjawab asas 🙂

      Reply
  5. nuni

    setuju!!!! saya pun tak pakai smartphone..sebab saya guna untuk sms dan telefon sajork..pakai hp nokia 2370 jer herge rm300 ..huhu kalau p meeting, masing2 ada letak hp atas meja..saya punya paling cokia isk! tak kisah pun 🙂
    nuni´s menulis tentang ..AbahhospitalMy Profile

    Reply
  6. Cinta Super

    as for me pula, setakat ni belum ada keperluan yg mcm lyna state tu. sebab tu lah telefon ni tak berganti-ganti dari 2007 lagi. asalkan boleh guna ringtone mp3, simpan sms byk n screen kaler sudah. hahahaha, bunyik monophonic n polyphonic telinga ni da xle terima da ;p
    Cinta Super´s menulis tentang ..DeterminationMy Profile

    Reply
  7. dayak

    along,
    buat la entry psl bola piala malaysia nih..gomo kelate gomo.. buat julung2 kali aku ni gi tgok bola ni. tiket dah ade nih..hahahha. kupas sikit ramalan ko..
    bukit jalil.. here i come!!

    Reply
  8. Hanis

    saya pun duk ngidam jugak smartphone mak nenek tu semua…tp bila rasa nak korek duit dlm beg nak beli, asik dok pikir berbaloi ke tak? nak guna sangat ke tak?
    isk..last2..pakai jela nokia cabuk tu…memori gambar pun dah full, takleh upgrade……haha..janji boleh call & SMS..

    betul la lynna ckp, my students…kalau sebut suruh beli buku seratus ke atas je, mula la muncung2 mulut ckp mahal, padahal henpon harga beribu rm…rasa tak bersalah plak…huhu, mmg kena laser je la..

    tapi tu la, duit dorang kan, biarlah..Ngeee…janji saya bahagia dgn henpon saya..(^_^)
    Hanis´s menulis tentang ..Tahyul mitos-tidak benar dalam penyusuan susu ibuMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge