,

Kisah Jual Beli Emas Yang Merugikan

admin Avatar

Memperkenalkan, Cik Siti Wan Kembong (bukan nama sebenar) yg baru dapat bonus 2 bulan from her majikan, back in 2005. Dengan pendapatan lebihan tersebut, Cik Siti ingin memiliki emas sebagai pelaburan persendiriannya. Pengusaha jual beli emas pun mem-promote Cik Siti beberapa gelang emas design terkini yg sangat hot di pasaran.

Tak tahan tengok design gelang yang sangat lawa, Cik Siti pun membayar tokei kedai emas menggunakan kesemua bonus 2 bulannya, cash. Dengan rasa puas hati lagi bangga, Cik Siti pun pakai la gelang tersebut. Baginya, nothing to lose. Sebabnya, harga emas pasti akan naik. Agak2 sesak boleh jual. For her it was a kind of good investment.

Forward to 2008, Cik Siti akhirnya bertemu dengan rumah idamannya; banglo 2-tingkat dekat dengan Bandar KB. Bayaran ansuran tak jadi masalah sebab boleh potong gaji bulan-bulan. Namun, sebab tuan rumah tersebut agak sesak, dia perlukan cash RM10k secepat mungkin. Dia sanggup jualkan rumah kepada sapa2 yng boleh bagi downpayment RM10k, yg balance, dia sanggup tunggu bank clearance.

Cik Siti pun apa lagi, terus la dia ke kedai emas tempat dia beli gelangnya dahulu untuk dapatkan cash. On the way ke kedai emas tu, dia dah terbayang2 untuk dapat 2x ganda harga gadaian sebab harga emas pasaran dah naik 2x ganda pada masa yang sama.

Sampai je ke kedai emas tersebut, tokei dia cakap dia hanya akan beli semula gelang emas Cik Siti dengan harga yang sama dia beli 3 tahun lepas. Torkojot lagi bengang, Cik Siti marahkan tokei kedai tersebut dan cari kedai pajak gadai. Yg buat Cik Siti langi tension, tokei pajak gadai Cuma sanggup bayar 25% lebih rendah daripada harga yang dia beli.

Sebab tak dapat nak bayar duit down-payment, Cik Siti terpaksa la cancel beli rumah idamannya itu.

Ada sapa-sapa tahu kenapa emasnya tak naik nilai yg sepatutnya?

*p/s: ini kisah benar kawan saya di klate…

*p/s: I’ll share my insight later2…

admin Avatar

24 responses to “Kisah Jual Beli Emas Yang Merugikan”

  1. mirah Avatar

    mungkin sebab dia beli emas putih aka platinum kot? heheh main teka je nih..

  2. miela77 Avatar

    Alahai ciannyer…nape lak jadi cam tu eh?

    Meh ajak ramai2 join Miela77 Online Shoppe – 1st Month Anniversary Giveaway..senang mudah dan peserta layak dapat cash voucher weh.. mai http://miela77shoppe.blogspot.com
    .-= miela77´s last blog ..UK Magic Bio-Tech Herbal (Anti-Virus Formula) – Sesuai Utk Mencegah H1N1…Sticky Mode =-.

  3. MamaQaseh Avatar
    MamaQaseh

    Bila kita jual emas balik..normally dgn harga susut. Bape % susut depends ngn tokei kedai emas tu nk bagi la..sbb saya ada experienced jual emas ni..

    Saya beli gelang emas dr seseorang yg sesak dgn harga separuh dr nilai asal. cth: beli RM1200 dia jual pada saya RM 600.

    Sampai masa saya sesak..sy pegi jual gelang tu. Pegi 1 kedai emas melayu dia nk amik RM500++ je..uiks..rendah dr yg saya beli..so cancel. Then pegi poh kong..dia amik RM700++..so saya untung skit la kan..

    Betul x Lina?? Ke saya memandai je?? hahaha…

  4. UmmuAhmads Avatar
    UmmuAhmads

    I think harga emas yang telah dibentuk, ie barang kemas, kiraannya lain. That’s why ada pelaburan beli emas di bank, beli pure gold coin, etc. Saya pun tak pasti…tapi, memang pernah dengar tentang kiraan berbeza. Mungkin ada yang boleh tolong betulkan apa yang saya dengar tu….;-)

    1. Suhaini Avatar
      Suhaini

      pelaburan untuk emas = kalau nk untung kena beli dan simpan setahun ke atas baru boleh untung dalam ape bentuk sekali pun – sebab kalau beli pure gold pun nk jual ambil cash ade susut nilai jugak kan…sama dengan bentuk emas (yg digunakan sebagai perhiasan)

  5. qay Avatar

    gini, berdasarkn mkcik kt kdi mas dpn pasar buluh kubu tuh ckp, hrga brg mas yg kita bli kdg tk stggi yg diharapkn sb satu ms jual org tu amik hrga tukang means hrga upah buat brg tuh sb tu hrga mhl..bila jual tkde lg hrga tukang, so dah kurg skit……then mas tu akn sedikit sbnyk dicampur dgn bhn lain spt chrome ke ,cecair lain..so bila kita jual emas tuh, biasa dia akn amik brapa berat mas tu shja meaning mas asli tk cmpur paper..then kn kira hrga susut juga…

    SO KLO nk buat pelaburan seeloknyer bli mas yg pure meaning tkde chrome mas putih ke hapa, n tkde batu2 lip lap..or lbih elok bli je dinar mas cmtuh….ituapa yg sy bljar dr mkcik tuh..klo slh btulkn..
    .-= qay´s last blog ..tawakal, redha dan pasrah =-.

  6. PutraMama Avatar

    Dr aper yg sy tau, mase beli brg kemas tu harganye include ngan upah design brg kemas tu.. tu sbb mhl.. bile jual blk, kedai kire berat emas saja.. design2 tu x dikira..

    kalo nak buat pelaburan emas, rsnyer brg kemas bkn pelaburan yg baik.. kalo nak betul2 pelaburan emas, beli jongkong emas or syiling emas..
    bole refer cni http://publicgold.com.my/
    .-= PutraMama´s last blog ..Anakku Ceria Giveaway Contest =-.

  7. Dayah Avatar
    Dayah

    saya rasa..
    mmg harga emas dah naik. katakan masa dia beli Dec1 -2005 adalah RM63/gram + workmanship price, Dec 1 – 2008 harga jadi RM100/gram. tapi RM100 ialah nilai emas. katakan cik siti beli masa tu contoh 10 gm gelang = (RM63x10) + RM100 ( katakan nilai upah byk ni.saya agak je) = RM730.selalu kalau kedai emas amik balik, pasti susut ~25%. nilai workmaship mmg dah tak dikira. bergantung pada kedai % susut nilai tu. so tolak 25% dari harga emas , dah ke tinggal ~RM750.mmg lebih kurang harga dia beli masa tu la..

    sbb tu saya kalau ke kedai emas, lebih tokey emas tap tap tap kalkulator, saya amik pulak kalkulator dia tap tap tap lagi..sbb nak nego kat harga upah tu..nak tau mcmna dia kira, mcm tu jugak masa nak jual, kalau boleh ada skit knowldege harag emas ketika tu,supaya tak ditipu..heheeh

    sekadar pandangan

  8. eliss Avatar

    btol laa tu..memang macam tu laa pengiraannya..25% tu susut nilai dier..
    .-= eliss´s last blog ..Contest Reka Tagline Produk Dan Menang =-.

  9. fid Avatar

    ke dia beli emas putih???
    kihkih lagi tak de harga ya mas putih tuh?
    .-= fid´s last blog ..kelas tuisyen pelek utaqha =-.

  10. nelcyndana Avatar

    sbb harga gelang emas yg dibeli termasuk kos tukang (upah buat). cthnya : harga emas RM60 + upah RM40 = harga gelang RM100. lps 3 thn, gelang emas tu hanya dikira nilai emasnya & tak tmsk kos upah, jadi wpun harga emas dah naik jadi RM100 tapi sama nilai dgn harga dia beli dulu.
    .-= nelcyndana´s last blog ..Santai2 Malaysia di Ulu Yam =-.

  11. eila Avatar

    salam..mungkin makcik tu beli emas jenis 835 ke..bukan 916 yg biasa org pakai..biasanya kalo bli brg kemas..nak jual balik harga dah jatuh 30%-40%..beli brg kemas mmg rugi kalo jual balik..nak plak kalo jenis byk batu/corak..lagi byk susut nilai…lainla bli jongkong emas/bukak akaun emas kat bak ke..kalo beli harga rendah..lps sethn dua nak jual balik mmmg untungla..kesian makcik tu..nak melabur tp tak amik ilmu pelaburan emas…
    .-= eila´s last blog ..~Mekap Rumah~ =-.

  12. bibimie Avatar

    ermm… better beli emas jongkong. kalau beli barang kemas, bila harga emas naik pi kedai tukar design baru jerk laa… kalau nak amik duit mmg tak jauh beza dengan harga beli.

    ehh… eila kawan dengan mommy lina yer? ahahah… kocik nyer dunia…
    .-= bibimie´s last blog ..lagu kak ngah =-.

  13. aphzan Avatar

    Biasanya bila beli emas, kena caj upah 20% dari harga tertera…..
    Beli unit amanah, caj 3% jer….. hehehe
    Beli emas bukan berani pakai semua, kena rompak baru tahu…..

  14. tuanbri Avatar

    Sebab emas perhiasan …kena lebur balik ?

    Upah + kos emas + kos lebur balik + untung = ??

    betul ke ?

    ada jugak syarikat Muslim yhang jualbeli emas ni

    http://www.nubex.com.my/

    Nukilan
    tuanbri.com
    .-= tuanbri´s last blog ..Desa Mentari Part 5 =-.

  15. lochoe Avatar

    Benar harga emas akan menyusut 20-30% selepas kita beli sebab time kite beli tu, harga emas dikira sekali dengan harga upah dan harga design..

    tp dalam tempoh masa 3-5 tahun, anda dah untung spatutnya.. (tp ingat emas selain kualiti 999) harga susah nak runding..

    apa2 pun jika anda ada kawan2 nak jual, bleh hubungi kami ye di harga emas Malaysia..
    .-= lochoe´s last blog ..Trend harga emas menurun Raya Cina =-.

  16. mais Avatar

    salam ziarah..my 2cnt;
    kalau emas perhiasan ni, kalau boleh jangan jual kat kedai jual le kat orang..macam kereta jugak le..kalau jual kat kedai second hand memang jatuh teruk harga…cuba jual pada orang perseorangn insyAllah takle seteruk jual kat kedai..pendapat je…he2..
    .-= mais´s last blog ..Pakej Video Youtube ini merupakan sebuah pakej BIMBINGAN =-.

  17. Kamil Avatar
    Kamil

    Barang kemas mmg susut nilai, sebab emas utk brg kemas ni emas 916 (91.6% tulen). Kalau pure fine gold yg ketulenan dia 999.9 (ppm) tu yg makin naik. Emas 916 ni berapa karat jer. Kalau fine gold tu (999.9) dia adalah 24 karat. Emas 24 karat ni yg buat gold bullion coin, jongkong emas, wafer emas etc. Emas jenis ni yg naik harga.

  18. Kamil Avatar
    Kamil

    Emas utk barang kemas ni dah campur dgn logam2 lain supaya dia keras dan tahan utk dipakai. Kalau emas 999.9 tu…..gosok dgn kain pelikat pun dia calar. Betapa lembutnya emas tulen. Saya tau sebab saya mmg invest emas nih. OK.

  19. mustafakamaljebah Avatar
    mustafakamaljebah

    Org kata beli gold bar lebur jadi barang kemas boleh dpt untung lumayan!
    Betul ke?

  20. wynn78 Avatar

    aku baru je menceburkan diri dalam pelaburan emas nih..huuu.lawatlah blog saya mungkin ada yang berguna.promosi skit tuan tanah.tq

  21. ardina ranti Avatar

    informasi di sini cukup bagus buat saya yang saat ini sedang mencari informasi tentang harga emas terkini. Walaupun saat2 ini harga emas sedang turun, tapi jangka panjangnya tetap pilihan terbaik.

  22. ine haryanti Avatar

    informasi di sini cukup bagus buat saya yang hari ini sedang mencari informasi tentang harga emas terkini. Walaupun saat2 ini harga emas sedang turun, tapi jangka panjangnya tetap pilihan terbaik.

  23. mas Avatar
    mas

    saya pon br berminat nk melabur kecik2 je.ade kwn ckp beli je brg kemas sbb kite kecilan je.sy frust jgk memandangkn sy dah berminat. sy xjd bli pure gold n beli gelang. nnt ank2 dah 18 thn ke ats br nk jual blk…agk2 byk ke untung ke biase2 je…hrp u olls dpt beri pndpt. duit raye ank sy igt nk tuka bli mas…bgs ke xbgs?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge