Kisah Hairuman

admin Avatar

Masih ingatkah tentang kisah adik Hairuman yang terkena renjatan elektrik voltan tinggi ketika mengait buah kelapa sawit November tahun lepas?

Kini Hairuman menjadi OKU seumur hidup tanpa kedua-belah tangan dan kaki kiri.

hairuman

*gambar dari blog ManZaidi

Di bawah adalah nota yang ditinggalkan oleh kakak Hairuman, Maryuni dalam blog kawan saya, Ida Rahayu:

Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak.

Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin….

Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :
MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520

Marilah kita sama-sama membantu beliau agar dapat menjalani rawatan yang sempurna dan sembuh walaupun tidak mampu mengembalikan anggotanya yang hilang.

Semoga keperihatinan kita semua dapat meringankan beban Hairuman sekeluarga.

 

P/S : kaki palsu Fahry yang patah dah siap dibaiki oleh ayah saya! Terima kasih ayah! (Ayahku berbakat jadi tukang kaki palsukah?)

admin Avatar

3 responses to “Kisah Hairuman”

  1. Fara Avatar

    Mohon share ye Lyna?

  2. sidratul muntaha Avatar

    thanks along..
    mudah – mudahan bantuan tuk adik ni terus ade..

  3. meah Avatar
    meah

    long, ko link citer ko ni ke fb..lagi ramai yg bace..sape2 yg rase nak sedekah. kerana Allah mmg bole..rm20/bulan pon xper..janji buat bulan..istiqamah..budak ni pon anak yatim piatu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge