,

Khalifah Method Beats Shichida, Glenn Doman, etc.

admin Avatar

family 020

Walaupun tak ramai yang tahu, hanya beberapa teman rapat saja, saya adalah peminat kepada early education method seperti Shichida, Glenn Doman, Montessori… tapi hanyalah semata-mata dari pembacaan dan perbincangan dengan kawan2 yang mempunyai minat yang sama, dan mengaplikasikan method2 tersebut terhadap anak mereka. Saya tak ada lah nak pegi kelas ke apa, paling-paling pun menghantar anak-anak ke taska yang mempraktikkan method-method di atas.

Dalam banyak2, saya palig suka Montessori dan Natural Learning method, sebab tak payah flash card. Hahaha. Malas tau. Montessori pula banyak menekankan kemahiran kendiri, walaupun saya tak apply semua, tapi 2-3 konsepnya senang nak diadaptasi.

Dalam Shichida, saya amat suka dengan 5-minutes Suggestion method, ia sangat berkesan sekali untuk menangani anak-anak. Saya dah mengalaminya dan a very2 recommended method untuk mak-mak yang hadapi masalah dengan anak sendiri, contohnya anak degil ke, malas ke, dan sebagainya.

Saya ni bukan seorang yang kreatif lagi inovatif, jadi saya tak boleh nak menjadi seperti Puan Halimahton (ibu Sufiah Yusof) yang ada method tersendiri untuk mengajar anak-anaknya hingga berjaya masuk universiti masa usia anak-anak kita baru nak ambil UPSR. Semasa saya bertemu beliau tahun lepas, Puan Halimahton kurang bersetuju dengan beberapa method yang saya nyatakan, katanya macam tak ada follow up for the future. Saya no komenlah, sebab anak-anak pun kecil lagi. Sepanjang perbualan dengan beliau, saya rasa amat terharu, she’d keep on sharing about Sufiah, despite the world yang cakap macam2 tentang dia. Now I heard that Sufi (panggilan Pn Halimahton kepada Sufiah) dan balik dan involve dalam kerja-kerja sukarela di UK. Alhamdulillah, she’s becoming better than others bila berbuat silap dan bertaubat.

Merapu.

Oleh sebab itu, saya memang mencari manual2 yang sepatutnya. Tarbiyatul Aulad fil Islam by Dr Abdullah Nashih Ulwan tu berapa kali saya khatam kedua-dua jilid. Tapi keistimewaan otak saya tak mungkin masih belum tahu digunakan secara optimum, saya tak dapat nak ekstrak point-point besar yang dinyatakan kepada elemen-elemen kecil yang boleh diaplikasi.

Akhirnya pencarian itu membawa saya kepada Khalifah Method. Sekali lagi, walaupun diadakan kursus untuk ibu bapa dan guru yang mahu mendalami kaedah ni, saya tak ambil tahu tentangnya. Saya cuma meneruskan pembacaan dan bertanya kepada pengamalnya. It’s an amazing method, kerana ia adalah selari dengan Islam, kehendak dan ajarannya.

Antara lain Khalifah Method adalah untuk mendidik diri seseorang menjadi seorang yang bertanggungjawab, terhadap dirinya, orang lain dan dunia sekelilingnya. Boleh baca entry Ustaz Hasrizal dan Puan Sharena tentang method ini.

Setiap hari saya cuba membuat ikrar dengan anak-anak “Saya adalah khalifah Allah, saya mesti menjadi baik, mengajak orang lain menjadi baik, dan memakmurkan dunia”.

Pertama kali saya mencubanya dengan Hafiy, masa tu dia sedang dalam fasa suka memukul adik. Cemburunya memang kuat. Saya memberitahunya “Hafiy, Hafiy adalah khalifah Allah, Hafiy dijadikan untuk memimpin adik, mengajak adik ke arah kebaikan, ajar adik, tunjukkan contoh yang baik. Hafiy mesti bertanggungjawab dengan apa yang Hafiy buat”.

Dan hari ni, saya amat berpuas hati. Syukur pada Allah. Hafiy tak lagi pukul-pukul adik, sebaliknya dia mengajak adik belajar sama-sama, meminta adik mengemaskan barang-barang yang disepahkan, bersabar bila dia sendiri dipukul adik dan sebagainya.

Bila dia kelihatan memendam saya berkata padanya “Adik tu, orang di bawah jagaan Hafiy, Hafiy kena lindungi dia. Maafkan dia kalau dia buat salah, boleh?”

Terharu saya bila anak seusia 3 tahun tu mengangguk. Sekarang Hafiy dah boleh memberi respon, kalau dia tak setuju dia akan menggeleng atau kata “Tak nak”.

Kini Hafiy sendiri mempunyai rutin, setiap malam akan paksa saya ‘belajar’. Sebelum ni, saya yang kena find the mood “Anak-anak, jom kita belajar!” tapi recently saya yang kena ‘paksa’, walaupun mengantuk ke apa ke, anak saya menangis2 kejutkan minta menemani dia belajar. Adakalanya sampai saya yang tertidur di meja.

Sekarang, saya rasa boleh nak tersenyum, walaupun masih terlalu awal. Mungkin kerana Khalifah Method ni selari dengan jiwa saya. Mendalami GD, SM dan sebagainya, tidak semanis KM. Mungkin juga sebab saya tak faham sangat. What makes me happy is anak saya yang willing nak ‘belajar’, kadang2 tu tak sempat2. Sampai rumah, saya baru nak keluarkan ayam, dia dah tarik baju “Mommy, nak belajar…” aduh, comel sungguh.

Jadi, saya tak boleh melepaskan peluang macam ni. Saya harap saya akan terus istiqamah dalam mengajar anak-anak di rumah walaupun saya bekerja. Saya bukan apa, saya seronok. Bila kita seronok, walaupun rasa masa kita sangat2 tight, dan sibuk, tapi kita tetap boleh adakan masa. Dan saya tak kisah kalau anak-anak saya tak se-advance anak orang lain, yang penting usaha saya untuk mengoptimumkan masa dengan mereka. Masa ni lah anak-anak saya akan bercerita, scribbling, dan sebagainya.

Hafiy pula sejak akhir2 ni menyukai Ultraman. Pada mulanya saya risau juga kot2 dia main Ultraman lawan resakse dengan Fahry, tapi saya fikirkan, pasti ada sesuatu yang boleh dibuat dengan Ultraman ni. Jadi saya belikan dia buku ABC yang ada gambar Ultraman. Setiap hari dia akan belek buku tu. Mula2 semua di taram ULtraman Taro, padahal takde pun Ultraman Taro dalam tu. Lepas tu saya beritahu dia “Ini Ultraman Tiga, T.I.G.A, tiga", “ini Ultraman Cosmos, C.O.S.M.O.S, cosmos..” Ultraman asal dari Jepun, dan tunjukkan di mana Jepun dalam peta dunia.

Sekarang, Hafiy dah boleh relate sikit2 tentang Ultraman. “Ni ultraman Max, dia naik kereta (gamabr kereta), dia pegi roundabout (tunjuk simbol roundabout di poster dindingnya), dia pegi London (tunjuk peta UK di poster dinding)”. OK la,that’s better than main ultraman-ultraman dengan adik. Nanti dah besar sikit, takpelah. Sekarang ni masing2 tak reti nak diskaun2 lagi, tunggu besar sikit. Bergusti tu pun salah satu sunnah Nabi, jadi saya katakan pada Abiy, bila sampai masanya nanti kita hantar anak2 ke kelas martial arts. Saya setakat ajar basic kicking tu boleh lah, hehe. Maklumlah black belt kaler biru je.

Saya berhasrat juga nak mendalami Khalifah Method. Mungkinkah dengan menghantar salah seorang dari mereka ke Khalifah Model School? Tapi above all saya percaya, the deepest and storngest root adalah apa yang ditanam di rumah. Saya mahu anak2 saya memandang rumah sebagai segalanya, sumber kepada semua aspek kehidupan. Saya taknak anak2 saya jadi orang hebat di luar, tapi dalam keluarga, jadi orang tak bertanggungjawab, naudzubillah.

jun 2 082

admin Avatar

31 responses to “Khalifah Method Beats Shichida, Glenn Doman, etc.”

  1. sitisifir10 Avatar

    Bangus bangat artikel kamu yang ini….banyak yang nak ku betulkan dalam diri, terutamanya sekarang rasa bercampur baur melihat Usamah nak mendisiplinkan adik2nya lebih pada umi dengan abah buat… huhu
    .-= sitisifir10´s last blog ..Wrong Time N Wrong Place =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wahh itukan bagus, mengurangkan bebanan Umi hehehe.

  2. eray Avatar

    lyna
    thanks for sharing dis
    eray sangat berminat dengan early education nie
    i’ll dig more about KM
    .-= eray´s last blog ..makanan ajaib! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      eray join tak Early Child Education mini seminar kat Scriptory Box esok?

  3. BabyIbu Avatar

    Artikel yang sangat menarik..thanks for sharing..
    .-= BabyIbu´s last blog ..@ Alkisah Susu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      menarik tertarik dabooom???

      ehhehe, welcome Sis 🙂

  4. m-i-o Avatar

    i like this post! 😛

    sy juga sgt suka glenn doman dan akhir2 ini mmg gila baca pasal montessori method. sy rasa, glenn doman sesuai masa anak2 dalam peringkat bayi – masa tu dia belum ada kemampuan fizikal, jadi senang kita nak bagi input melalui flashcard. but as the time goes, montessori is gaining my interest. senang nak apply montessori at home, as simple as ajar anak letak baju kotor dalam bakul, ajar anak tutup-buka zip beg, susun barang lepas main dll. it’s more to basic living skills, that lead to the child’s independence.

    but, as a muslim, apa yg menarik tentang khalifah method ialah pembinaan roh seorang anak to his Creator – which i think is lacking in other method. montessori mungkin ada menyentuh tentang moral dan akhlak serta a bit on christianity when it involves history teaching – tapi yg ni takde kaitan dengan kita as a muslim, dan kebanyakan montessori preschool in malaysia tak sentuh pun bab ni atas dasar sensitiviti dan menghormati agama org lain.

    just to share my view on what pn halimahton told you – i think what she meant is, she wants you to observe the child, rather than focusing on the method. from what i understand (i went to see her too – just to fullfil my curiousity – haha!), it is crucial for a mother to teach her child with pure interest first – only then you apply the method according to your child’s need. tentang “tak ada follow up to the future” pula, oh sy pun ada ditanya soalan yg lebih kurang sama. i said, i don’t have any specific plan YET, but i would like my child to explore whatever he wants and used his capability to the fullest – and she replied – “then you’re on the right track”. maybe it’s more on having a whole idea on what we have in mind, then preparing the steps to achieve it. i can feel that this lady is a very articulate person, when she asked me – what will happened to your first child IF you’re planning to have your second child? see? dia nak kita plan everything in details! masa tu rasa nak pengsan, considering that i’m not actually fit to become a good mother. hahaha!

    sekian karangan 360 patah perkataan drpd sy. hahaha! sorry for taking so much of your space 😛
    .-= m-i-o´s last blog ..Hidungku bukan hidungmu =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      berikan 10 sebab kenapa anda like this post. muahahaha.

      eh.. kenapa cerita u dgn i semasa meeting halimahton lebih kurang sama? ooo tiru eekkkk 😛
      cuma yg planning for second child dia tak tanya sebab dah anak dua. hahaha.
      tapi sayang kan, tak sempat nak follow kelas dia, padahal very near to my house. takpe, mungkin kita akan ikuti kelas beliau di UK NANTI. (highlighted words UK dengan NANTI. hahahaha. ehhh mana tahu company tapak sulaiman (bak kata sis hidaza) nak hantar ai posting UK ke).

      aku rasa suka nak adapt montessori style of teachings, dia ada macam2 cara yang sesuai utk ibu yg malas macam saya. hahaha.

      – buku kegemaran ialah Einstein Never Used Flash Card, bolehhh takkk?????

  5. kinna Avatar

    very good info..saya pon tercari-cari dengan kaedah pembelajaran anak yang terbaik. pernah dengar tentang KM tapi belum gali habis-habisan lagi.
    .-= kinna´s last blog ..Lembaga dan Blogger =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe boleh, gali sikit, buat sikit 🙂

  6. Sharena Abdullah Fennessy Avatar

    Assalamualaikum.
    Dearest Mommy Lyna, may Allah bless you and grant you patience and success bringing up your kids as khalifah!
    You’re on the right track-kids are born with an inherent (fitra) to love good and want to be great!
    All the best!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Waalaikumussalam Madam,

      what an honour, TQ for reaching my humble blog. u inspired me a lot 🙂

      all the best to you too!

  7. masalifah Avatar

    ye, saya juga setuju dengan KM. Akan ku apply pada anak2 ku jua nanti. hehehe
    .-= masalifah´s last blog ..Susahnya nak kahwin =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      didoakan semoga cepat bertemu dengan pencetus anak itu 😀

  8. mrsnik@meah Avatar
    mrsnik@meah

    bagus sgt artikel nih..mase i jadi bibik jaga budak kt Ireland dulu pon ade gak blaja dr majikan i (mak ayah diorg doktor, so mmg bz). so ape yg diorg tak sempat nak share dgn anak2, diorg ajar i dulu then i implement utk anak2 diorg..so now i have my own son, i implement kt dia..alhamdulillah jadi jugak. but of coz the methods are different. but we can mix n match all those good methods n see which one goes well wih the kids.

    so now, everytime i finish my class, i just go home, i dont realy care what my bos would say, my time with my son is more important. so i take him from his babysitter house, cook, with him around, let him do and explore everything in the kitchen at the same time have a chat (i jela cakap, dia aa,aa, uu,uu jerlah, baru 1 tahun). and the most important thing is I DONT SWITCH ON THE TV..even yahudi@american said that tv is bad 4 your kids..becoz of the commercial n the contents in the tv are more bad than good…lain ler kalu kite pasang dvd ngaji sepanjang masa..it would make a different…

    eh, sonok lak cakap pasal ealy learning nih, i wish i could join u guys at scriptory box…isk..isk…
    mrsnik’s last blog…BEZA SLOW COOKER N RICE COOKER

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mu bukok cawangan kat Ipoh la sebutir. hehehe.

      pahtu kalu boh mu maroh, mu oyak ke dio “Helo Bos, nak pecat saya? Pecatla saya tak heran, setakat bos pun makan gaji dengan gomen, saya ada sekolah sendiri tau!”

      mesti boh mu sujud2 suruh mu amik dio kijo jadi pengetuo. wakakaka.

  9. zihnun fatin Avatar
    zihnun fatin

    salam…

    khalifah method mmg bgs…sklh rndh islam al hafeez di pasir mas juga menggunakan method ni…kbtln sy kje kt situ…sejuk ati tgk bdk2..diorg dilatih solat berjemaah,jd imam,amal doa2,hafal quran…adk sy pn bljr kt situ…alhamdulillah skrg dh boleh bangun solat sendiri…kdg2 xpyh kejut…huhu
    .-= zihnun fatin´s last blog ..Roh Pasti Sakit Jika Makanannya Tidak Mencukupi =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam zihnun

      TQ for dropping by 🙂

      sejuk hati bila budak2 macam tu kan. sendiri tahu tanggungjawab nak solat, kita yg tua2 ni pun kena paksa kadang2 😀

  10. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    i likeeeeeeeee article ni.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      do u like me???? i’m pretty too!

      1. masalifah Avatar

        ur article is not pretty ok!
        .-= masalifah´s last blog ..Susahnya nak kahwin =-.

  11. ida Avatar

    i puas hati sangat hantar Nazhan so far. Cuma not for long la. Dah nak pindah tak lama lagi.
    .-= ida´s last blog ..Harga Minyak Naik =-.

  12. knv Avatar
    knv

    sampai sini pun fofular KM ni. i’m currently tengah cuba mengatamkan vcd dari allahyarham founder KM. yang bestnya KM ni, it’s actually the most basic of basic gitu. principle kalifah yang simple; jadi baik dan ajak orang jadi baik. kalau semua buat memang makmur la. konsep yang senang nak faham especially budak2.

    bangga sungguh ada scholar muslim yang dapat establish system yang macam KM. semoga arwah dirahmati allah di sana.
    .-= knv´s last blog ..kek curah coklat =-.

  13. imra Avatar
    imra

    Salam perkenalan…nice entry. thanks for sharing. I don’t know anything about montessori, shichida etc..saya xapply from anywhere ape2 pun utk ajar anak2 saya (2 org dah)… just ajar ABC,animal name etc yang mudah2.. maybe akan try KM ni…more islamic,more to my taste…

  14. Asiah Abd Jalil Avatar

    Anak saya dah masuk primary school. Sedih bila early learning yang dia dapat sebelum ni terhakis sedikit demi sedikit sebab takde continuation, especially dalam bab-bab asas agama. So saya nekad, tukarkan dia ke sekolah lain, to an Islamic private institution. Bayar mahal, tapi berbaloi.

    Kawan-kawan saya, gigih didik anak masa umur 1 hingga 4 tahun aje. Apply segala early education methods yang dia jumpa. Once anak dah masuk primary school, mak ayah dah mula leka, nak lepaskan semua tanggung jawab ke sekolah. Sekolah pula tak select elok-elok. Maka sia-sia juga segala pelaburan early learning tu.

    Tengok bangsa mat salleh. Anak-anak diorang okay masa kecil-kecil aje. Dah masuk awal remaja, pakat jadi hampas juga!
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Pendidikan awal agama =-.

  15. june Avatar

    insyaallah.. mommy lina boleh hantar kesemua anak2 ke KMS.. its a good school. the best indeed! but you’re right.. akar umbi jati diri anak2 perlu dipupuk dari rumah.. tak boleh hanya lepas tangan pada sekolah.. walau sebagus mana sekolah itu! parents kena main peranan utk sama2 semai semangat khalifah di rumah.

  16. Rina Avatar

    MasyaAllah.. a very good article. currently i just apply montessori method sb most of the things related to our daily routine.. practical life skills, etc. hehe

    tertarik dgn khalifah method especially part menangani masalah anak tu .. will dig more about this n try!

    may allah bless ur sis..

  17. Tithi Saha Avatar
    Tithi Saha

    Your Article is really too good. I am Impressed. Thanks for your article. It is very helpful for us. I will recommend to my friend to follow your article. thanks
    Seo media agency

  18. imran Avatar

    graeat post! if you want know more please visit my site A+ rated Business loans|Greenboxcapital
    thanks!

  19. Toha Avatar

    Your Article is truly too great. I am Impressed. A debt of gratitude is in order for your article. It is extremely useful for us. I will prescribe to my companion to take after your article. much obliged..http://hillhandicrafts.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge