*sekiranya anda Fahrin Ahmad yang bekerja sebagai pelakon itu tergoogle nama sendiri dan terjumpa post ini dalam page ke-50 dalam Google, ini bukan untuk anda.
saya kacak! saya kacak!
I told Anon to suggest Fahrin Ahmad reading my entry about their story. Hopefully Encik Fahrin sudi membacanya. Minta maaf sebab mendedahkan pada tatapan umum, tapi rasanya tak mengganggu privacy kerana identiti mereka dirahsiakan. Fahrin Ahmad dan Anon boleh jadi sesiapa saja… mungkin Kamal dengan Joyah, mungkin Harun dengan Hasnah, mungkin Wong dengan Mei Mei, mungkin Diego dengan Rosalinda, mungkin Fahrin Ahmad dengan Scha, ….eh??
Dan jangan marah/terasa hati dengan tindakan Anon. Kalau anda berada dalam kasut beliau, mungkin anda juga membuat perkara yang sama, atau lagi teruk mungkin? Ingatlah bahawa apa saja tindakan isterimu itu adalah untuk kesejahteraan rumahtangga kalian.
Straight to the Ampaing Point, bak kata Anasdila tu…
Catatan bertajuk Jimak atau Jima’ ni dipetik dari buku ‘Bagaimana Membahagiakan Istri’ karya M. Abdul Halim Hamid.
Suami wajib memenuhi tuntutan nafkah batin isteri, melindungi dan berkongsi kebahagiaan bersamanya.
Berikut adalah teladan Rasulullah SAW dalam hal jimak:
Jimak Hukumnya WAJIB
Jumhur ulama berpendapat, apabila tiada halangan untuk melakukan jimak (tidak dalam keadaan haid, nifas, etc.), hukumnya wajib.
“Wajib bagi seorang suami menjimak istrinya sekurang2nya sekali setiap masa suci bila hal itu mampu dilakukannya. Apabila tidak demikian, maka dia telah bermaksiat kepada Allah SWT” – dari Ibnu Hazm.
“..apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.. “ – (2:222).
Rasulullah mencela orang2 yang menjauhi isterinya, meskipun untuk tujuan ibadah seperti zikir dan jihad. Kerana perbuatan demikian menyeksa isteri.
Rasulillah SAW telah menegur Abdullah bin Amr “Puasa dan berbukala, tidur dan bangunlah, kerana sesungguhnya jasadmu memiliki hak, matamu memiliki hak, isterimu memiliki hak dan tamumu juga memiliki hak”.
Salmad al-Farisi menegur Abu Darda “Sesungguhnya dirimu memiliki hak, Tuhanmu memiliki hak, tamumu memiliki hak, dan isterimu memiliki hak. Berikanlah orang yang memiliki hak itu akan haknya” Dan Rasulullah mengiyakannya.
BAHAYA Meninggalkan Jimak
Sesiapa yang mengabaikan jimak, amatlah bahaya bagi isteri, kerana dia akan terasa tertekan batinnya dan tidak dapat merasa kebahagiaan.
Masa Abu Darda mengabaikan tanggungjawab ni terhadap isterinya, Ummu Darda kelihatan sangat serabut tanpa dandanan. Hingga Salman Al-Farisi perasan dan bertanya apa masalahnya. Rupanya kerana Abu Darda dah lama tak bersama dengannya.
Begitu juga dengan keluhan isteri Abdullah bin Amr bila bercerita tentang suaminya kepada ayahnya “Dia itu lelaki yang paling baik, tapi sayang, dia tak pernah bersama denganku di tempat tidur, dan tidak pernah memperdulikan aku saat aku datang kepadanya”.
Malah, Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan tempoh mujahidin pergi berperang limit selama 6 bulan sahaja, agar isteri2 mereka tidak ditinggalkan kegersangan.
Etika Jimak
- Mulai dengan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) dan taawuz (a’udzubillahi minassyaitonirrojim).
- Mulakan dengan sentuahn dan kata2 lembut untuk membangkitkan ghairah isteri dan menjadikan kenikmatan lebih sempurna.
- Lakukan hingga kedua2 pihak berasa puas.
- Akhiri dengan sentuhan dan bisikan2 lembut juga dan jangan terus berpaling dari isteri.
Waktu Yang Disarankan…
- Setelah pulang dari outstation, sebagai ganti dari perasaan sepi dan penantian yang menjemukan.
- Pada malam2 perkahwinan rakan2/saudara mara. Saat2 macam ni biasanya mengimbau kenangan manis semasa mula2 berkahwin dulu jadi manfaatkan sebaiknya.
- Selepas bergaduh. Selepas damai dari perbalahan, hiasi malamnya dengan canda gurau dan lakukan jimak untuk menyempurnakan keindahannya.
- Waktu2 meraih kejayaan. Contohnya bila suami naik pangkat, naik gaji, dapat bonus, raikan dengan meneguk madu kenikmatan dan kebahagiaan.
Anda juga boleh membaca dan mempraktik teknik2 dalam ebook2 menarik ini bagi membantu memperolehi kehidupan seksual yang sihat.
Semoga kehidupan kalian berdua kembali ceria wahai sahabat2ku yang tercinta…
Leave a Reply