Kewajipan Jimak – Khas Untuk Bacaan Encik Fahrin Ahmad

by Mommy Lyna on August 5, 2009 · 28 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

*sekiranya anda Fahrin Ahmad yang bekerja sebagai pelakon itu tergoogle nama sendiri dan terjumpa post ini dalam page ke-50 dalam Google, ini bukan untuk anda.

fahrin ahmad
saya kacak! saya kacak!

I told Anon to suggest Fahrin Ahmad reading my entry about their story. Hopefully Encik Fahrin sudi membacanya. Minta maaf sebab mendedahkan pada tatapan umum, tapi rasanya tak mengganggu privacy kerana identiti mereka dirahsiakan. Fahrin Ahmad dan Anon boleh jadi sesiapa saja… mungkin Kamal dengan Joyah, mungkin Harun dengan Hasnah, mungkin Wong dengan Mei Mei, mungkin Diego dengan Rosalinda, mungkin Fahrin Ahmad dengan Scha, ….eh??

Dan jangan marah/terasa hati dengan tindakan Anon. Kalau anda berada dalam kasut beliau, mungkin anda juga membuat perkara yang sama, atau lagi teruk mungkin? Ingatlah bahawa apa saja tindakan isterimu itu adalah untuk kesejahteraan rumahtangga kalian.

Straight to the Ampaing Point, bak kata Anasdila tu…

Catatan bertajuk Jimak atau Jima’ ni dipetik dari buku ‘Bagaimana Membahagiakan Istri’ karya M. Abdul Halim Hamid.

Suami wajib memenuhi tuntutan nafkah batin isteri, melindungi dan berkongsi kebahagiaan bersamanya.

Berikut adalah teladan Rasulullah SAW dalam hal jimak:

Jimak Hukumnya WAJIB

Jumhur ulama berpendapat, apabila tiada halangan untuk melakukan jimak (tidak dalam keadaan haid, nifas, etc.), hukumnya wajib.

“Wajib bagi seorang suami menjimak istrinya sekurang2nya sekali setiap masa suci bila hal itu mampu dilakukannya. Apabila tidak demikian, maka dia telah bermaksiat kepada Allah SWT” - dari Ibnu Hazm.

“..apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.. “ – (2:222).

Rasulullah mencela orang2 yang menjauhi isterinya, meskipun untuk tujuan ibadah seperti zikir dan jihad. Kerana perbuatan demikian menyeksa isteri.

Rasulillah SAW telah menegur Abdullah bin Amr “Puasa dan berbukala, tidur dan bangunlah, kerana sesungguhnya jasadmu memiliki hak, matamu memiliki hak, isterimu memiliki hak dan tamumu juga memiliki hak”.

Salmad al-Farisi menegur Abu Darda “Sesungguhnya dirimu memiliki hak, Tuhanmu memiliki hak, tamumu memiliki hak, dan isterimu memiliki hak. Berikanlah orang yang memiliki hak itu akan haknya” Dan Rasulullah mengiyakannya.

BAHAYA Meninggalkan Jimak

Sesiapa yang mengabaikan jimak, amatlah bahaya bagi isteri, kerana dia akan terasa tertekan batinnya dan tidak dapat merasa kebahagiaan.

Masa Abu Darda mengabaikan tanggungjawab ni terhadap isterinya, Ummu Darda kelihatan sangat serabut tanpa dandanan. Hingga Salman Al-Farisi perasan dan bertanya apa masalahnya. Rupanya kerana Abu Darda dah lama tak bersama dengannya.

Begitu juga dengan keluhan isteri Abdullah bin Amr bila bercerita tentang suaminya kepada ayahnya “Dia itu lelaki yang paling baik, tapi sayang, dia tak pernah bersama denganku di tempat tidur, dan tidak pernah memperdulikan aku saat aku datang kepadanya”.

Malah, Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan tempoh mujahidin pergi berperang limit selama 6 bulan sahaja, agar isteri2 mereka tidak ditinggalkan kegersangan.

Etika Jimak

  1. Mulai dengan basmalah (bismillahirrahmanirrahim) dan taawuz (a’udzubillahi minassyaitonirrojim).
  2. Mulakan dengan sentuahn dan kata2 lembut untuk membangkitkan ghairah isteri dan menjadikan kenikmatan lebih sempurna.
  3. Lakukan hingga kedua2 pihak berasa puas.
  4. Akhiri dengan sentuhan dan bisikan2 lembut juga dan jangan terus berpaling dari isteri.

Waktu Yang Disarankan…

  1. Setelah pulang dari outstation, sebagai ganti dari perasaan sepi dan penantian yang menjemukan.
  2. Pada malam2 perkahwinan rakan2/saudara mara. Saat2 macam ni biasanya mengimbau kenangan manis semasa mula2 berkahwin dulu jadi manfaatkan sebaiknya.
  3. Selepas bergaduh. Selepas damai dari perbalahan, hiasi malamnya dengan canda gurau dan lakukan jimak untuk menyempurnakan keindahannya.
  4. Waktu2 meraih kejayaan. Contohnya bila suami naik pangkat, naik gaji, dapat bonus, raikan dengan meneguk madu kenikmatan dan kebahagiaan.

Anda juga boleh membaca dan mempraktik teknik2 dalam ebook2 menarik ini bagi membantu memperolehi kehidupan seksual yang sihat.

Semoga kehidupan kalian berdua kembali ceria wahai sahabat2ku yang tercinta…

Popularity: 3% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 28 comments… read them below or add one }

Pnut August 5, 2009 at 2:33 pm

iskkkk boleh ke kalau copy paste entry ni nak boh kat blog jugak lah..
at least my blog byk gak bapak-bapak dok melangut, biaq depa faham sikit…ehehehe

tumpang nak iklan sat…
my blog ada jual baju girls… saper nak leh le order…
limited edition ni…

Reply

Mommy Lyna August 5, 2009 at 4:50 pm

copy paste? bole2 sila2 copy paste hehehe. saya pun salin dari buku jugak

:)

wa wawawah saya takde gegirl

kalo next dapat gegirl best kannn

Reply

Salwa August 5, 2009 at 3:06 pm

Lyna
camne kalu si fahrin ahmad yg real pi baca ni
hahaha
Salwa´s last blog ..Am I ready for that day? My ComLuv Profile

Reply

suealeen August 5, 2009 at 3:27 pm

ilmu untuk dia gak bila dia kawen nanti
suealeen´s last blog ..Siapa pencurinya? My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna August 5, 2009 at 4:51 pm

pssttt.. FAHRIN AHMAD yang sebenar kalau baca, tinggal la comment dengan otograf sekali. bole aku belagak FAHRIN AHMAD baca my blog hokeh!

hahahhaha.

Reply

Hanz August 5, 2009 at 3:52 pm

Menarik!Will let hubby read this as well especially e-book tu.
Hanz´s last blog ..Vote Me for Breastfeeding Photo Contest My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna August 5, 2009 at 4:52 pm

hehehe. insyaAllahberguna utk semua…

Reply

anasfadilah August 5, 2009 at 4:24 pm

waktu meraih kejayann?!

bagus..sudah tidak perlu pergi celebrate makan di restoran mahal

masuk saja ke kamar beradu,kita celebrate secara private..

p/s::gatai na hang dila..hahah

hoefully anon and fahrin dapa cari jalan penyelesaian,tak dapat jugak kena pegi kaunselng kat jabatan agama,dua2 sekali pigi.
anasfadilah´s last blog ..*kamal singgah wallah wallah* My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna August 5, 2009 at 4:53 pm

habisla tokei restoran mahal kena tutup kedai lepas ni
kahkahkah

Reply

miszmama August 5, 2009 at 4:34 pm

diego dan rosalinda? hehehe..kenangan lame tu! baguskan dah ade e-book..kalu dulu2 sibuk ngan buku permata yg hilang. tapi xpenah bace pun. Kalau pade sape2 yg penah tgk oprah show, ape tah name doktor tu..time ni arr leh lupe, die kate seks memanjangkan umur seseorang..betullah tu! takyah penat2 nk joging hari2, jogging atas katil pun orait!
miszmama´s last blog ..The Cost Of Raising a Child My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna August 5, 2009 at 5:01 pm

oh doktor itu apa nama dia ye? Dr. Oz kan?

haa ape lagi sapa2 nak panjangkan umur ajaklah pasangan anda (yg halal saja) bercerekarama malam ini!

Reply

Mummy Dasy August 5, 2009 at 5:17 pm

Good Info… byk erti rupenya Jimak ni hehehe
Mummy Dasy´s last blog ..Nisfu Sya’aban My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna August 6, 2009 at 1:20 am

erk, banyak erti?

Reply

Zaila August 5, 2009 at 8:57 pm

good info..huhuhuhu..tapi agak malu nak baca tajuk tu..malu2 kucinglah katakan..malu tapi mahu
Zaila´s last blog ..Doa Penyakit Menular My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna August 6, 2009 at 1:20 am

hahaha
malu tapi mahu. ye lah. :D

Reply

yatie chomeyl August 6, 2009 at 9:26 am

selepas bergaduh tu meme molek untk bersama…jadi incik suami tok payoh susoh2 pikir ayat power nak pujuk, cumo belaian yang kena power kui3x..
*tok malu taip gini, napok ko tok lakki keno kok palo*
yatie chomeyl´s last blog ..VOTE BPC39 Yatie Chomeyl : Breastfeeding Photo Contest 2009 My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna August 6, 2009 at 3:52 pm

tuu tuuu… abe dk kelih tuuuu

Reply

UmmuAhmads August 6, 2009 at 9:39 am

mommylyna,

maaf lari topik, sekadar bertanya, adakah iklan tentang “Inginkan kelainan dlm hubungan… 102 posisi…etc..etc” tu memang ada di dlm blog ni, atau hanya di komputer saya saje…atau iklan tu dletak di situ, atau ia keluar sendiri…? Cuma rasa iklan tu tak sesuai berada di sini….mungkin komputer saya ni saje (computer office) yg keluar ikaln ni? Sorry, lembab sikit bab IT ni…. :)

Reply

suri August 6, 2009 at 10:16 am

blog mummy fahry neh banyak sungguh informasi…
tumpang baca buk!!

Reply

Mommy Lyna August 6, 2009 at 3:53 pm

preparation ke.. hix

Reply

mamaadib August 6, 2009 at 1:25 pm

saya pun merasa iklan tu tak sesuai cam terlalu sxxxxxxxxxxxxxx gitu

Reply

Mommy Lyna August 6, 2009 at 3:53 pm

wah ko mambuatkan aku berasa seperti keji pulak. huhu.

Reply

UmmuAhmads August 6, 2009 at 3:30 pm

Salam. Saya rasa dlm keghairahan memperbaiki hubungan demi kebahagian rumahtangga, berhati2 dlm mendapatkan sumber bacaan kerana masih ada sempadan halal dan haram. Kebanyakan bahan bacaan sgt suka ‘melucahkan’ ibadah seks suami isteri. Cadangan saya, sebagai bahan bacaan… ialah buku “Closer Than A Garment: Marital Intimacy According to the Pure Sunnah” karangan Muhammad al-Jibaly. Sekadar perkongsian bahan….

Reply

Mommy Lyna August 6, 2009 at 3:52 pm

Salam ummuahmads,

TQ for the input. Maybe bole share gak kat mana bole dapat buku tu. Moga ada yg bole kutip manfaatnya :)

Reply

UmmuAhmads August 7, 2009 at 9:25 am

mommylyna,
saya beli online waktu di UK dulu…. di malaysia, saya kurang pasti. Mungkin ada kat kedai2 buku agama… ustaz hasrizal aka ustaz saifulislam pun pernah suggest buku tu….saya selalu type kat google je kalau ada buku yg saya nak…hehehe… Menurut ustaz hasrizal in of his entries dlm blog dia, dia tak jumpa lagi (setakat ni) buku yg boleh menerangkan tentang seks menurut adab islam (dgn batasan ketika mengulas) selain drp buku tu….

Reply

nelcyndana August 6, 2009 at 6:11 pm

tenkiu ummuahmads for the info. buat saya teringat buku “permata yg hilang”… tapi tak semat baca pun… tengok je.
nelcyndana´s last blog ..Gersang kawan My ComLuv Profile

Reply

UmmuAhmads August 7, 2009 at 9:26 am

nelcyndana, lamanya tak ‘nampak’ awak…hehehe…dah ada blog sekarang ni ye… nanti ada masa, saya singgah kat situ…. saya sgt busy sejak akhir2 ni…
mommylyna, sorry off topic!

Reply

nordin August 27, 2010 at 1:28 pm

kenapa khas untuk Fahrin? Dia tak pandai berjimak? Linda dan Scha keluh pada u yg dia nak jimak tapi Fahrin tak nak ke? Ingat, mereka belum berkahwin lagi. I think perempuan2 tu gatal sangat-lah. Fahrin, I sokong u utk lepaskan perempuan tu. Dan, jangan menangis kerana mereka

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers