Setiap malam, rutin kami sebelum tidur, (setelah menyiapkan diri dan membaca doa) adalah bercerita. Biasanya saya akan bercerita secara verbal, sehinggalah mereka tertidur.
Kenapa bercerita, dan kenapa sebelum tidur?
Bercerita adalah salah satu cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej.
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini” [12:3]
Abraham Lincoln adalah contoh seorang tokoh yang suka menyampaikan mesej melalui cerita. Melalui cerita, beliau bukn saja dapat menambat hati pendengarnya, malah isi penyampaian tersebut lekat di dalam hati mereka.
Sebelum tidur, anak-anak dalam keadaan tenang, dan dalam proses dari beta, bersedia memasuki fasa alpha. Apabila mereka memasuki fasa alpha yani tidur-tidur ayam, otak mereka tak lagi memproses tapi menerima info dari satu hala.
Waktu inilah biasanya cerita kita pun dah habis part drama, dan masuk ke part pesanan dan pengajaran. Insya-Allah di peringkat ni anak-anak kita menerima informasi dan pesanan dari kita tanpa bantahan. Masa ni juga disarankan kita buat 5-minute suggestion method.
Setelah anak masuk ke fasa theta dan delta (tidur nyenyak), maka masanya untuk kita pula merehatkan diri dengan kata-kata positif kepada diri sendiri.
Cerita apa yang nak dikongsi kepada anak-anak?
Ceritakanlah kisah-kisah teladan, kisah-kisah Nabi, kisah-kisah pengajaran yang berkaitan dengan mereka… kisah-kisah ini menguatkan jatidiri mereka sebagai Muslim.
Mungkin semasa ini mereka tak dapat nak apply lagi apa yang kita ceritakan, tapi percayalah, bila informasi tu dah tertanam dalam otak mereka, mereka akan bawa sampailah mereka dewasa, insya-Allah.
Jadikan bedtime story dan pesanan-pesanan sebelum tidur sebagai rutin anak-beranak, insya-Allah ia mengeratkan hubungan adik-beradik dan keluarga secara amnya.
Leave a Reply