Saya adalah antara emak yang mempunyai idea “tuisyen tak bagus untuk anak2” “kelas tambahan buat anak2 tambah stress”.
Ye.. sebab anak sulung saya pernah beritahu dia dah takmau belajar bila di rumah. Di sekolah dah belajar, pagi petang siang malam belajar. So kat rumah nak rileks, nak main.
Saya cuba utk jadi lenient seboleh mungkin. Yelah, semua mak nak yang terbaik untuk anak2 kan. Sape nak anak2 yang stress.. tertekan.
Tapi lama kelamaan saya dapati diorang ada sikit problem dalam mendisiplinkan diri untuk belajar. Dah tak ada fun macam diorang kecik2 dulu. Kecik2 dulu semua orang pun suka belajar, tapi recently diorang dah bosan. Agaknya penat dengan aktiviti belajar di sekolah. Homework pun buat asal siap je.
Satu lagi, anak2 saya ada isu dengan bahasa Inggeris dan Matematik. Kat rumah memang kami cakap BM. Kat sekolah apatah lagi. jadinya sepatah perkataan English pun tak pernah keluar dari mulut diorang.
Tahun lepas, saya dah buat tindakan sebenarnya nak galakkan diorang berbahasa Inggeris. Saya hantar Hafiy ke program Kids Public Speaking di Shah Alam (KLIK SINI UTK DETAILS).
OK.. nampaklah improvement sikit walaupun takde lah dia nak cakap English pun kat rumah.
So, start bulan Januari lepas, naik je sekolah, terus kitorang registerkan diorang ke kelas Kumon dekat ngan rumah ni.
Kumon ni dia ada 2 subjek je : Math & English. Kami amik dua2 subjek tu untuk 3 orang anak. Sebulan RM320 sorang, tapi anak punya pasal kan. Takpelah.
Suprisingly, diorang seronok pegi Kumon. Kelasnya 2 kali je seminggu, boleh pilih mana2 hari dan masa, ikut centre.
Balik2, semua menghadap homework. Berlumba2 nak buat. Maths diorang pun improved & yang paling obvious, masing2 dah reti cakap English dah kat rumah.
So far so good. Cikgu pun baik. Diorang pun tak sabar2 kalau ada kelas Kumon or homework Kumon, diorang buat dgn tekun.
Saya nampak diorang lagi enjoy dengan stail Kumon. Mungkin diorang dah biasa & enjoy dgn child-led learning masa tadika dulu.
Jadi cadangan saya kalau mak-mak ada mendapati anak2 mempunyai isu dalam buat homework ke, English ke, Maths ke, you can consider sending them to Kumon. Boleh try sebulan dulu tengok. Alhamdulullah anak2 saya first class dah nampak perubahannya.
Ada dak mak-pak Kumon kat sini?
Leave a Reply