Sebelum ni saya pun ada jugak berfikir “Kenapa orang kaya kena bawa kereta mahal-mahal, mewah-mewah? BMW la, Mercedez la, Audi la, Lexus la…”
Tapi persepsi saya bertukar bila seorang pakcik saya menjadi bisnesman. Beliau menggunakan kereta jenama Lexus. Walaupun saya rasa kereta dia tu, lagi besar kalau dia beli kereta jenama tempatan. Tapi menceburkan diri dalam perniagaan seperti beliau (pakcik saya terlibat dalam bidang pembinaan), ‘menjual diri’ adalah penting dalam mendapatkan kontrak. Don’t talk about ‘cukup makan je’ bila projek melibatkan juta-juta. Semua mesti kena tip-top, barulah orang percaya, orang kenal dan makin banyak job kita.
Salah satu cara menjual diri adalah dengan berkereta mewah. Bila melibatkan projek juta-juta, mereka yang terlibat ni akan tengok sejauh mana reputasi orang yang nak diberi kontrak, dan bekerjasama dengan mereka. Mereka takkan nak bila yang datang tu bawa kereta MyVi buruk yang dah tercabut getah tingkapnya. Mungkin kita nak besederhana, tapi di mata mereka “Orang ni nak manage duit sendiri pun tak reti, boleh ke nak manage projek juta-juta ni?”. First impression counts. Melainkan kalau kita kerja makan gaji, buat projek juta-juta juga, tapi company yang punya, itu tak kisahlah. Jumpa client bawa kereta buruk pun diorang tak kisah, janji company kita punya reputasi bagus.
Satu lagi bila usahawan MLM asyik tayang kereta mewahhh aje. Apa kereta nasional tak bagus ke?
Just imaginelah, kalau seseorang yang claim dia buat peniagaan MLM yang boleh beri keuntungan sejuta dua, datang jumpa kita naik kereta yang pintunya kejap boleh buka, kejap tak boleh buka… agak-agak boleh percaya ke orang ini mampu nak tolong kita dapat untung sejuta dua? Rasa-raasa dia ni dapat untung banyak mana sampai kereta pun ala-ala macam tu je?
Bercakap soal besederhana.. sederhana itu sangat2 subjektif. Kalau orang yang bulan2 masuk RM280ribu, adakah taraf kesederhanaan dia sama dengan orang yang gaji RM2800 sebulan? Mestilah tak. Kalau orang gaji RM280 ribu tiap2 bulan mungkin boleh tukar kereta, pada si gaji 2.8k ni tundakan tu membazir gila, daripada tukar kereta baik derma ke, buat rumah anak yatim ke.. tapi si kaya tu dah derma 100k kat rumah kebajikan, sekolah dah sebagainya. Sedangkan si gaji 2.8k ni nak keluar duit derma masjid pun serba salah sebab budget cukup-cukup je untuk hidup sebulan tu.
Bila si gaji2.8k besederhana dengan kereta MyVi yang dah tercabut getah tingkapnya, si 280k mungkin beserhana dengan BMW 3 series compare to Lexus yang boleh parking sendiri tu.
Kita yang tak ada duit,kita tak rasa keperluan nak ada benda-benda mewah tu. Kereta asal jalan je sudah. Tapi kalau bulan2 masuk RM280k, takkan kita tergamak nak beri famili kita naik MyVi yang nak naik bukit pun semput, getah tingkap pun dah tercabut…
Dan kenapa BMW? Bukan kereta2 mewah lain? Pakcik Abiy kata BMW ni spare part senang cari. Salha kata, BMW senang nak study & compare sebab ramai orang pakai.
Itu sedikit sebanyak dari wawancara saya saja. Nak cakap panjang pun tak pandai sebab saya belum order (belum order OK! tak tahannn) sebarang kereta mewah lagi (”,)
*MyVi buruk dalam karangan di atas ialah kereta saya. Hari ni getah tingkap tiba-tiba menjadi panjang dan terputus. (Kalau Abiy tahu saya kutuk kereta kesayangan ni harus saya kenda denda cuci kereta :P)
Leave a Reply