Orang berniaga di sini termasuk lah orang yang kerja sendiri (kerja di syarikat sendiri, freelancer etc), jadi bos besar dalam syarikat milik peribadi dan juga mungkin orang yang buat duit dengan pelaburan.
Kenapa golongan ini berpeluang untuk “lebih beriman”,
Terlalu Banyak Uncertainties
Berniaga boleh jadi lebih berisiko daripada makan gaji. Kalau makan gaji, setiap akhir bulan pasti dapat gaji tak kira sesibuk atau se-tadek-kerja-nya kita di waktu kerja. Berniaga pula, kalau jualan tak dapat menampung kos operasi untuk bulan tu, gamaknya makan pasir jela.
Dahla tu, silap-silap gaji despatch lebih tinggi daripada pemilik (aka bos) perniagaan tu sendiri sebab apa-apa hal pun gaji pekerja kena bayar. Diri sendiri belum tentu.
Lagi, di alam perniagaan, pulangan atas kertas memang cantik. Berhabis sejuta boleh dapat $2 juta dalam masa kurang 12 bulan (100% ROI per year). Tapi realitinya boleh berbeza sama sekali. Silap hari bulan kena declare bankrupt sebab hasil jualan tak mampu nak bayar balik pinjaman bank.
Sebagus mana pun sesuatu produk dan usaha yang kita curahkan, masih tak dapat nak elak risiko kegagalan sebab faktor luaran yang lebih hebat.
Tanggungjawab Sangat Besar
Kalau dah jadi majikan, setiap pekerja dah jadi tanggungjawab kita menjaganya. Kita mungkin tahu pekerja menghadapi kesukaran nak survive dalam suasana kos kehidupan yang tinggi sekarang ni dengan gaji yang kita beri.
Namun, tahu saja tak cukup.
Justeru, kita perlu fikirkan bagaimana nak tingkatkan hasil perniagaan agar gaji pekerja dapat ditingkatkan dan beban mereka juga boleh diringankan. Lebih berat nak memahamkan pekerja yang kita cuba nak tolong tu agar sama-sama berusaha supaya sama-sama dapat manfaat.
Kedua tanggungjawab menghadapi jangkaan pelanggan.
Sebagai peniaga berkhemah, kita memang akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada pembeli. Kadang-kadang tu dah sampai level “tak berbaloi” pun. Tapi, sebagus mana pun usaha kita berkemungkinan masih ada pelanggan yang tak puas hati. Terdetik saja perasaan itu boleh membuatkan keberkatan hasil jualan daripadanya terjejas.
Kalau memang betul-betul dia tak puas hati dan haramkan duit yang dia bayar…
…tak ke susah tu?
Summary
Memang betul, Islam sangat menggalakkan umatnya berniaga. Namun perlu diingat, ia juga bukan semudah “9/10 hasil bumi daripada perniagaan” kerana ujian, cubaan dan cabaran PASTI datang. Akan tetapi, jangan pula dek takutkan cabaran yang PASTI datang bertubi-tubi (bila sampai masanya) kita terus surrender taknak berniaga awal-awal lagi.
Niatkan perniagaan yang kita usahakan akan membuat kita lebih dekat pada-NYA dengan setiap cubaan, dugaan & cabaran menjadi sebab supaya kita tidak mudah leka. Selesai mengatur strategi perniagaan banyak-banyakkan berdoa dan berserah pada-NYA. After all, Allah sangat suka akan hambanya yang suka mengadu.
Dan teruskan merebut segala peluang pelaburan yang ada…
Leave a Reply