,

Kenapa Orang Berniaga Lebih Beriman Daripada Orang Makan Gaji?

admin Avatar

Orang berniaga di sini termasuk lah orang yang kerja sendiri (kerja di syarikat sendiri, freelancer etc), jadi bos besar dalam syarikat milik peribadi dan juga mungkin orang yang buat duit dengan pelaburan.

Kenapa golongan ini berpeluang untuk “lebih beriman”,

Terlalu Banyak Uncertainties

Berniaga boleh jadi lebih berisiko daripada makan gaji. Kalau makan gaji, setiap akhir bulan pasti dapat gaji tak kira sesibuk atau se-tadek-kerja-nya kita di waktu kerja. Berniaga pula, kalau jualan tak dapat menampung kos operasi untuk bulan tu, gamaknya makan pasir jela.

Dahla tu, silap-silap gaji despatch lebih tinggi daripada pemilik (aka bos) perniagaan tu sendiri sebab apa-apa hal pun gaji pekerja kena bayar. Diri sendiri belum tentu.

Lagi, di alam perniagaan, pulangan atas kertas memang cantik. Berhabis sejuta boleh dapat $2 juta dalam masa kurang 12 bulan (100% ROI per year). Tapi realitinya boleh berbeza sama sekali. Silap hari bulan kena declare bankrupt sebab hasil jualan tak mampu nak bayar balik pinjaman bank.

Sebagus mana pun sesuatu produk dan usaha yang kita curahkan, masih tak dapat nak elak risiko kegagalan sebab faktor luaran yang lebih hebat.

Tanggungjawab Sangat Besar

Kalau dah jadi majikan, setiap pekerja dah jadi tanggungjawab kita menjaganya. Kita mungkin tahu pekerja menghadapi kesukaran nak survive dalam suasana kos kehidupan yang tinggi sekarang ni dengan gaji yang kita beri.

Namun, tahu saja tak cukup.

Justeru, kita perlu fikirkan bagaimana nak tingkatkan hasil perniagaan agar gaji pekerja dapat ditingkatkan dan beban mereka juga boleh diringankan. Lebih berat nak memahamkan pekerja yang kita cuba nak tolong tu agar sama-sama berusaha supaya sama-sama dapat manfaat.

Kedua tanggungjawab menghadapi jangkaan pelanggan.

Sebagai peniaga berkhemah, kita memang akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada pembeli. Kadang-kadang tu dah sampai level “tak berbaloi” pun. Tapi, sebagus mana pun usaha kita berkemungkinan masih ada pelanggan yang tak puas hati. Terdetik saja perasaan itu boleh membuatkan keberkatan hasil jualan daripadanya terjejas.

Kalau memang betul-betul dia tak puas hati dan haramkan duit yang dia bayar…

…tak ke susah tu?

Summary

Memang betul, Islam sangat menggalakkan umatnya berniaga. Namun perlu diingat, ia juga bukan semudah “9/10 hasil bumi daripada perniagaan” kerana ujian, cubaan dan cabaran PASTI datang. Akan tetapi, jangan pula dek takutkan cabaran yang PASTI datang bertubi-tubi (bila sampai masanya) kita terus surrender taknak berniaga awal-awal lagi.

Niatkan perniagaan yang kita usahakan akan membuat kita lebih dekat pada-NYA dengan setiap cubaan, dugaan & cabaran menjadi sebab supaya kita tidak mudah leka. Selesai mengatur strategi perniagaan banyak-banyakkan berdoa dan berserah pada-NYA. After all, Allah sangat suka akan hambanya yang suka mengadu.

Dan teruskan merebut segala peluang pelaburan yang ada…

admin Avatar

15 responses to “Kenapa Orang Berniaga Lebih Beriman Daripada Orang Makan Gaji?”

  1. SAHROM Avatar

    ya..sy setuju itu..

  2. Fara Avatar

    Mcm mane dgn mengambil 100% keuntungan? Riba? Bukankah itu diharamkan? Tapi, kebanyakan peniaga lebih mementingkan keuntungan dari beramal jariah. Dan yg byk consume produk atau servis mereka adalah yg makan gaji…

    Apakah maksud beriman? Beriman dari segi menyimpan duit?

    Err, apa maksud peniaga berkhemah? Atau berhemah?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      gud question! 2 thumbs up!

      100% keuntungan tu contoh aje. but to get 100% produk gross margin memang possible. but after tolak sewa, gaji+bonus pekerja, pinjaman bank etc, net profit margin may shrink to 5-15% only (in most cases). dan ini bukan riba ye, it is just a normal business profit. you can’t run a business tanpa untung langsung. dan boleh buat another separate entity (mcm buka foundation ke) untuk beramal jariah. btw, bayar zakat atas semua untung yg ada juga jariah bukan? lagi banyak untung lagi banyak zakat… (kalau bayar la kan, huhu)

      maksud beriman? or maksud lebih beriman? actually bukan nak cakap orang business ni gila beriman daripada yang makan gaji. banyak je businessman yang kaya2 minum arak. but if you approach it is the most islamic manner membuatkan kita rasa terlalu kerdil dengan kekuasaan Allah. samting like saintis yang tahu kejaiban manusia berpeluang menghargai kuasa penciptanya daripada yang tak pernah ambil tahu. dlm business, dah ikut dah yang semua mentor power cakap and still fail becos Allah belum bukakan jalan?

      peniaga berkhemah ni memang betul2 berniaga sebab nak membantu selesaikan masalah pelanggan, bukan keuntungan semata. u serve ur customer right, duit tu will surely follow. makin ramai happy customer, lebih masyuk jugalah duit yang masuk. i called this sustainable business model, selalu cari cara nak selesaikan masalah pelanggan to stay relevan in the market. price? subject to supply & demand curve. but bese yang buat orang makan gaji tak puas hati tengok harga mahal sangat, sebab tak tahu the actual cost of running those businesses.

      maksud berhemah? hang carik le sendirik…

  3. Nur Avatar

    nyesal pulak dulu2 main2 masa belajar muamalat…hehehe…

  4. knv Avatar
    knv

    patutnya tajuk : “kenapa orang berniaga HARUS LAGI beriman…” daaa……

    or,

    are you really implying yang orang makan gaji kurang beriman dari orang berniaga? cisssssss!!!!!! saya bangkang!!!!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      apa kata saya offer jawatan editor kat MSK kaknon?

  5. aRninas Avatar

    Hmm tajuk entry tu memang cam pelik sikit.. maby teknik nak tarik pembaca (?) tu yang ada bangkangan tu…
    you got some point dalam entry tu, cuma mungkin kupasannya ringkas, maka boleh timbul salah faham.. that’s all. keep up the work…

  6. knv Avatar
    knv

    hihihhii… aRninas. akak dengan cikgetah tu member kamcing sebenornya. dulu kecik2 main guli sama2 kat kampung. saje je melawak2 manja gitu hihihihhi..

    1. Mommy Lyna Avatar

      a ah, kaknon la selalu sponsor bijik2 guli kidnap dari congkak pusaka mak dia. last2 kantoi kena rotan. ekekeke.

  7. umm 'aisy Avatar
    umm ‘aisy

    Definitely…

    berbanding orang yang makan gaji, orang berniaga ini (yang jujur dan mengikut syariat) lebih banyak kebergantungan dan tawakkalnya kepada Allah. Mereka juga lebih memahami maksud Allah sebagai pemilik rezeki, bukannya degree atau kerajaan etc. Dengan itu kekuatan aqidah mereka lebih mantap.

    Dengan bisnes mereka juga dapat memenuhi keperluan dan memberi khidmat kepada orang lain. Bayangkan lah tidak ada restoran, pilihan yang ada cuma masakan rumah.

    ~yg masih makan gaji

  8. Sharina Avatar
    Sharina

    agreed..

    hasil pengalaman sendiri, mmg terasa lebih dekat dengan Allah sekarang, compared dgn masa makan gaji dulu. Berniaga ni kena ikhlas, usaha, banyak doa dan tawakal. I guess bila kita banyak berdoa dan minta dengan Allah, hati kita lebih lapang dan tenang, sbb tu lah otak dan badan kita pun lebih mudah nak bekerja..

    btw, antara kualiti servis dan kuantiti untung pada awal perniagaan, yang mana lebih utama on ur oppinion?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sorry, i kenot imagine perlu compromise quality for quantity. Sbb to me, quantity will come automatically if we care much on quality. Maybe you boleh bagi exact example for some direct answer.

  9. dinsblog Avatar

    lebih atau kurang beriman bukan ditentukan oleh kerja makan gaji atau berniaga…terpulang kpd empunya diri sebenarnya…tuan blog saja jer buat tajuk kasi kontroversi..nanti org tak komen pulak.. 🙂

  10. zuls Avatar

    Setuju dengan dinsblog. Setiap kerja berniaga atau makan gaji, boleh jadi amal ibadat kalau kena cara.

    Peniaga lagi mantap iman? Tidak pernah pula belajar dimana-mana, cuma ada segelintir kawan-kawan peniaga bercakap begitu. Menggunakan logik akal mungkin?

    Wallhualam.

  11. SHEENA Avatar

    Terima kasih ye lina, banyak panduan yang sheena dapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge