Saya pernah baca dalam akhbar, bahawa wanita bujang di Korea Selatan kebanyakannya memandu kereta BMW. Kenapa mereka memandu BMW?
Saya masih ingat lagi bila tersepit dalam jem. Kita yang berkereta kecil ni selalu kena himpit. Tapi bila ada kereta seperti Mercedez atau BMW, terus dapat laluan. Saya pernah tanya ayah saya kenapa? Ayah jawab “Side mirror dia pun sama harga dengan kereta kita. Daripada tergesel, tercalar kereta macam tu, biar ajelah dia jalan dulu”.
Bawa kereta kecil/buruk, buat silap bakal kena hon, kena maki. Bawa BMW, dapat respek sikit. Sikit lah. Sebab tu wanita bujang Korea bawa BMW.
Tapi BMW yang saya nak cerita ni bukan BMW tu. BMW ni lebih penting dari BMW tu. Dan kalau kita ada BMW ni, insya-Allah, boleh nak memiliki BMW tu walaupun kerja biasa-biasa je.
BMW yang saya maksudkan adalah Bijak Mengurus Wang.
Ada orang gaji banyak tapi tengah bulan pokai. Ada orang gaji kecil tapi sampai nak masuk gaji berikutnya pun masih senyum lagi. Masih boleh sediakan apa yang perlu. Malah, masih ada lebih-lebihannya.
Ada orang gaji banyak tapi hutang keliling pinggang. Ada orang gaji kecil tapi tak ada hutang. Siap beri hutang pada orang lain pula.
Eh, maafla ya guna terma gaji ni. Rasanya lebih tepat kalau guna ‘gaji’ untuk buat perbandingan.
Masa saya belajar di UTP dulu, agaknya cultural shock kot. Tak pernah2 ada duit gitu punya banyak. Banyak la tuh scholar sekali masuk lebih seribu ringgit! Tak sedar tu biaya untuk satu semester. Hehe. Mak ayah pulak jauh. Syoklah takde orang check. Asyik keluar je. Beli macam-macam. Makan pun nak sedap-sedap. Hujung2 semester call Mak minta duit T__T
Sampai satu tahap lupa diri sampai korek ASW (jgn bgtaw mak saya, matik!).
Entah macamana dapat hidayah. Insaf. Duit habis mengalir macam air. Saving habis kena korek.
Akhirnya saya nekad buat simpanan semula.
Start dari gaji pertama, separuh dari gaji bayar hutang kat diri sendiri. Penuhkan balik tabungan yang mak ayah isi dari kecik. Makan jimat-jimat. Mujurlah saya menumpang di rumah tok sedara, banyak boleh berjimat di situ.
Bila masanya untuk bernikah, tanya-tanya kawan, rata-rata beritahu berhabis dalam RM30,000 ke atas. Aduh, banyak sekali. Akhirnya saya keluarkan RM1,400 saja untuk majlis perkahwinan. Makan-makan mak nak sponsor (rewang sekampung). RM1,000 untuk beli aircond bilik, RM400 untuk sewa baju 2 pasang. Pelamin, meja makan beradap semua guna barang sendiri. Barang hantaran kami share duit. Majlis simple tapi tiba-tiba ada lagu ‘Selamat Pengantin Baru’. Adik saya punya kerja.
Di awal perkahwinan, kami buat target simpanan. Dalam masa setahun, mesti ada simpanan sekian jumlah. Besar jumlahnya. Alhamdulillah tak sampai setahun dah sampai amaun tu.
Mula-mula kahwin kami tinggal berjauhan. Saya di KL dia di Miri. Sepanjang masa tu, dua kali je kami jumpa. Yang pertama, dia balik KL. Yang kedua, saya outstation ke Sarawak. Sebab utama, saya rasa mungkin sebab financial goal yang dah kami setup dari awal.
Sebelum saya masuk kerja, saya ada belajar sikit-sikit tentang pelaburan. Pengalaman sebagai unit trust advisor (takyah tanya, dah berkubur lama dah) dan ikut pakcik ke kelas insurans membantu mencerahkan kepala otak saya. Bila dah kahwin, arwah pak mentua sy seorang manager bank yg juga kaki saham selalu beri ceramah free.
Saya ni bukan dari family orang senang. Mak ayah banyak ajar berjimat dari kecil. Pakaian kami biasanya dari bundle. Barang-barang rumah buat sendiri.
Mungkin kita sekarang susah nak buat perkakasan sendiri. Tapi ada banyak benda yang kita boleh buat untuk mengurus kewangan.
Antaranya:
- Buat perancangan kewangan. Apa target kewangan dalam masa 10, 20, 30 tahun? Gaji kecik cukup makan takpe, letak saja targetnya. Kadang2 kita jadi tak berani nak buat planning sebab merasakan kita tak mampu. Tapi kita tetap mampu merancang dan bermimpi kan? Free je.
- Hiduplah di bawah kemampuan. Kalau mampu berganti baju tiap-tiap bulan, cuba ganti 2 bulan sekali. Kalau mampu minum kopi RM10, cuba minum kopi RM2. Apa lagi kalau kaki rokok, bawa-bawalah berhenti.
- Simpan dulu, belanja kemudian. Saya pernah kering langsung duit dalam poket. Dalam bank ada, tapi disiplin tak mahu keluarkan. Entah macamana datang rezeki yang tak disangka-sangka. Saving selamat, sara hidup pun dapat.
- Jangan biasakan diri berhutang. Hutang dengan orang lain, apatah lagi hutang dengan diri sendiri. Jaga-jaga dengan hutang kad kredit. Kalau guna kad kredit, elakkan dari guna lebih dari apa yang kita mampu bayar pada bulan tu. Jangan bayar separuh, apa lagi bayar minimum. Bayar habis semuanya! Kalau tak boleh kontrol, tak payah guna.
- Simpan untuk akhirat. Rajin-rajinkan tangan menderma dan bersedekah. Seringgit dua pun tak apa. Simpanan akhirat tu bukan saja kita akan tuai di sana kelak, tapi juga menjadi benteng rezeki dan faktor peluas rezeki kita hari ni.
- Dekatkan diri dengan Yang Maha Memberi Rezeki. Mungkin gaji kita kecik, tapi bila guna tak habis-habis. Itulah rezeki yang berkat. Sikit tapi sangat cukup. Jaga punca rezeki dan hubungan dengan Sang Pemberi Rezeki. Jangan sampai rezeki kita tak berkat. Banyak tapi asyik tak cukup-cukup. Naudzubillah.
- Belajarlah tentang kewangan. Sekarang banyak kelas dan seminar kewangan yang dibuka kepada umum. Kalau tak mampu nak pegi kelas, berkawanlah dengan mereka yang bijak mengurus wang. Dari situ pun kita boleh dapat banyak tips-tips kewangan.
Itulah serba sedikit yang boleh saya tulis setakat ni tentang BMW. Bila kita ber-BMW sekarang, insya-Allah tak mustahil boleh memandu BMW lepas ni. (Bab2 tambah income nanti cerita lain).
Mudah-mudahan bermanfaat ye. Especially adik-adik baru grad & baru dapat kerja… Bawak-bawak BMW OK!
Leave a Reply