admin Avatar

Saya pernah baca dalam akhbar, bahawa wanita bujang di Korea Selatan kebanyakannya memandu kereta BMW. Kenapa mereka memandu BMW?

KERETA BMW

Saya masih ingat lagi bila tersepit dalam jem. Kita yang berkereta kecil ni selalu  kena himpit. Tapi bila ada kereta seperti Mercedez atau BMW, terus dapat laluan. Saya pernah tanya ayah saya kenapa? Ayah jawab “Side mirror dia pun sama harga dengan kereta kita. Daripada tergesel, tercalar kereta macam tu, biar ajelah dia jalan dulu”.

Bawa kereta kecil/buruk, buat silap bakal kena hon, kena maki. Bawa BMW, dapat respek sikit. Sikit lah. Sebab tu wanita bujang Korea bawa BMW.

Tapi BMW yang saya nak cerita ni bukan BMW tu. BMW ni lebih penting dari BMW tu. Dan kalau kita ada BMW ni, insya-Allah, boleh nak memiliki BMW tu walaupun kerja biasa-biasa je.

BMW yang saya maksudkan adalah Bijak Mengurus Wang.

Ada orang gaji banyak tapi tengah bulan pokai. Ada orang gaji kecil tapi sampai nak masuk gaji berikutnya pun masih senyum lagi. Masih boleh sediakan apa yang perlu. Malah, masih ada lebih-lebihannya.

Ada orang gaji banyak tapi hutang keliling pinggang. Ada orang gaji kecil tapi tak ada hutang. Siap beri hutang pada orang lain pula.

Eh, maafla ya guna terma gaji ni. Rasanya lebih tepat kalau guna ‘gaji’ untuk buat perbandingan.

Masa saya belajar di UTP dulu, agaknya cultural shock kot. Tak pernah2 ada duit gitu punya banyak. Banyak la tuh scholar sekali masuk lebih seribu ringgit! Tak sedar tu biaya untuk satu semester. Hehe. Mak ayah pulak jauh. Syoklah takde orang check. Asyik keluar je. Beli macam-macam. Makan pun nak sedap-sedap. Hujung2 semester call Mak minta duit T__T

Sampai satu tahap lupa diri sampai korek ASW (jgn bgtaw mak saya, matik!).

Entah macamana dapat hidayah. Insaf. Duit habis mengalir macam air. Saving habis kena korek.

Akhirnya saya nekad buat simpanan semula.

Start dari gaji pertama, separuh dari gaji bayar hutang kat diri sendiri. Penuhkan balik tabungan yang mak ayah isi dari kecik. Makan jimat-jimat. Mujurlah saya menumpang di rumah tok sedara, banyak boleh berjimat di situ.

Bila masanya untuk bernikah, tanya-tanya kawan, rata-rata beritahu berhabis dalam RM30,000 ke atas. Aduh, banyak sekali. Akhirnya saya keluarkan RM1,400 saja untuk majlis perkahwinan. Makan-makan mak nak sponsor (rewang sekampung). RM1,000 untuk beli aircond bilik, RM400 untuk sewa baju 2 pasang. Pelamin, meja makan beradap semua guna barang sendiri. Barang hantaran kami share duit. Majlis simple tapi tiba-tiba ada lagu ‘Selamat Pengantin Baru’. Adik saya punya kerja.

Di awal perkahwinan, kami buat target simpanan. Dalam masa setahun, mesti ada simpanan sekian jumlah. Besar jumlahnya. Alhamdulillah tak sampai setahun dah sampai amaun tu.

Mula-mula kahwin kami tinggal berjauhan. Saya di KL dia di Miri. Sepanjang masa tu, dua kali je kami jumpa. Yang pertama, dia balik KL. Yang kedua, saya outstation ke Sarawak. Sebab utama, saya rasa mungkin sebab financial goal yang dah kami setup dari awal.

Sebelum saya masuk kerja, saya ada belajar sikit-sikit tentang pelaburan. Pengalaman sebagai unit trust advisor (takyah tanya, dah berkubur lama dah) dan ikut pakcik ke kelas insurans membantu mencerahkan kepala otak saya. Bila dah kahwin, arwah pak mentua sy seorang manager bank yg juga kaki saham selalu beri ceramah free.

Saya ni bukan dari family orang senang. Mak ayah banyak ajar berjimat dari kecil. Pakaian kami biasanya dari bundle. Barang-barang rumah buat sendiri.

Mungkin kita sekarang susah nak buat perkakasan sendiri. Tapi ada banyak benda yang kita boleh buat untuk mengurus kewangan.

Antaranya:

  • Buat perancangan kewangan. Apa target kewangan dalam masa 10, 20, 30 tahun? Gaji kecik cukup makan takpe, letak saja targetnya. Kadang2 kita jadi tak berani nak buat planning sebab merasakan kita tak mampu. Tapi kita tetap mampu merancang dan bermimpi kan? Free je.
  • Hiduplah di bawah kemampuan. Kalau mampu berganti baju tiap-tiap bulan, cuba ganti 2 bulan sekali. Kalau mampu minum kopi RM10, cuba minum kopi RM2. Apa lagi kalau kaki rokok, bawa-bawalah berhenti.
  • Simpan dulu, belanja kemudian. Saya pernah kering langsung duit dalam poket. Dalam bank ada, tapi disiplin tak mahu keluarkan. Entah macamana datang rezeki yang tak disangka-sangka. Saving selamat, sara hidup pun dapat.
  • Jangan biasakan diri berhutang. Hutang dengan orang lain, apatah lagi hutang dengan diri sendiri. Jaga-jaga dengan hutang kad kredit. Kalau guna kad kredit, elakkan dari guna lebih dari apa yang kita mampu bayar pada bulan tu. Jangan bayar separuh, apa lagi bayar minimum. Bayar habis semuanya! Kalau tak boleh kontrol, tak payah guna.
  • Simpan untuk akhirat. Rajin-rajinkan tangan menderma dan bersedekah. Seringgit dua pun tak apa. Simpanan akhirat tu bukan saja kita akan tuai di sana kelak, tapi juga menjadi benteng rezeki dan faktor peluas rezeki kita hari ni.
  • Dekatkan diri dengan Yang Maha Memberi Rezeki. Mungkin gaji kita kecik, tapi bila guna tak habis-habis. Itulah rezeki yang berkat. Sikit tapi sangat cukup. Jaga punca rezeki dan hubungan dengan Sang Pemberi Rezeki. Jangan sampai rezeki kita tak berkat. Banyak tapi asyik tak cukup-cukup. Naudzubillah.
  • Belajarlah tentang kewangan. Sekarang banyak kelas dan seminar kewangan yang dibuka kepada umum. Kalau tak mampu nak pegi kelas, berkawanlah dengan mereka yang bijak mengurus wang. Dari situ pun kita boleh dapat banyak tips-tips kewangan.

Itulah serba sedikit yang boleh saya tulis setakat ni  tentang BMW. Bila kita ber-BMW sekarang, insya-Allah tak mustahil boleh memandu BMW lepas ni. (Bab2 tambah income nanti cerita lain).

Mudah-mudahan bermanfaat ye. Especially adik-adik baru grad & baru dapat kerja… Bawak-bawak BMW OK!

Tagged in :

admin Avatar

25 responses to “Kenapa Kita Kena Ada BMW?”

  1. Nasuha Khairi Avatar

    Nice sharing!
    Mmg bnyk terkena atas batang hidung sendiri. Bertepek-tepek. Huhuhu. Masih sedang belajar disiplin utk ber-BMW dan inshaAllah akan terus dipraktikkan. Many-many thanks atas perkongsian.

    1. admin Avatar
      admin

      selamat ber-BMW. ajak kengkawan sekali naik BMW 🙂

    1. admin Avatar
      admin

      dah ada?

  2. Khadeejah Hasmad Avatar

    Terbalik lak kita. Ai jimat masa kat UTP. Bila kerja, hamboi, duit 300 rasa macam 30 je. Boros gila

    Huwaaaaaa

    Menyesal kemudian tiada gunanya.

    Tapi dari situ lah belajar ilmu berguna.

    Mari lah kita berdoa agar lebih ramai kawan dpt hidayah utk ber-BMW.

    Bukan apa, dulu ramai je suruh BMW, tapi darah muda, takmo dengar. Hahaha

    1. admin Avatar
      admin

      setiap yg berlaku ada hikmahnya 🙂

  3. Ros Avatar

    Ramai nk drive Bmw tapi taknak ber BMW ni dulu. Good reminder.

    1. admin Avatar
      admin

      dengan BMW, semorang bleh ber-BMW. hehe

  4. Firdaus Azizi Avatar

    Nak jugak bawak BMW. Thanks for the reminder 🙂

    1. admin Avatar
      admin

      moh kite

  5. Zaleha Avatar

    Bagus tips BMW tu. Memang betul semua wajib BMW. Sejak jadi suri rumah, memang antara tips yang biasa saya buat tiap kali suami serah elaun makan minum & lain-lain adalah penggunaan sampul.

    Dah ada bajet yang diasing-asing dalam sampul tu.
    Teringat dulu ms kerja xpenah amalkan ini. Bahaya bila duit gaji dikeluarkan sikit-sikit dari ATM kalau tak pernah lakarkan byk mana portion dr gaji tiap bulan tu utk apa.

    1. admin Avatar
      admin

      menarik tips Leha ni. sampul2.

      1. Sal Avatar

        hahahaakk…..yaa betul…Sampul ni bagus asing2kan supaya takdelaah hujung bln sesak napas ada benda yg lupa bayar.

        husband saya pun guna cara ni…saya ni je main congak2 dlm otak tp mmg byr yg hutang2 dan saving dulu masa gaji..baki baru biarkan nak korek..tp kdg2 yg baki tu pun dah trsfer siap2 tmpt lain sbb kdg2 nafsu membeli unnecessary things tu sbb igt akaun masih berbaki..kannn

  6. Lin Chalo Avatar

    BMW ni sepatutnya kena jadi subjek wajib lulus kat U. 😀

    1. admin Avatar
      admin

      kan? kesian kita.

  7. Raihanah Ahmad Avatar

    bagusnya BMW ni, thanks for reminder

    1. admin Avatar
      admin

      nak order model mana Kak Anah? 🙂

  8. adarain Avatar

    Jika kita BMW INSYALLAH kewangan masa depan pun terjamin. 😀

    1. admin Avatar
      admin

      amiin. mudah-mudahan masa depan dunia & akhirat pun terjamin jua

  9. Miss Ekaine Avatar
    Miss Ekaine

    Mula2 rase owner blog ni materialistiknya.. Tp bila baca wah lain rupanya.

    1. admin Avatar
      admin

      tahniah Miss sebab berjaya baca sampai habis

  10. Cikgu Hani Avatar

    Mula-mula ingat BMW apa, kena baca sampai abis baru faham. banyak teknik nak BMW ni ye..memang semua kena apply bmw ni..

    1. admin Avatar
      admin

      apply jgn tak apply

  11. SuperNifz Avatar

    Ohh… itu kah yang di maksudkan dengan BMW. Segah namanya. Memang bagus ulasan dari Admin nih. Kipidap k.

  12. Sal Avatar

    Admin ni mmg pro bab bagi tajuk !! Hahahaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge