Kenapa Dr Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) Ditahan Ketika Berceramah?

by admin on November 4, 2009 · 43 comments

Rasanya satu Malaysia dah tahu tentang perkara ni.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan bekas mufti yang popular dengan Minda Tajdidnya ni, kerana mengajar agama TANPA TAULIAH.

Tauliah apa sebenarnya ya? Saya tertanya-tanya juga. Kena ada sijil apa nak mengajar agama? Dr. Asri tu bukan ada seorang ustaz biasa, beliau seorang pensyarah (sah2 ada phD walaupun ada yang kata itu sijil ‘beli’), malah bekas mufti, dan peneraju Bahtera Perubahan di Astro Oasis.. Apa lagi tauliah yang nak kena ada? OK, mungkin itu adalah benda seperti permit.

dr asri maza

Tolak ke tepi soal politik (which i strongly believe that it’s the main reason).

Sebagai orang Islam kebanyakan yang kadangkala hanya melihat dari satu perspektif saja, saya berasa amat-amat gusar dengan perkara sebegini. Cukuplah dengan benda bukan2 yang membuatkan Islam dipermain dan diperlekehkan. Cukuplah cerita-cerita ustaz sana ustazah sini ditangkap kerana mengikuti ajaran sesat atau berkhalwat, cukuplah kisah sejadah bangun solat (sebab manusia dah malas nak solat ke sampai sejadah yang kena bangun?), cukuplah kisah pokok menangis, dan entah apa2 cerita lagi yang menampakkan orang Islam ni sangatlah ‘progresif’ dari segi benda2 merapu. Cukup cukup cukup….

Apabila cerita ini timbul lagi, antara perkara yang bermain di benak saya:-

  1. Orang akan mula mempermainkan konsep ‘berpesan2lah pada kebenaran dan berpesan2 lah pada kesabaran’ secara lisan. Bila ada yang nak mula memberi ‘ceramah free’, tak mustahil dia akan diperli dengan “Kau ni ada tauliah ke? Kalau takde baik diam kang aku panggil JAIS tangkap”.
  2. Perkataan “tauliah” dijadikan bahan gurauan. Contohnya bila nak bercakap benda2 menuju kebaikan, “Kau ni ada tauliah tak?”
  3. Orang ramai tidak berminat untuk mengikuti ceramah agama yang dikhuatiri tidak bertauliah. Hari ni mungkin penceramah je yang ditahan. Esok2 sapa tahu dengan yang pegi dengar ceramah pun kena juga. JAIS pun kata dah 3 tahun depa duk perati Dr. Maza, dari zaman beliau jadi mufti lagi. Yang dok selalu pi ceramah agama tu hati2 la kot lagi 3 tahun JAIS mai tangkap hang pulak (OK ini cuma gurauan kasar).
  4. Orang mula mempersoalkan ‘tauliah’ ulama2 lain, terutama ustaz2 dan lebai yang mengajar di masjid.
  5. Penyebaran agama Islam menjadi begitu rigid kerana perlu mendapatkan tauliah dulu.
  6. Budak muda kurang berminat nak jadi pendakwah bebas sebab kena ada tauliah bagai.
  7. Kesangsian terhadap badan2 Islam yang berkaitan.
  8. Pegi clubbing lebih mudah daripada nak mendengar ceramah/halaqah agama. OK OK.. cukup2lah…

Bagi saya, adalah satu bonus besar bila Ustaz Asri sanggup turun nak mengajar ilmu agama pada orang2 kat area UK (Ulu Klang je, bukan United Kingdom) tu, patutnya mereka berterima kasih aje lah… diorang tak payah susah2 nak antar ustaz turun mengajar, orang dah famous yang turun. Mesti ramai yang datang, kalau tak minat sangat nak dengar ceramah pun, mungkin nak tengok Dr. Asri. Tapi, lain pula jadinya. Ataupun, datang je bawa borang tauliah suruh beliau isi, mana tahu beliau sebenarnya lupa/tak sempat aje.

Politically speaking pulak… Menurut sesetengah pihak, penangkapan Dr Maza adalah berkaitan dengan memorandum yang dihantar oleh PGSM kepada Sultan Mizan berikutan ura2 perlantikan Dr Maza sebagai Yang Di Pertua YADIM. Antara sebab yang dinyatakan ialah corak pemikiran dan cara pendekatan Dr Maza yang ekstrem tidak sesuai dan tidak mematuhi adab sopan untuk masyarakat di negara ini. Dikatakan memorandum tersebut disokong oleh ulama2 terkemuka negara dan badan2 bukan kerajaan (NGO) termasuk ABIM, PUM dan JIM.

Pada saya ni, tak tahu tang mana yang ekstremnya. Tak ada beliau ajak orang buat demo ke, pegi curi senjata ke, atau jadi terroris. Ekstrem pemikiran, itu hak kita untuk berfikir dari pelbagai perspektif. Malah Islam menyarankan umatnya supaya banyak berfikir (fikir yang selaras dengan zikir, bukan fikir tanpa ilmu yang membawa kesesatan).

Dr. Asri juga dikatakan memberat2kan perkara furu’ (perkara cabang yang tak penting mana pun kalau nak di-argue, yakni benda yang tidak berkait langsung dengan akidah). Dikatakan juga beliau tidak memahami method dakwah yang sebenar.

Bole baca isi memorandum fitnah (akuan Dr. Asri bahawa itu fitnah) kat sini.

Semoga perkara macam ni tak menjadi fitnah besar pada agama Islam. Sebab apa, tak ramai yang berminat nak tahu sesuatu dari akar umbi. Kita lebih mudah tengok, dengar dan buat kesimpulan dari mengkaji. Sebab tu saya utarakan point2 di atas, sebagai ‘wakil’ kepada suara hati yang tak mengkaji2 dah.

Bukan bertujuan nak memperbesar2kan soal ni. Sekadar mencambah pemikiran dan pendapat baru. Kita pun dah tengok kerosakan umat masakini. Adakah dengan mengikut method dakwah yang biasa dan ‘mengikut adab masyarakat Timur’ masyarakat kita akan pulih?

p/s: Ramai juga abg polis yang pegi nak tahan Dr. Maza.  Macam nak tahan penjenayah pulak. Alhamdulillah, meramaikan majlis ilmu. Semoga mereka termasuk dalam golongan yang didoakan malaikat, amiin.

p/s/t: Yang menyanyi terjerit2 tu tak payah ada tauliah, yang nak mengajar agama kena ada tauliah dulu.

p/s i love you : Kelas Penyusuan Sarakids ada tauliah tak tuuu!!!!

Share Button

{ 43 comments… read them below or add one }