My Shaklee Store Cabaran Blogging/Diari – JOIN NOW!

Berkomunikasi Dengan Anak Secara Fast Food Rule

by Mommy Lyna on November 5, 2009 · 29 comments

Subscribe
Bookmark and Share
Bookmark and Share
We noticed that you've been visiting MySuperKids regularly. Drop a comment or two so that we can be friends. Btw, have you subscribe to My RSS Feed?

Fast Food Rule (FFR) atau Hukum Makanan Segera, bukanlah berkaitan dengan makanan segera, malah takde kaitan dengan makanan pun.

FFR adalah salah satu method komunikasi berkesan dengan anak-anak. Bukan anak-anak je, malah untuk semua peringkat usia dan darjat.

Kenapa FAST FOOD? Kenapa bukan restoran Mamak atau restoran Mak Jah?

Macam ni…

Bila kita ke restoran mamak, kita duduk dan order. “Roti boom satu, teh tarik satu”. Brader yang ambil order tu akan jerit kepada brader yang sedang berdiri di dapur penggoreng roti “Rotti boom sattooo!” dan kepada brader yang bergelumang dengan gelas2 air “teeahh tarik satttooo!”.

Bila kita ke restoran Mak Jah, kita order “Nasi goreng satu, air teh O beng satu” dan waiter yang digaji Mak Jah akan tulis dalam kertas kecil dia. (Tapi jangan terkejut kalau mintak teh O beng, dapat teh beng, mintak nasik goreng dapat cip goreng).

Bila kita ke restoran makanan segera, contohnya Mc Donald’s, kita order “Big Mac satu, ala carte, air Ribena satu”. Adik manis di kaunter akan kata “Big Mac satu, ala carte, air Ribena satu. Ada apa2 lagi?” Kemudian kita jawab “Tak ada, itu saja”. Adik manis berkata-kata lagi “Big Mac satu, Ribena satu, beberapa ringgit beberapa sen… tunggu sebentar ya…”

Nampak tak beza antara tiga situasi di atas?

Kalau yang biasa baca/belajar tentang komunikasi mesti tahu tentang teknik ‘mirroring’ dan teknik memberi respon secara empati.

Dalam berkomunikasi, terutama apabila kita bersemuka dengan mereka yang di dalam masalah, (anak kecil kita tu sebenarnya senntiasa dalam masalah besar), inilah teknik yang berkesan untuk kita gunapakai. Iaitu mengulang kembali permasalahan yang diutarakan rather than terus distract atau bagi pendapat kita.

Contohnya, kawan kita baru di-VSS oleh kompeni dan terpaksa menanggung hutang pula.

Teknik Mamak:

Kawan : You, I baru dapat surat VSS… Dapatla sikit pampasan, tapi kena bayar loan I dengan kompeni.. tinggal negatif je you..
Kita : Err.. jap eh (Mengambil telefon dan menghubungi seseorang). Eh awak, awak.. Ni kawan kita ni baru kena VSS. Kesian dia tau. Kena bayar hutang lagi. Ish3x.. kesiannn…
Kawan dalam telefon : Ha?? Yeke?? Kesiannya dia.
Kita : Kesian…

Kawan nak cerita kat kita, tapi kita pegi bercerita dengan orang lain pulak tentang masalah kawan tu.

Teknik Mak Jah.

Kawan : You, I baru dapat surat VSS… Dapatla sikit pampasan, tapi kena bayar loan I dengan kompeni.. tinggal negatif je you..
Kita : Ooo….
Kawan : Anak I dah la baru daftar masuk sekolah tadika termahal di dunia. Macamana la I nak bayar yuran dia..
Kita : Hmmmmmm…
Kawan : I buntu!
Kita : Eh, you cakap apa tadi? You naik jerawat batu???

Rupanya tengah mengelamun sepanjang perbualan tadi. Tak beri perhatian sangat pada apa yang dibualkan. Lepas tu merapu yang bukan2.

Teknik FFR.

Kawan : You, I baru dapat surat VSS… Dapatla sikit pampasan, tapi kena bayar loan I dengan kompeni.. tinggal negatif je you..
Kita : Oh, you kena VSS… kena bayar loan sampai negatif duit VSS you!
Kawan : Yeah, I rasa teruk sangat! Anak I dahla baru masuk tadika termahal di dunia, macamana I nak bayar yuran dia..
Kita : Ha, anak you masuk tadika mahal! Cemana you nak bayar kan?
Kawan : Tu la… I buntu sekarang ni, takde apa2, tiba2 dapat surat VSS. I rasa macam nak bakar je kompeni tu.
Kita : Memang buntu kan. Tiba2 je VSS, memang patut kena bakar ni..

Dengar, ulang dan bersikap empati.

Kalau kita di tempat Kawan, situasi mana yang buat kita rasa selesa untuk bercerita dan meluahkan perasaan? Ini belum lagi teknik2 lain.

Teknik Aku Betul.

Kawan : You, I baru dapat surat VSS… Dapatla sikit pampasan, tapi kena bayar loan I dengan kompeni.. tinggal negatif je you..
Kita : Tu la dulu I dah cakap you kerja betul2 kan dah kena VSS! Sekarang sapa susah, anak2 you jugak bla bla bla.

Teknik Menduga Akal

Kawan : You, I baru dapat surat VSS… Dapatla sikit pampasan, tapi kena bayar loan I dengan kompeni.. tinggal negatif je you..
Kita : So you nak cari keja baru la ni?

Teknik Penenang Yang Tak Tenang

Kawan : You, I baru dapat surat VSS… Dapatla sikit pampasan, tapi kena bayar loan I dengan kompeni.. tinggal negatif je you..
Kita : Oh takpe-takpe. Ada hikmahnya tu. You still beruntung, you masih ada keluarga bla bla bla.

Teknik Pandanglah Diriku

Kawan : You, I baru dapat surat VSS… Dapatla sikit pampasan, tapi kena bayar loan I dengan kompeni.. tinggal negatif je you..
Kita : I pun ala-ala nak kena VSS jugak ni. Takutnya I!

Teknik Mengalihkan Pandangan

Kawan : You, I baru dapat surat VSS… Dapatla sikit pampasan, tapi kena bayar loan I dengan kompeni.. tinggal negatif je you..
Kita : Jom lupakan masalah tu, mari kita pegi shopping!

Teknik2 di atas ni… kalau tak memberi lebih perasaan ‘down’ pada si Kawan tu, kemungkinan besar juga kena pelangkung.

Kawan kita nak meluahkan perasaannya, bukan nak disalahkan atau dihakimi, atau dimarah, atau dimotivasi. Kawan yang tengah down tu nakkan seseorang untuk berkongsi masalah, bak kata orang kampung saya, a shoulder to cry on. Dengarlah dulu dan biar dia bercerita, jangan terus bagi cadangan atau konklusi, atau pun distract dia dengan benda lain. Biarkan dia bercakap campai habis perasaannya diluahkan.

Begitulah juga dengan anak-anak kita. Seperti juga kita tak suka dihakimi, begitu juga mereka.

Contohnya, bila anak kita jatuh, lututnya berdarah dan dia berlari kepada kita sambil menangis.

Anak : “Mama… sakit!!!”

Adakah kita…

“Alah sikit aje tu. Tak sakit lah”
“Tu la sapa suruh lari2 kan dah jatuh!”
“Padan muka nakal sangat!”"
“Mama dah kata hati2 kau degil! Memang dasar budak nakal!”
“Ha??? Anak Mama jatuh?? Darah!!! Oh Tuhan, selamatkanlah anakku! Tolong! Tolong! Anak saya berdarah!”
Buat tak tahu….

Anak tu tengah sakit. Dia memang sakit. Bayangkan kalau kita tengah sakit2, contohnya masa nak bersalin, nurse kata “Alah, sikit aje tu”, ada tak rasa macam nak baling selipar? Ataupun dia kata “Tu la, sapa suruh kau beranak?”, Ataupun “Masa buat sedap, dah nak beranak tahu pulak sakit”. Hehe.

Bila kita dalam keadaan macam tu, kita nakkan seseorang yang cuba untuk menyelami isi hati kita. Sebuah pengertian. Alangkah indahnya kalau tengah2 sakit menahan kontraksi tu, nurse berkata “Saya faham puan sakit, saya pun perempuan, tapi kita mesti hadapinya, supaya baby dapat lahir dengan selamat ya. Puan mesti kuatkan semangat”. Waduh, kan sejuk rasa hati.

Anak kita pun begitu.

Bila dia jatuh, dia tidak perlukan kata2 tuduhan atau kemarahan, sebaliknya sebuah pengertian dari ibunya.

“Oh, anak Mama sakit? Jatuh ya… Mari sini Mama tengok, oh ada luka. Mari Mama letak ubat ya. Nanti tak sakit lagi..”

Berbalik kepada FFR, sebenarnya ia memang berkesan untuk menghadapi karenah anak2, terutama yang ‘difficult to deal’ berbanding berlawan dengan mereka.

Contohnya bila mereka nakkan kereta mainan.

Non-FFR

“Mama.. nak kereta tu!”
“Tak boleh!”
“Nak jugak! Nak jugak!”
“Tak boleh! Mama kata tak boleh! Jangan degil, Mama pukul nanti!”
“Naaaakkkk jugaaaaakkkk!!!!! Huwaaaa!!!!!

FFR

“Mama.. nak kereta tu!”
“Oh, nak kereta tu ya” – FFR
“Kereta tu cantik”
“Ye la memang cantik” -FFR
“Saya nak!”
“Mama pun nak juga kalau boleh. Tapi apa kata kita pegi makan dulu nak?” -Distraction setelah anak bertenang.

Anak-anak yang lebih muda, dalam usia awal 2 tahun seperti Hafiy, yang baru nak belajar bercakap, akan lebih terasa dihargai dengan FFR. Mereka rasa teruja nak ‘bercerita’ bila kita respon kepada cerita dia tanpa memati/mematahkan ideanya.

“Mi.. carr…”
“Oh.. car…”
“Car Hafiy tik..”
“Oh car Hafiy cantiknya”
“Car Hafiy.. big”
“Car Hafiy big! Wah, Mommy nak naik sama boleh?”
“Yes.. car Hafiy, naik!”

Mommy: Struggle untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Popularity: 4% [?]

Post to Twitter

Continue Reading...

Visit >GAYA HIDUP SIHAT and share your healty lifestyle with me! :)

{ 29 comments… read them below or add one }

1 MamaQaseh November 5, 2009 at 9:40 am

Good info..amat berguna sekali..saya mesti guna ni..

Reply

2 Mommy Lyna November 6, 2009 at 1:26 am

saya mesti pilih! – baca ala Bank rRakyat

Reply

3 anamarza November 5, 2009 at 10:03 am

good info..kekadang kita tak sedar mcm mana kita berkomunikasi ngan anak..tq!!!!

Reply

4 maya amir November 5, 2009 at 10:13 am

anak..oh anak.. that’s rite.. me also struggling bercakap dgn anak2..:)
maya amir´s last blog ..papadom My ComLuv Profile

Reply

5 laila November 5, 2009 at 10:17 am

ouhh….. menarik info ni…
sangat jelas sbb ada contoh2….
saya kadang2 ada jugak non-FFR bila berkomunikasi ngan damia yg hanya baru setahun stgh itu…. kesiannn dia.
lepas ni mesti kena komunikasi secara FFR…
tqvm!
laila´s last blog ..makan barney, tidur barney My ComLuv Profile

Reply

6 azeemah November 5, 2009 at 10:17 am

tq lyna sbb share bebenda nih…akak pon tgh pening dok pk camno nak communicate ngan si mu’az yg baru je setahun nih…
azeemah´s last blog ..Eh! alo .K.a.D.o.K My ComLuv Profile

Reply

7 ida.z November 5, 2009 at 10:18 am

Emm..very good info indeed..especially nak menyelam hati anak bujang ku yg asek kena gigit kat nursery skrg nih..adeh…
ida.z´s last blog ..Geram! Geram! My ComLuv Profile

Reply

8 DNNA November 5, 2009 at 10:35 am

mommy lyna,

wahhh, menarik … makacih …

nak cuba applikasikan kat anakanda2 (dan juga kat pasangan, keluarga, kawan-kawan etc etc etc)

pengakuan – selama ni suka gunakan teknik penenang yang tak tenang dan teknik mengalihkan pandangan … kih kih kih …
DNNA´s last blog ..Mari belajar solat di rumah My ComLuv Profile

Reply

9 awe November 5, 2009 at 10:39 am

waa besh besh good info! tQ for sharing, ingatkan pasal camne nak ajar anak tak makan fast food, rupenye hukum fast food… baru taw ade hukum ni :)

Reply

10 nieda November 5, 2009 at 10:58 am

thanks for the info…saya suka

Reply

11 LeeN November 5, 2009 at 11:23 am

btul. distraction dan bertenang is the best way untuk tolenrate dengan mereka.. leen tgh practice kat balqis ni ha. tahula bila bawa dia ke kedai seorang diri.. haha
LeeN´s last blog ..welcoming-baby checklist No 1 -Checklist ke Hospital- My ComLuv Profile

Reply

12 eliss November 5, 2009 at 11:41 am

alamak aku salu marah bila my nuha jatuh..siap ckp padan muka sambil gelak2 lagik..

mummy rock laa katakan…

lepas ni nak kena belai dengan kasih sayang laa:P
eliss´s last blog ..Contest Reka Tagline Produk Dan Menang My ComLuv Profile

Reply

13 isabelle November 5, 2009 at 12:25 pm

rasa mcm kena batang hidung sendiri lak.
hehehe. i use almost all types of methods…depending on situations sama ada i larat tak nak melayan kerenah si Cikebum tu.hahaha.
isabelle´s last blog ..My Funniest Baby Contest My ComLuv Profile

Reply

14 suhainini November 5, 2009 at 12:35 pm

good entry lyna…tq for sharing..
suhainini´s last blog ..Dah 25 months My ComLuv Profile

Reply

15 zuhaini November 5, 2009 at 12:37 pm

oh.. nice one! mula2 tadi nak jadi pengomen pertama, tapi sebab panjang, sekarang ni free sikit, baru lah bole baca sampai habis.. hihi :) -FFR ni… ahahah

oh ya, betul la.. sometimes saya reply ikut suka je.. huhu :( sian Alia…

TAMBAHAN: kalau saya nak bersalin, nurse cakap :
“Masa buat sedap, dah nak beranak tahu pulak sakit”….

mmg sah sah saya cabut kasut, saya ketuk kepala dia!!!! ahaha :) zuhaini´s last blog ..Cerita kegemaran Alia! My ComLuv Profile

Reply

16 sya November 5, 2009 at 1:08 pm

hmm, anak saya belum banyak perbendaharaan kata lagi..
dan, saya suka melayan dia bercakap walau tak faham dia cakap apa.
cuma, risau juga nanti dia fikir kita faham dia cakap dan mulalah malas nak belajar cakap dengan betul..

err, keluar topik pulak…
sya´s last blog ..syayassir.com? My ComLuv Profile

Reply

17 zety mama_umar November 5, 2009 at 1:35 pm

double thumbs up :), tq pasni segale mistake blhla dibetulkan skit2,kdg kite ni tgh emo,x terpikir nk gne ffr ke,mamak ke, men jeritt je,hehehe
zety mama_umar´s last blog ..MENCARI PENYEWA UMAH!! My ComLuv Profile

Reply

18 QueeNin Murni November 5, 2009 at 2:37 pm

wehu! i loike..

Please verify my method eh: :P

Adam:mama, tupah.. (mama, tumpah)
Me: ooo, tumpah. Adam buat?
Adam: wat.. mama, tupah..
Me: ye, tumpah.. takpelah, nanti mama lap.
(tapi sometimes sy ckp: pegi amik tisu lap)

tu kira FFR gak la kan? :P

Reply

19 Mommy Lyna November 6, 2009 at 1:24 am

yes! FFR! :D

tahniah tahniah :D

Reply

20 nonie November 5, 2009 at 3:23 pm

a very good one… tgh struggling selalu bersoal-soel dengan si kakak gak ni… boleh tryla, kdg2 pernah gak buat indirectly camni without knowing it’s the FRR technique… but most of the time… hmmm mamakla, mak jah la, dgn segala macam teknik yg lain2 tu huhuhu…

nak share bende ni kat tempat lain boleh? but i’ll definitely link it back to your blog ;)…
nonie´s last blog ..Testing from my mobile phone My ComLuv Profile

Reply

21 Mommy Lyna November 6, 2009 at 1:25 am

bole no poblem kak nonie. insyaAllah takde masalah kita menyampaikan benda yang bermanfaat kan :)

Reply

22 salzahari November 5, 2009 at 3:31 pm

trying one now…heee…dah mula nak rasa confident dgn teknik ni! cuma kena cantik2 kan lagi je (buat dgn penuh impression)

Reply

23 Lady QisMar November 5, 2009 at 5:08 pm

hmm…setuju sangat.. my girl nak masuk dua tahun dan pandai cakap… kalau kita larang dia jadi garang..kalau kita guna cara lembut dia sejuk dan akur( not all the time, but most of the time)
Lady QisMar´s last blog ..Spreading The Blogging Love! My ComLuv Profile

Reply

24 MamaLutfi November 5, 2009 at 5:21 pm

wahh..suka la info2 entry ni..boleh le try teknik FFR pasni.. eventhough anak saya tu lum pandai ckp lagi..tapi to friends n family also sgt berguna ni…very smart communnications !tq for sharing ekk..
MamaLutfi´s last blog ..CUTEST BABY IN WALKER CONTEST My ComLuv Profile

Reply

25 Precious November 5, 2009 at 10:33 pm

Sebenarnya seronok melayan anak2 ni … Hati mau sabar kadang2 bila mereka buat peel … Tapi seronok! fokus pd seronok …
Precious´s last blog ..Pemenang Kontes Tweet N Win My ComLuv Profile

Reply

26 Mommy Lyna November 6, 2009 at 1:27 am

TQ for the comments gyus. Wish i cud respond to all (including yang entry lepas2) tapi MASA MENCEMBURUI KITA (ayat cliche´).

Keep on! TQ TQ mwah mwah!

Reply

27 adianiez AIDA November 6, 2009 at 12:14 pm

bagus panduan yg lyna coretkan ni.
sesuai…
aida sedaya upaya selama ni guna FFR.
cuma sesekali terjerumus ke nonFFR, angin satu badan ler masa tu. hi hi…
one thing yg aida bleh share, ni pengalaman dgn anak2 dara aida la. kalu guna nonFFR, surely mereka akhiri dengan tangisan + raungan + merajuk! when aida apply FFR, lembut, sabar… mereka terima…
adianiez AIDA´s last blog ..SAYA SUNGGUH HAPPY TODAY My ComLuv Profile

Reply

28 rina November 7, 2009 at 3:54 am

fatin lum boleh ckp lg, tp dia selalu tunjuk benda..selalunye stesen minyak tepi2 jalan,taman mainan, pokok2 ngan McDonald kat hyperstation ampang tu..jadi saya selalu jawab, “Ye betul tu McDonald”..ataupon..”Ooo stesen minyak Shell..tp kita tak isi minyak kat sini..kita isi kat tempat lain” atau “Wahh..taman mainan la..nanti mintak atuk bawak gi taman ok”..gitu2 la..kiranye saya bebel sorang la dlm keta sambil dia menunjuk sana sini..hihihi

Reply

29 lin November 13, 2009 at 9:24 am

adeh..cmne sya ley terlepas entry ni…bagusnya..seronok sya baca.nk tryla implement kat sara..skrg ni dia dh boleh paham sket2 arahan..cuma dia tak pandai lagila nk minta2 barang/makan.hehe
lin´s last blog ..i’m the next victim of ‘copycat/plagiat’ My ComLuv Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: