Kenapa Dr Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) Ditahan Ketika Berceramah?

admin Avatar

Rasanya satu Malaysia dah tahu tentang perkara ni.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menahan bekas mufti yang popular dengan Minda Tajdidnya ni, kerana mengajar agama TANPA TAULIAH.

Tauliah apa sebenarnya ya? Saya tertanya-tanya juga. Kena ada sijil apa nak mengajar agama? Dr. Asri tu bukan ada seorang ustaz biasa, beliau seorang pensyarah (sah2 ada phD walaupun ada yang kata itu sijil ‘beli’), malah bekas mufti, dan peneraju Bahtera Perubahan di Astro Oasis.. Apa lagi tauliah yang nak kena ada? OK, mungkin itu adalah benda seperti permit.

dr asri maza

Tolak ke tepi soal politik (which i strongly believe that it’s the main reason).

Sebagai orang Islam kebanyakan yang kadangkala hanya melihat dari satu perspektif saja, saya berasa amat-amat gusar dengan perkara sebegini. Cukuplah dengan benda bukan2 yang membuatkan Islam dipermain dan diperlekehkan. Cukuplah cerita-cerita ustaz sana ustazah sini ditangkap kerana mengikuti ajaran sesat atau berkhalwat, cukuplah kisah sejadah bangun solat (sebab manusia dah malas nak solat ke sampai sejadah yang kena bangun?), cukuplah kisah pokok menangis, dan entah apa2 cerita lagi yang menampakkan orang Islam ni sangatlah ‘progresif’ dari segi benda2 merapu. Cukup cukup cukup….

Apabila cerita ini timbul lagi, antara perkara yang bermain di benak saya:-

  1. Orang akan mula mempermainkan konsep ‘berpesan2lah pada kebenaran dan berpesan2 lah pada kesabaran’ secara lisan. Bila ada yang nak mula memberi ‘ceramah free’, tak mustahil dia akan diperli dengan “Kau ni ada tauliah ke? Kalau takde baik diam kang aku panggil JAIS tangkap”.
  2. Perkataan “tauliah” dijadikan bahan gurauan. Contohnya bila nak bercakap benda2 menuju kebaikan, “Kau ni ada tauliah tak?”
  3. Orang ramai tidak berminat untuk mengikuti ceramah agama yang dikhuatiri tidak bertauliah. Hari ni mungkin penceramah je yang ditahan. Esok2 sapa tahu dengan yang pegi dengar ceramah pun kena juga. JAIS pun kata dah 3 tahun depa duk perati Dr. Maza, dari zaman beliau jadi mufti lagi. Yang dok selalu pi ceramah agama tu hati2 la kot lagi 3 tahun JAIS mai tangkap hang pulak (OK ini cuma gurauan kasar).
  4. Orang mula mempersoalkan ‘tauliah’ ulama2 lain, terutama ustaz2 dan lebai yang mengajar di masjid.
  5. Penyebaran agama Islam menjadi begitu rigid kerana perlu mendapatkan tauliah dulu.
  6. Budak muda kurang berminat nak jadi pendakwah bebas sebab kena ada tauliah bagai.
  7. Kesangsian terhadap badan2 Islam yang berkaitan.
  8. Pegi clubbing lebih mudah daripada nak mendengar ceramah/halaqah agama. OK OK.. cukup2lah…

Bagi saya, adalah satu bonus besar bila Ustaz Asri sanggup turun nak mengajar ilmu agama pada orang2 kat area UK (Ulu Klang je, bukan United Kingdom) tu, patutnya mereka berterima kasih aje lah… diorang tak payah susah2 nak antar ustaz turun mengajar, orang dah famous yang turun. Mesti ramai yang datang, kalau tak minat sangat nak dengar ceramah pun, mungkin nak tengok Dr. Asri. Tapi, lain pula jadinya. Ataupun, datang je bawa borang tauliah suruh beliau isi, mana tahu beliau sebenarnya lupa/tak sempat aje.

Politically speaking pulak… Menurut sesetengah pihak, penangkapan Dr Maza adalah berkaitan dengan memorandum yang dihantar oleh PGSM kepada Sultan Mizan berikutan ura2 perlantikan Dr Maza sebagai Yang Di Pertua YADIM. Antara sebab yang dinyatakan ialah corak pemikiran dan cara pendekatan Dr Maza yang ekstrem tidak sesuai dan tidak mematuhi adab sopan untuk masyarakat di negara ini. Dikatakan memorandum tersebut disokong oleh ulama2 terkemuka negara dan badan2 bukan kerajaan (NGO) termasuk ABIM, PUM dan JIM.

Pada saya ni, tak tahu tang mana yang ekstremnya. Tak ada beliau ajak orang buat demo ke, pegi curi senjata ke, atau jadi terroris. Ekstrem pemikiran, itu hak kita untuk berfikir dari pelbagai perspektif. Malah Islam menyarankan umatnya supaya banyak berfikir (fikir yang selaras dengan zikir, bukan fikir tanpa ilmu yang membawa kesesatan).

Dr. Asri juga dikatakan memberat2kan perkara furu’ (perkara cabang yang tak penting mana pun kalau nak di-argue, yakni benda yang tidak berkait langsung dengan akidah). Dikatakan juga beliau tidak memahami method dakwah yang sebenar.

Bole baca isi memorandum fitnah (akuan Dr. Asri bahawa itu fitnah) kat sini.

Semoga perkara macam ni tak menjadi fitnah besar pada agama Islam. Sebab apa, tak ramai yang berminat nak tahu sesuatu dari akar umbi. Kita lebih mudah tengok, dengar dan buat kesimpulan dari mengkaji. Sebab tu saya utarakan point2 di atas, sebagai ‘wakil’ kepada suara hati yang tak mengkaji2 dah.

Bukan bertujuan nak memperbesar2kan soal ni. Sekadar mencambah pemikiran dan pendapat baru. Kita pun dah tengok kerosakan umat masakini. Adakah dengan mengikut method dakwah yang biasa dan ‘mengikut adab masyarakat Timur’ masyarakat kita akan pulih?

p/s: Ramai juga abg polis yang pegi nak tahan Dr. Maza.  Macam nak tahan penjenayah pulak. Alhamdulillah, meramaikan majlis ilmu. Semoga mereka termasuk dalam golongan yang didoakan malaikat, amiin.

p/s/t: Yang menyanyi terjerit2 tu tak payah ada tauliah, yang nak mengajar agama kena ada tauliah dulu.

p/s i love you : Kelas Penyusuan Sarakids ada tauliah tak tuuu!!!!

admin Avatar

43 responses to “Kenapa Dr Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) Ditahan Ketika Berceramah?”

  1. ainerza Avatar

    Ha…betul…sebenarnya YADIM memerlukan orang seperti Dr MAZA kerana beliau mewakili suara ketiga…YADIM sebenarnya merupakan badan yang berfungsi sbg ‘org tengah’…tapi yang terjadi kini sebaliknya…saya pun kecewa dengan tindakan JAIS yang agak ‘bodoh’ atas tindakan yang diambil…tak malukah mereka mewakili umat Islam???
    .-= ainerza´s last blog ..SPRM digesa mulakan siasatan terhadap Yadim ~~ Yuhhhuuuuu!!!!! =-.

  2. eliss Avatar

    ayah saya dapat tauliah dari kerajaan negeri trg utk mengajar agama..semorang asyik tanya jer dier ada tauliah ker tak, ayah geram, kemana2 dier pegi bagi kuliah agamah, mesti dibawanya sijil tauliah tu..
    padahal ngajar for free tu..ni kan pulak ustaz yg ada phd..ayah saya belajar sekolah agama jer..
    .-= eliss´s last blog ..Contest Reka Tagline Produk Dan Menang =-.

  3. isabelle Avatar

    umat akhir zaman…mcm tu la.
    benda2 lagho xyah tauliah.
    yg ukhrawi nak diperlekehkan dan dirumitkan…
    .-= isabelle´s last blog ..Is it just my mindset or…? =-.

  4. ctsarah Avatar

    salam…

    saya berkesmepatan menghadiri kuliah/ceramah Dr Asri malam tadi. Beliau menjelaskan bagaimana cara penahanan beliau yang saya dapati langsung tak masuk akal.Untuk menahan Dr Asri Jais perlukan 20-35 oraang anggota polis yang dilengkapi dengan senjata berat. Bak kata Dr Asri Beliau ni mungkin dianggap sebagai Nordin Mat Top kot…Sampai di balai polis…pihak polis terpinga-pinga..mereka tidak tahu apa-apa tentang penahanan tersebut.Jais tanya nama , no k/p dan nama isteri. Dr Asri tanya saya ni kena tangkap khalwat ke?Then mereka tinggalkan dia di balai tersebut.Terpinga-pinga Dr sebentar. Pihak yang menuduh berlalu begitu sahaja.Actually ada banyak lagi yang beliau cerita..tapi macam tak sesuai saya nak letak kat comment box akak.
    .-= ctsarah´s last blog ..Benarkah begitu? =-.

  5. anasfadilah Avatar

    tu dia adik ipaq dr asri mai cenghita kak lyna

    JAIS tak dak kerja lain

    kes cerai banyak tertangguh sampai bertahun-tahun,sampai terseksa batin si isteri tak dapat kawen,pasal kes cerai tak beres lagi

    sibuk na nak tangkap orang tanpa sebab
    .-= anasfadilah´s last blog ..*to all malaysian crafters* =-.

  6. saudah Avatar

    makin rumit penyebaran dakwah di malaysia, sedangkan agama rasmi negara kita adalah ISLAM.

    kita perlukan ramai pendakwah yg berkualiti untuk menarik golongan muda untuk berdamping dengan Maha Pencipta kita, dan saya rasa Dr MAZA adalah antara yg berkualiti itu.

    saya suka mendengar ceramah beliau kerana pandangan dan cara pemikiran beliau sangat luas dan mendalam. cuma dia agak serius semasa berceramah. but takkan kita nak main-main masa berbicara tentang akidah, syariah dan sebagainya?

    Selain beliau, yang saya suka adalah Dato’ Dr Fadzilah Kamsah dan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. cara pendekatan mereka bersesuaian dan kena dengan citarasa saya seorang muda-mudi 🙂
    .-= saudah´s last blog ..petunjuk kebahagiaan dunia =-.

  7. yang Avatar

    salam sejahtera… nak kata apa apa lagi… terkedu lidah, berpinar bijik mata bila tengor dr. MAZA kena tahan, macam tahanan ISA plak… sama lah kita berdoa semoga beliau sihat dan beroleh kekuatan dari Allah untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai..

    aye tak de tauliah… cuma suke-suke jer

  8. fid Avatar

    i amat terperanjat dengarr berita itu
    tak apa..Allah maha kaya..kalau Dr.MAZA benar esok lusa yang bagi arahan pi tangkap tu terimalah ‘habuan’ ALlah ayar tunai..jangan risau….

    cuma yang nak kena risau…akak pupuslah Islam kalau gini gayanya
    bg ceramah agama kena tangkap
    apakah sudah mengikut contoh negara kapir kah????
    kerpol singa ngan limkisianga bleh plak pong prang pong prang
    mentelah le penyanyi2 yang sekolah tak habis…maksiat semata….
    argghh…..dunia akhir zaman..

  9. denaihati Avatar

    Ini lebih kepada isu POLITIK. Segalanya di Malaysia sudah di POLITIK kan. Bisnis, Pelajaran, AGama dan segalanya mesti ada campuraduk dengan POLITIK …KENAPA????
    .-= denaihati´s last blog ..Cinta KeAMANan Benci PePERANGan =-.

  10. teacher nur Avatar
    teacher nur

    ntahlah…i m a bit confused with Dr MAZA nih.

    1. Uwais Avatar
      Uwais

      Hmm..bleh Teacher Nur explain more detail ttg apa yg confused sgt ttg Dr maza..?

  11. farah sarakids Avatar

    sekarang nak ajar org kena tgk kiri kanan sat lagi risau kena humban dalam lokap. apa nak jadi la ni. ustazah yang ngajar anak2 ngaji compem susah hati. sigh**

    p/s: lepas ni aku kena paku frame sijil kaunselor laktasi kat dinding dalam kelas sarakids, manalah tau org kementerian nak dtg tahan ke, tak gitu mak lyna? hehehe. i love u too!
    .-= farah sarakids´s last blog ..Sara & Syasya =-.

  12. yan Avatar
    yan

    terkejut ok bile tgk berita… macam dia buat jenayah yg besar gile…. skang korang bley agak lah masa depan agama islam di malaysia camna… secara personal … bape kali jumpa ustaz nie dgr ceramah dia…pendekatan yg dia ambik bley diterima golongan muda

  13. zabada Avatar
    zabada

    Awak semua ni, yang menyokong Asri adalah mentah sangat dalam hal agama. Awak semua mesti belajar dan beramal sampai awak semua kenal siapa yang allah muliakan dan siapa yang tidak. Baru kamu tau siapa Asri, kena bermazhab atau bebas bermazhab macam Asri.Bukan asri saja ada PHD, ramai ilmuan lain,tapi tak jadi teruk macm dia.Asri terpengaruh dengan Wahabi,Muhammad bin Abdul Wahab, yang digelar Rasulullah saw sebagai syetan.”Jagalah kamu sheikh dari Najad, sesungguh dia adalah syetan”.Hadis kuat.Awak semua nak sokong pemikiran syetanka?.Jangan campur ilmuan Jabatan agama Islam. Awak fikir mereka tak alim, sehingga dapat jawatan di sana. Asri saja yang alim dalam dunia ni?Awak ni semua jangan jadi haprak melayu yang tak mengerti dan faham mana yang betul mana yang salah.

    1. Zakir Avatar
      Zakir

      what a naive. it’s not about sapa betol and sapa salah. and who said wahabi sesat? daripada artikel nih (JAKIM: http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894 ), ckp wahabi is just another fahaman like hambali etc. mana u dpt rasulullah gelar abdul wahab setan? r u sure wahabi hidup masa rasulullah?

      naaahh, i don’t want to debate about that. neither of us qualify pon. just about penangkapan tuh, naper tangkap dulu baru explain? jais nk jd mcm ISA ker? mana punya undang2 bgtw jais ada kuasa tangkap dulu sebelum ader bukti kukuh.

      u see, in the eye of public, jais mmg memalukan muslim in Malaysia. again, i don’t mind dia nk tangkap sapa2, but pls be consistent! jgnla tangkap arini sbb dh tau dia salah, then lepaskan balek & say sorry? what kind of stand is this?

      if because of politics, in the first place xpyh la tangkap sbb dh tau kalah. monitor & just educate ppl je la. and who are u to say us here melayu haprak? u say like confirm u masuk syurga? pathetic, & typical emotional malay.

    2. suffian Avatar
      suffian

      penuh emosi.dihaprakan bangsa melayu.dia ja faham.dia ja tau mana betul salah.tersingkap aib mu

    3. Amer bin Hamzah Avatar
      Amer bin Hamzah

      Saya sokong pandangan saudara. Pegawai Jabatan Agama ada otoriti. Ada otoriti maknanya ada ilmu dan kelulusan.

    4. azam Avatar
      azam

      ceh zabada… JAIs dah bikin malu org Muslim pun kau Nk sokong?
      Buleh bg Bukti x dr Asri 2 waHabi??..
      jgn maIn tuduh,Islam memerlukan umat y berkata benar dalam berbicara taw..
      aii begitu senang ja tuduh org sokong pemikiran setan?
      Dr Asri bila berhujah sentiasa rujuk Al-quran dan hadis..
      dan menyuruh kita melakukan amalan yg di ajar oleh nabi..
      yg xda xyah pandai2 nk buat.. kita bukan nabi pun..
      tak kan itu pun ang nk tudunh pemikiran syaitan??
      ang nk yg macam mana lagi??
      maaf teguran agak kasar..
      tapi kami umat islam yg memerlukan hujah dan bukti dalam berbicara.. sbb Allah akan soal di kemunian hari =)

  14. elsi Avatar
    elsi

    salam..sy da bace komen tuan2 di atas yg rate2 myalahkn jais..bg sy ,dr maza ni tetap salah..kalo masuk umah org x bg salam,xminta izin pe hukumnye? adakah negeri selangor ni xde pemerintah?(tuan umah).xkire la pangkat phd ke,phz ke tp akal kene pakai gak,macamane nak jd cth kalo diri sdiri blum btul??

    1. Zakir Avatar
      Zakir

      this is another typical thinking.

      u see, kebenaran untuk berdakwah really depend on which country u r leaving. look, arab saudi & mesir yg kunun gila islam pun tangkap pendakwah. siap bunuh lg. penah dgr imam hassan al-banna? agk2 which part yg makes dia sesat & deserve kne bunuh? just because dia ada pengaruh sbb dakwah yg dia bwk diterima ramai?

      pemerintah is pemerintah. today pas ckp tak bebas nk berceramah sbb kne mintak permit. and start la talking abt hak & freedom. believe me, once dia jd pemerintah pon, they will do the same to others.

      again, i’m not debating dr maza ni betol ke x. i’m pandai enaf tuk amek mana yg bgus and buang yg buruk. never underestimate muslim in malaysia just because u think u r so smart ok. btw, u dh mtk kebenaran before post ur comment here? haha… i pn xmtk kebenaran gk…. internet is free right?

    2. Amer bin Hamzah Avatar
      Amer bin Hamzah

      Status bekas Mufti bukan satu lesen besar untuk bercakap kat mana mana yang perlu kebenaran dan keizinan. Kenapa masa jadi Mufti tak buat kerja kerja dakwah yang tertakluk dalam senarai tugas. Masa jadi Mufti tak berusaha untuk meluluskan tauliah atau mengadakan majlis yang perlu ada tauliah. Tapi semasa dah tak kerja dengan pihak kerajaan yang berkuasa baru nak tunjuk tugas yang sepatutnya djalankan semasa jadi Mufti.

      1. azam Avatar
        azam

        salam.. penat.. saya pikir kalau ada ramai lagi org
        macam amer & zabada kita org islam xbuleh maju la…
        berhujah tanpa bukti..
        ini akan terus memalukan kita umat islam di mata non-muslim..
        perlukah kita hamba Allah memerlukan
        lesen bila kita hendak menyampaikan ajaran Nya??
        Buleh bagi bukti x Dr Asri x menjalankan tugas
        semasa menjadi Mufti??
        kalo x saya anggap ini satu fitnah..
        please la… cakap yg benar.. i hate when ppl always talk like shit..

        1. zel Avatar
          zel

          u pun talk shit jugak

  15. siti hajar Avatar
    siti hajar

    Salam, (bagi salam dulu kat tuan blog, konon2 mintak kebenaran…hi hi hi)

    Ramai yang tak suka atau kondem Dr Asri, saya tengok hujah mereka lebih kepada emosional dan atas serangan peribadi( walhal tentu mereka belum pernah berjumpa dan bersembang dengan beliau- saya pernah) teringat semula kisah seorang sahabat yang terikut2 mengutuk Nabi SAW, dan bila beliau berjumpa sendiri dengan NabiSAW yang beliau tak kenal pun, selepas dibantu oleh baginda dalam satu urusan di Mekah ketika itu, barulah beliau akui pandangannya salah dan terikut2 dengan ‘pembawa cerita’…
    Banyaklah saya tengok komen2 mereka yang memusuhi Dr Asri, semuanya tak berdasarkan kepada hujah yang mantik. nampak sangat diorang ni tak belajar pengantar pemikiran masa kat U dulu, (semua kenyataan diambil daripada pihak ke3)… satu lagi, diorang ni nampak sangat tak tau sejarah pun, tak pun ambil fakta sejarah daripada sumber tak sohih… nak gelak pun ada… namun apa2 hal, saya jemput semua ke Perlis. lihat sendiri amalan orang Perlis… orng Perlis kalau pergi buat haji tak la kelam kabut, sebab dia orang faham, amal dan boleh menerima keluasan ilmu…
    JOM ke Perlis (negeri yang kononnya wahabi)
    boleh baca artikel nih.. http://inapperlis.wordpress.com

  16. Amer bin Hamzah Avatar
    Amer bin Hamzah

    Saya harap Siti Hajar ni bukan ler Siti Hajar ibu pada nabi ismail. jadi ulasan Siti hajar ni tak relevan langsung. Jika betul Siti Hajar ni seorang wanita, rasanya saya nak ngurat dia.

  17. Siti Hajar Avatar

    “Kenapa masa jadi Mufti tak buat kerja kerja dakwah yang tertakluk dalam senarai tugas. Masa jadi Mufti tak berusaha untuk meluluskan tauliah atau mengadakan majlis yang perlu ada tauliah. Tapi semasa dah tak kerja dengan pihak kerajaan yang berkuasa baru nak tunjuk tugas yang sepatutnya djalankan semasa jadi Mufti.”
    Wah beraninya membuat tuduhan… terbukti, orang yang mengomen tak pernah kenal lansung DrMAZA. Lagi pengalaman saya yang naif ni… tak pernah kami bersembang dengan DrMAZA hatta bersantai di kedai kopi tanpa beliau mengutarakan isu umat Islam… berdasar pengalaman kami bekerjasama membuat program dakwah dengan DrMAZA (ketika beliau menjawat jawatan Mufti), tak pernah pun beliau menerima saguhati, bukan nak taksub, tetapi hakikat, selama pengalaman kami, x pernah jumpa ustaz atau penceramah yang menolak pemberian saguhati, yang sememangnya hak mereka…. akhlak beliau yang sekecil ini menampakkan kesungguhan dan keikhlasan beliau berdakwah, harap DrMAZA tak baca komen saya ni… harap tuan Amer diberi peluang oleh Allah SWT untuk berjumpa dan berurusan dengan insan istimewa, DrMAZA…insyaAllah.. your view will turn 360′

  18. kumang Avatar
    kumang

    jgn suka menuduh org sesat…selagi ajaran itu ada sandaran pada Al Quran dan hadis yg kuat…kita kena dengar…itu pandangan beliau..terpulang pada u…u x kan sesat kalau u pegang Al Quran dan sunnah…tetapi kalau u berpegang pada pendapat yg tidak ada sandaran pada Al Quran dan hadis di situ akan ada ruang utk kesesatan…ramai di kalangan golongan agama yg mereka reka agama..jadi kita kena rujuk balik pada sumber yg asal …itu saja yg di perjuang kan,,,sefaham saya la…

  19. Sheila Avatar
    Sheila

    Salam. Out of curiosity, I surfed the internet to find out about Dr MAZA talks; very enlightening and I couldn’t agree more with him. After all, he gives people choices… not telling people to be his great followers. Forgive me, for I am still trying to enlighten myself with all Dr MAZA talks on youtube. Anyway, keep up the good work ustaz and may Allah be with you. Insyaallah, for what you fight for in what you believe in to be the best way to do your preaching, in imparting your knowledge of Islam , you will succeed in the end. My prayer is with you, uztaz.

    1. wahabi sesat Avatar
      wahabi sesat

      ini bukan masalah tauliah atau tidak..ini masalah pokok yakni masalah aqidah..pergilah fhm dulu antara perbezaan wahabi ahlul sunnah wa ja maah dulu..beguru biar ramai

  20. Hussaini Avatar
    Hussaini

    Jgn lihat siapa yg bercakap tetapi lihat apa yg dicakap..
    Rasulullah s.a.w ditugaskan menjadi contoh bagi kita menjalankan ibadah.. Jadi xsalah klu Dr. Asri gesa kita ikut cara rasululluh s.a.w dlm cara beribadah melalui pemahaman tentang Hadith dan Al quran yg menjadi kepakaran beliau… Klu bab2 muamalat nih ikut la sapa pun asalkan x langgar hukum syarak..

    Comment saya : Sama2 belajar dgn sabar dan memohon hidayah daripada Allah S.W.T agar diberi petunjuk.. jgn mudah menyesatkan org.. mana tahu di akhir hayat nanti kita lebih sesat dari org yg kita sangkakan sesat.. apapun System Pendidikan Malayisa perlu di islamisasikan.. Back To Basic/Fitrah.

    1. che siti Avatar
      che siti

      JAIS tahan bukan masalah tauliah tapi masalah aqidah si Dr Maza. Moga Allah memberinya taufiq kerana Taufiq itu sebesar-besar nikmat Allah kepada hambanya….amin….

      1. soleha Avatar
        soleha

        Dr Maza ( Dr Asri Zainul Abidin) adalah seorang yang begitu dedikasi dalam menyampaikan kuliahnya. Ketabahannya seperti Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah. Tetapi sayangnya ada kesilapan dari sudut Aqidah. Sedikit sahaja kesilapannya tetapi aqidah yang rosak itu menyebabkan iman juga tidak sah. Semoga Allah memberinya Taufiq seperti yang didoakan oleh Che Siti…

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          awat pakai 2 nick name lain2?

  21. soleha Avatar
    soleha

    Taklah, member sebelah-sebelah. Tak salah sama-sama mendoakan orang lain. Bukanlah Dr Maza seorang yang beraqidah begitu. Ramai lagi tokoh agama dipengaruhi fahaman ini. Kami tak putus-putus mendoakan kerana doa itu senjata orang mukmin..Doa adalah tanda kasih sayang kami sesama Islam….

  22. che siti Avatar
    che siti

    Wahai semua penyokong Dr Maza! Ingatlah bahawa iblis itu asalnya ketua segala malaikat. Ibadahnya melebihi kesemua malaikat lain. Iblislah yang mengajar Tauhid kepada sekelian malaikat. Namun dia sentiasa menganggap dirinya dan perbuatannya betul. Takburnya si Iblis sehingga sanggup melawan perintah Allah untuk sujud sebagai memuliakan Nabi Adam a.s. Perintah sujud hanyalah untuk memuliakan bukanlah menganggap Nabi Adam itu tuhan. Ingatlah, didalam hadis Qudsi Allah menyatakan: Takbur itu selendangku, sesiapa yang memakai selendangku ( maaf tak boleh teruskan….sedih yang teramat….hu…hu…..)

    1. TaurusBoy Avatar

      Salam..
      Nak tambah sikit..
      Iblis bukan dari golongan Malaikat. (Malaikat takde nafsu, bila takde nafsu, takde lah ego.)
      Malaikat dijadikan dari Cahaya
      Iblis adalah dari golongan Jinn yg dijadikan dari api.

      Al-Kahfi Ayat 50
      http://quran.com/18/50

  23. soleha Avatar
    soleha

    Mengapa JAIS tidak berterus terang mengenai Aqidah Dr Maza yang rosak ini? Kerana ia ada bersangkut paut dengan seorang raja berpengaruh di dunia. Malahan pakatan raja tersebut dengan kuasa terbesar dunia telah menyebabkan berlakunya penzaliman sesama Islam yang maha dahsyat yang kerapkali menitiskan air mata orang Islam sedunia, lebih-lebih lagi air mata rakyat Malaysia yang terkenal dengan baik budi dan akhlak sehingga berbondong-bondong warga asing menumpang mencari sesuap nasi ( bukan setakat sesuap, malah mengumpul harta lagi! ). Oleh kerana menghormati hak Malaysia sebagai negara berkecuali, wajarlah JAIS merahsiakannya. Wajar juga kami merahsiakannya demi keamanan Malaysia, tanah air tercinta. Kepada penyokong Dr Asri, kajilah sejarah…Kepada Dr Asri juga, kajilah sejarah….

    1. matrock08 Avatar
      matrock08

      emm,,gua setuju ngan ape yg saleha ckpkan nie,,, jais trpkse rhsiakan,,,kerana ia brsangkut ngan seorang raja yg kuat tu,,,malaysia trpkse untk tidak mengeluarkan fatwa wahabi haram,, sebab yg 1 tu laaaaa,,,,,wahai pengikut2 asri sila berguru b r ramai bkn setakat sorang je,,, mcm kitorang kat sini pndengar setia ceramah ustaz azhar di terengganu,,,,,,kalau ada yang mengatakannya sesat dan mempunyai bukti yg kukuh kami akan meninggalkannya coz kami mengikut yg ramai dan yang benar,,,bukan taksub dengan seorang je,, i love u ustaz azhar,,,

  24. soleha Avatar
    soleha

    Wahai Mommy Lina, dari gaya penulisan anda, saya tahu anda seorang yang amat prihatin, kasihan belas terhadap orang yang ditindas dan kasihan juga kepada si pelaku maksiat dari sudut jauhnya mereka dengan Taufiq dan Hidayah Allah serta dekatnya mereka dengan kemurkaan Allah. Begitulah adat si penulis buku. Halus jiwanya dan dapat menyentuh nurani si pembaca melalui sentuhan jarum emas tangannya….
    Lebih-lebih lagilah jiwa seorang mukmin yang hanya Allah dalam hatinya dan cukuplah Allah baginya, luar biasa sikap belas ehsannya walaupun zahinya garang seperti Saidina Umar r.a. Pernah Saidina Umar r.a. bertanya ‘adakah aku begitu ya Rasulullah saw’ ( terlalu garang melampaui batas? ) Jawab Rasulullah s.a.w dengan senyumnya : ‘Biarlah Umar ( dengan sikapnya ). Sesungguhnya Syaitan tidak akan menepuh jalan yang ditempuhi Umar.’

    Bukanlah maksud saya kita harus bersikap garang, memaki orang dengan haprak dan sebagainya tetapi sikap lembut dan kasarnya seseorang adalah sikap diri mereka yang telah terdidik dari kecil dan mustahil ( dari sudut hukum adat ) untuk diubah. Begitu juga dengan Saidina Umar ra. Sikap kasar kurniaan Allah s.w.t padanyalah yang membuatkan semua kafir takut hendak menganiaya Umat Islam. Malah Saidina Umar ra adalah antara dua orang Umar (dia dan Abu Jahal) yang didoakan oleh Nabi s.a.w. agar diberi hidayah.

    Wahai Mommy Lina ! Sebagai seorang penulis buku dan sebagai seorang perempuan, kita dikurniakan Allah dengan sikap penuh kelembutan dan merasa kasihan terhadap orang lain. Ingatlah, bagaimana seorang perempuan ( Siti Khadijah r.a.) dengan kekuatan emosinya, dapat memberi semangat dan perangsang kepada kekasih Allah sa.w.t. Beliau membenarkan Rasulullah saw tatkala orang mendustakannya. Siti Aishah r.a. juga adalah seorang yang menjadi ikutan para sahabat r.a. dalam kesungguhan menuntut ilmunya. Malah beliau menjadi tempat rujukan Ibnu Abbas r.a. dalam ilmu mentakwilkan Al Quran selepas wafatnya Rasulullah s.a.w. Ilmu Ibnu Abbas itu diajarkan kepada para sahabat yang lain. Para sahabat menyampaikan kepada pengikut sahabat dan berterusanlah sehingga sampai ilmunya kepada kita.

    Ilmu-ilmu beginilah sumber kepada ustaz-ustaz, mufti-mufti dan kesemua orang Islam serata dunia kerana kita tidak dapat memahami ayat-ayat Al Quran dan hadis yang Mutasyabihat dek kerana ceteknya ilmu kita. Sebab itu wajarlah kita mengikuti ilmu-ilmu penerangan mengenai Al Quran dan hadis yang telah pun dibuat oleh Imam 4 mazhab yang besar dalam fekah seribu dua ratus tahun yang lampau dan dua orang Imam mazhab terulung dalam Tauhid.

    Janganlah ada terdetik di hati kita bahawa pendapat imam itu tidak relevan dan tidak boleh dipakai kerana mereka bukan sebarangan orang. Takutnya mereka kepada Allah melebihi kita semua. Benarlah seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling takut di antara kamu di kalangan umatku adalah ulama.”

    Saya terlalu amat sedih kerana Umat Islam diperkotak-katikkan oleh musuh Islam sejak dari lingkungan tahun 1800 lagi dan berterusan sehingga sekarang. Sedihnya saya bukanlah dari sudut engkar akan taqdir dan kehendak Allah s.w.t tetapi sedih dari sudut kepincangan aqidah dan maksiat di bumi.

    Wahai pembaca budiman, sekiranya rosak Aqidah, berkekalan di neraka tempatnya kerana Aqidah yang rosak umpama si penyembah berhala. Si pelaku maksiat pula neraka tempatnya tetapi akan dimasukkan ke syurga sekiranya sudah selesai menjalani hukumnya. Tetapi tidak mustahil sekiranya mereka dimasukkan ke syurga berkat syafaat Rasululah s.a.w kerana mereka adalah hak Allah. Terpulang kepada Allah hendak mengazab atau tidak. Begitu juga kita. Kita kepunyaan Allah. Nampak pada zahirnya kita taat dan akan dibalas Syurga tetapi syurga dan neraka itu hak Allah s.w.t. Tidak mustahi kita akan dimasukkan ke dalam neraka, minta di jauhkan Allah s.w.t….

    Marilah kita bersikap kasihan dan saling menyayangi sesama Islam dengan mendoakan dan menegur saudara seislam kita kerana itulah sikap Junjungan Mulia, Rasulullah sa.aw. Sikap penyayang dan belas kasihannya baginda sehingga sanggup meminta agar Allah mengampunkan kesmua umatnya di akhirat sedangkan nabi lain takut murka Allah dan menjawab diriku…diriku…

    Sikap kerendahan hati Rasulullah saw jugalah yang menyebabkannya diangkat menjadi Kekasih Allah kerana baginda ketika ditanya Allah dalam sebuah Hadis Qudsi: “Siapakah engkau?” Dijawabnya “Aku hamba Allah”. Sedangkan nabi yang lain menjawab dengan gelaran ‘ana ruhullah’, ‘ana khalilullah’ dan sebagainya.

    Sikap kerendahan hati Rasulullah s.a.w juga yang menyebabkannya boleh berlumba lari, dimarahi Aishah r.a. ( sehingga Abu Bakar ra hendak menempeleng Aishah ra ) dan boleh mendengar pandangan sahabat dari hal dunia.

    Namun, Rasulullah s.a.w penyayang kepada orang Islam tetapi keras terhadap orang kafir. Bukanlah maksud keras itu berperang dengan kafir zimmi, tetapi bermaksud tidak sesekali bermuafakat dengan mereka dalam hal agama dan pemerintahan. Namun baginda tidak menafikan hak mereka ( hak beragama seperti adanya gereja, hak menjadi pemimpin sesama kafir dan hak diri mereka ).

    Jihadnya Rasullulah s.a.w adalah kerana orang kafir telah melampaui batas dan menafikan hak kebebasan beragama dan hak diri seseorang Islam di negara Islam.

  25. soleha Avatar
    soleha

    SEKARANG INI, CUBALAH PEMBACA LIHAT BAGAIMANA DOKTRIN WAHABI MERACUNI PENGAMAL IDEOLOGINYA. MEREKA SANGGUP BERBUAT APA SAHAJA, BERMUKA-MUKA, MELOMPAT PARTI ATAU APA SAHAJA ASALKAN MATLAMATNYA TERCAPAI.

    YANG KASIHANNYA ADALAH ORANG SEPERTI KITA YANG ALPA MENGAJI KITAB DAN ORANG SEPERTI DR MAZA, REFORMIS ISLAM, MINDA TAJDID, SALAFIAH MODEN YANG BELAJAR KITAB YANG TELAH DITUKAR ISINYA OLEH SESEORANG PADA 300 TAHUN YANG LAMPAU…….

  26. soleha Avatar
    soleha

    Dear Mommy Lyna,
    Masyarakat Islam di London telah lama menyedari rancangan jahat ini. Hanya Malaysia sahaja yang tidak mendapat pendedahan dek kerana lembutnya akhlak rakyat Malaysia dan sangka baiknya kita kepada sesama Islam. Untuk keterangan lebih lanjut, sila hubungi surf DR MUHAMMAD AFIFI AL-AKITI…

  27. awe Avatar
    awe

    salam,mmg patut pun dia tu kena tangkap,yang dia pergi sebar benda yg tak molek,sampaikan ulama pondok pn dia hina,hebat sangat ke dia,alim sangat ke dia,dulu pakaian berjubah,sekarang ala2 pakaian yahudi,.nak tnya bg yg tahu,apa hukum nya pakai tie,..

  28. amiyanzi Avatar
    amiyanzi

    dari dulu sampai sekarang…kerajaan dan ulamak(TIDAK BERSEPENDAPAT)
    AGAMA DAN KEJUJURAN ITU MEYAKITKAN BAGI MERAKA YANG BERKEPENTINGAN…………SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN…………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge