,

Kembara Jejak Rasul di Jordan

admin Avatar

Saya memang teruja nak ke Jordan, walaupun pada mulanya sangat berdebar kerana tak pernah jejak kaki ke mana-mana negara Timur Tengah kecuali Arab Saudi. Alang-alang sepupu saya sedang belajar dalam bidang pergigian di Jordan University of Science & Technology (JUST) di Irbid.

Kami bertolak ke Amman dan Doha dengan pesawat Qatar Airways. Perjalanan hampir 3 jam, dan kami tiba di Queen Aliaa International Airport dalam jam 1.30 petang macam tu. Jadi saya ambil kesempatan menunaikan solat Zuhur. Tiada orang dalam surau, saya solat seperti biasa, jamak takdim dengan Asar.

Ada kisah sebenarnya, saya tak sedar saya tersalah kiblat. Hanya sedar semasa solat di situ sekali lagi sebelum bertolak dari Amman ke Kaherah. Dari kejadian itu menjadikan saya lebih berhati-hati dan apply tips tentukan arah kiblat bila ke luar negara seperti dalam entry ini.

Kami memandu sepanjang berada di Jordan, jadi kami sewa kereta dengan servis yang ada di airport. Sepanjang saya menyewa kereta di beberapa negara seperti di Australia, Qatar, UK, Switzerland… bolehlah saya nak kata bahawa kereta sewa di Jordan ni adalah yang paling teruk. Aircond rosak (bayangkan panasnya di Jordan tu), tayar bocor, pintu tak boleh buka. Tapi OK jelah, mungkin keadaan kereta macam tu yang sesuai dengan keadaan jalan dan cara pemanduan orang-orang sana.

Dapat je kereta, kami terus bergerak dari Amman ke Madaba. Madaba adalah bandar lama yang wujud sejak zaman Logam, terletak dalam 30 kilometer dari Amman. Perjalanan dari Amman ke Madaba, dihidangkan dengan pemandangan tanah pertanian yang luas.

Madaba ni terkenal dengan gelaran ‘Bandar Mozek’ kerana banyaknya tinggalan mozek yang ditemui di situ termasuklah peta yang dibuat dari mozek. Bandar ni, sama seperti bandar-bandar lama, jalannya kecil-kecil.

Kami menginap di Rumman Hotel (Rumman, maksudnya delima dalam Bahasa Arab). Hotel ni sangat best, bukan saja selesa, ada wifi percuma, staff-nya juga sangat peramah dan membantu.

Kami cuma menginap satu malam saja. Keesokan harinya kami memandu menuju ke Selatan. Menyinggah di beberapa tempat bersejarah seperti Gunung Nebo, Uyun Musa dan Laut Mati. Sebelum memasuki kawasan Gunung Nebo, kami diingatkan supaya tidak membuang sampah kerana di situ adalah kawasan Holy Land.

Menurut kepercayaan Kristian, dari puncak gunung inilah Nabi Musa menundingkan jarinya ke arah The Promised Land (Palestin), kerana Tuhan tidak mengizinkan lagi Bani Israel masuk ke sana. Nabi Musa dikatakan wafat setelah itu, dan dibumikan di Jordan Valley, namun makamnya tidak diketahui di mana.

Dari puncak gunung ini kita boleh lihat lembah Jordan (Jordan Valley), Sungai Jordan, Laut Mati, dan Al-Quds (Jerusalem). Selepas tu kami turun ke Lembah Jordan dan berhenti di Uyun Musa. Dikatakan Nabi Musa memukul tongkatnya lalu keluar mata air yang masih mengalir hingga ke hari ini.

Jalan-jalan di kawasan pergunungan di Jordan memang agak menggerunkan. Sempit, tak ada pagar, dan menurut orang sana, kemalangan jatuh gaung tu selalu berlaku (ingat tak kisah pelajar Malaysia yang kemalangan semasa kembara di Petra beberapa tahun lalu?). Saya memang senyap je kalau melintas kawasan pergunungan. Rasa lemas dan sesak di dada. Dalam perjalanan kami tu pun ada bertemu dengan kemalangan jalan raya.

Kemudian, kami sambung perjalanan ke Laut Mati. Sebenarnya, ada banyak pandangan tentang melawat Laut Mati. Ada pendapat yang melarang melawat kawasan yang diazab Allah, kerana Rasulullah melarang menjejakkan kaki ke kawasan yang pernah diazab Allah. Laut Mati adalah tempat kaum Nabi Luth yang melakukan aktiviti homoseksual (seks sesama jantina) dan diterbalikkan bumi ke atas mereka.

Namun, ada pendapat yang membenarkan melawat Laut Mati kerana ia sudah tidak tinggal apa-apa lagi… tidak seperti Kota Madyan (kaum Nabi Hud) yang masih ada sisa tinggalannya.

Walau bagaimana pun, kalau nak melawat ke tempat sebegitu (Laut Mati), lakukanlah dengan niat nak mengambil pengajaran, semoga kita mendapt manfaat dan hidayah.

Bercakap tentang kaum Nabi Luth, dari apa yang saya baca dari beberapa buku, review dan papan tanda yang ada di Amman, Jordan adalah salah satu destinasi di Timur Tengah untuk mereka yang ada masalah naluri songsang. Naudzubillah min zalik. Dan saya tak pasti apakah makna Laut Mati buat mereka… (muzium di sana banyak tampilkan kisah Biblical Story berbanding kisah dari Quran).

Kenapa saya cerita benda ni? Supaya kita semua boleh sedar tanggungjawab kita. Tak guna kalau nama saja negara Islam tapi kita cara hidup kita lain macam. Islam ini ad-deen, bukan sekadar anutan. Di Malaysia ni, kalau kita tak jaga, siapa lagi nak menjaga.

Laut Mati memang happening dengan remaja dan keluarga orang Jordan berkelah, main air, main muzik. Remaja Jordan dari pemerhatian saya, lebih kurang remaja kita. Pakaian mereka tak macam orang Timur Tengah lain (biasa nampak Mak Arab pakai jubah dan tudung hitam). Mereka ni pakai baju warna-warni macam remaja kita di Malaysia.

Mereka juga suka siul-siul, usik dari jauh. Tapi bila kita senyum balik, mereka pula yang tersipu 🙂

Di Laut Mati, saya cuba juga celup tangan. Memang terasa sangat kegaramannya. Airnya berlengas, bila diangkat, terus meninggalkan kesan garam di tangan. Suami pun cuba berenang, memang terapung di dalam airnya.

Selepas berada lebih kurang sejam dalam kepanasan di Laut Mati, kami meneruskan perjalanan. Sempat menyinggah di beberapa wadi yang terdapat di sepanjang jalan ke selatan. Sempat juga singgah di Muzium Nabi Luth. Terdapat signboard yang menunjukkan arah ‘Lot’s Cave’ (mungkin gua tempat Nabi Luth berlindung bersama anak perempuannya semasa Allah memusnahkan kampung mereka), tapi tak berani nak masuk kerana jalannya kelihatan sangat teruk.

OK saya berhenti di sini untuk kali ni. Nanti saya sambung lagi dengan kisah di Petra.

Foto… minta maaf sebab handphone saya yang terisi gambar-gambar di Jordan mengalami masalah, saya terpaksa format dan memadam kesemua gambar yang ada T___T

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Kembara Jejak Rasul di Jordan”

    1. admin Avatar
      admin

      husband kak Anah mesti lg banyak cerita Jordan yang tak ada dalam buku kan.

  1. emalinmohd Avatar

    Banyaknya ilmu dapat dengan pengembaraan. Tak tahu pula ada beberapa pendapat tentang ziarah Laut Mati.

    1. admin Avatar
      admin

      Jordan rasa sangat dekat di hati sebab ape yang kita baca, kisah Nabi2, kebanyakan ada kat situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge