admin Avatar

Kehamilan minggu ke 26 … detik2 mendebarkan kerana 2 tahun lepas pada minggu ke-26 saya dimasukkan ke hospital kerana kontraksi pramatang (melahirkan Fahry 2 minggu selepas itu). Kebetulan ia berlaku pada bulan yang sama (Disember).

Minggu ke-26 kali ini diraikan oleh si kecil ini dengan kesakitan pada bahagian kiri perut saya. Masa tu saya baru selesai urusan di Pejabat Pos, dan hajatnya nak beli barang-barang di Cold Storage. Baru saja ambil bakul, rasa dah tak boleh nak berjalan atau berdiri. Sebab tak ada kerusi, saya duduk bertinggung buat-buat pilih barang. Masa tu saya SMS suami memberitahu yang perut saya sakit macam dihiris, tapi bukan contraction.

Saya gagahkan berjalan perlahan-lahan hingga berjumpa tempat duduk. Masa duduk pun sakit juga. Suami datang dan membawa saya ke klinik. Doktor memeriksa heartbeat baby, semua OK. Urine test untuk UTI (kencing kotor) pun negatif. Katanya mungkin angin, kerana memangΒ  badan saya sangat berangin sekarang.

Braxton hicks pula semakin kerap sejak masuk minggu ke-25.

Apabila bertemu dengan Gynae saya, Dr Seri Suniza, beliau memberikan dos Duphaston untuk mengurangkan aktiviti uterus dan Braxton Hicks. Braxton Hicks adalah perkara biasa apabila berada di akhir trimester kedua, terutama bagi mereka yang sudah pernah melahirkan anak, tapi bagi kes saya kerana ada history, ia dianggap berada dalam kumpulan yang agak berisiko.

Katanya kalau saya dapat bertahan hingga lebih 28 minggu pun dah cukup bagus.

Dua kali sehari selama sebulan, saya mula mengambilnya pertama kali, dan merasakan agak relax. Perut tidak mengeras lagi dan lebih selesa rasanya. Tapi pada malamnya tu saya bedrest, maka tak dapatlah pergi Red Carpet di Empire Mall untuk meraikan leader Shaklee πŸ™

Semoga adik boleh bertahan sampai cukup bulan ya… πŸ™‚

admin Avatar

12 responses to “Kehamilan Minggu ke 26”

  1. Asiah Abd Jalil Avatar

    Selalu berfikiran positif, jangan asyik fikir yang bukan-bukan tentang kandungan. Emosi kita boleh mempengaruhi otak yang kemudiannya akan mempengarusi reaksi tubuh badan kita.

    Instead of selalu teringat-ingat history Along mengandungkan Fahry, which is dengan kehendak Allah berlaku kejadian 1 dalam sejuta kelahiran, apa kata Along selalu memikirkan history mengandungkan Hafiy. Along berjaya sampai ke minggu 40, bersalin normal without complication, delivered a healthy boy. Dalam kata lain, Along pernah lakukannya dulu, dan Along akan berjaya lakukannya lagi kali ini.

    Have a safe wonderful journey ahead! πŸ™‚

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak pernah pun fikir bukan2. dunno why does it happened gitu. so just take precaution je, in case kalo jadi lg, dah prepare. nak positif sgt pun xbole jugak, prepare jugak for the worse kan so that xdela rasa tertekan sgt hehe.

  2. Nadiah Sidek Avatar

    mudah2an baby lyna & baby kite sihat2 aje sampai saat bersalin nnt. kite sekarang 24 weeks :). doakan kite juga ye..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      “sampai cukup bulan” is better kot, sampai bersalin, bile2 pun bole besalin πŸ™‚

      1. Nadiah Sidek Avatar

        hee..maksudnya mcm tu la..ehehe..

  3. el Avatar

    Kami doakan segala2nya dipelihara Allah. Jangan Stress2 ye long….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kena stress sikit, barula bole rest. kalo tak, dah pegi ke mana2 dah weekend ni hehehe.

  4. isabelle Avatar

    jgn kata lyna… saya yg xde history ni pun cuak je spjg masa dlm bulan terakhir ni.mklm la tiap pregnancy, lain citenyer…

    anw, moga kali ni segalanya dipermudahkan buat lyna

  5. Amyz Avatar
    Amyz

    Insya Allah. Amin.
    Mudah-mudahan dipermudahkan utk ibu & baby. πŸ™‚

  6. salzahari Avatar
    salzahari

    yer Lyna..betul kata kak Asiah..cuba bila terfikir risau tu, divertkan fikiran tu fikir yg excited. yes, doa utk cukup bulan dan sihat sempurna pastikan dlm solat! πŸ˜‰ I pun mcm tu time Aliah, paranoid memanjang tp time Amani try to stay as calm as can be..Alhamdulillah rasa lebih relaks.

  7. Sarah Avatar
    Sarah

    amin..insyaALLAH…kena kuat semangat n jgn pikir negatif..moga kedua2 selamat hendaknyer..happy dgr nk ada baby…harap2 saya pun leh pragnant lagi tuk kali ke-2…insyaALLAH nk baby gurl lak:)

  8. kakyong Avatar

    kakyong doakan semoga kali ini dipermudahkan buat lyna .. jika tak cukup 40 minggu pun 36/37 weeks pun dah cukup okay.. kakyong 3 kali bersalin, 3 kali pada minggu ke 37 1 hari…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge