,

Kambing Untuk Akikah Fahry

admin Avatar

Alhamdulillah, selesai sudah tanggungjawab akikah kami terhadap Fahry. Kalau Hafiy dulu dibuat 14 hari selepas kelahiran beliau (hari ke-7 Aidilfitri, so defer to the next weekend), Fahry pulak 7 bulan lepas dilahirkan, atas sebab2 tertentu. Kali ni pun kami langsaikan di Kelantan, sebab mudah lagi memudahkan urusannya, tambahan pula Fahry belum balik Kelantan lagi.

Kami bergerak ke KB pada petang hari Jumaat, lepas Abiy balik dari ofis, bersama Mok Ngoh. Mok Ngoh turun dari Melaka untuk join kita balik kampung. Mak Ngoh Asma’ patut ikut sama tapi tak jadi sebab dia ada kelas hari Sabtu. Mak Ngoh Asma’ adalah sepupu Mommy yang tengah studi di USIM.

Alhamdulillah perjalanan sangat bagus. Macam biasa la sebelum bergerak kita periksa keadaan kereta… dan baca doa mulakan perjalanan. Berhenti di Petronas selepas Genting Sempah untuk solat & beli bekalan. Pastu teruskan perjalanan & dinner kat R&R Gua Musang. Biasanya kami balik kampung masa raya so R&Rnya Ya Robbi, memang penuh! Tapi kali ni weekend biasa je, so kepenuhannya pun biasa je la. Cuma yang kurang best kat situ takde tempat salin diaper baby. So Mommy salinkan kat surau (ini direkomen oleh akak yang kerja kat situ).

Santapan yang kick di R&R ni ialah sup tulang. Yummy!!!

Lepas tu kami terus berjalan dengan lancar, hinggalah jem yang hamat kat satu point di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, near to Manek Urai. Ada funfair expo apa entah. Ramai betul orang. Ingatkan ada eksiden, rupanya pesta. Kelantan sekarang banyak expo. Kat stadium pun ada expo.

Sampai rumah, keadaan macam baru lepas hujan. Mak Tok kata before tu hujan lebat & petir berdentum2 sampai rosak fius main switch. Mujur Tok Ayah godek2, dapat hidup balik, tapi esoknya kene panggil orang datang repair la. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar je tadi, tak berparok (terserempak) dengan hujan petir.

Malamnya Mak Tok kupas buah labu untuk dibuat sira esoknya.

Fahry buat kejutan pulak. Biasanya pegi tempat baru dia menangis tak hengat tapi kat umah tu dia senyum2 je. Ralit main dengan Tok Ayah. Hafiy pulak, mula2 “Mii…. Mii..”, pastu bila nampak deretan kereta mainan Pak Su, terus “Wow! Car! Car Fy!! (Car Hafiy)” Terus lupa dunia sebab ingat akhirat.

Esoknya pagi2, Tok Ayah nak alihkan kambing akikah Fahry dari belakang ke depan. Sekali si kambing no. 2 buat havoc. Dia lariiii. Kesnya, Tok Ayah terlepas tali dia. Mujurlah belakang rumah tu ada parit besar yang tak boleh dilangkahi sesiapa, so dengan mudahnya Tok Ayah dapat tangkap dia semula.  Then, tambat dekat pintu pagar, kasi makan apa2 yang ada sebagai santapan terakhir sebelum jadi bahan santapan selepas ini hehe.

Pastu Tok Su Manaf datang, dengan Tok Bah & Pok Harun. Selamatlah kambing berdua itu disembelih dengan niat “Aku wakilkan akikah untuk anakku Fahry Al-Hazim kerana Allah Taala” (erk, macam tu la lebih kurang). Gambar kambing dalam kamera Mok Ngoh, nanti Mommy upload later2.

Tok Su Manaf adalah pakar menyembelih kambing. Kambing yang disembelih tak berbau, sampai ada yang komen “Apa makan kambing tak ada bau ni, tak feel la” hehehe. Tapi Mommy no komen sebab Mommy tak makan kambing. Makan kuahnya pun dah kembang tekak.

Kambing di Kelantan masih murah lagi. Seekor boleh dapat RM400. So dua ekor untuk anak lelaki, RM800. Belanja kenduri pun tak banyak sebab Nye sendiri yang jadi chef. Alhamdulillah, ramai yang datang hari tu, sampai malam pun ada lagi. Tapi lauk kambing aqiqah dah habis dah…

Akikah adalah sunat muakkad (sunat yang dituntut) yang dipertanggungjawabkan kepada orang yang menanggung seseorang bayi. So pada Fahry, akikah dilaksanakan oleh Abiy. Menurut pendapat ulama’, waktu paling afdal melakukan aqiqah ialah pada hari ke 7 dia dilahirkan, kalau tak boleh, 14 atau 21. Namun menurut beberapa ulama’, tak ada masalah nak dibuat bila2, selagi anak tu masih di bawah usia 2 tahun. Lagipun ia cuma sunat. Dan kalau tak mampu, contohnya tak ada duit sampai terpaksa berhutang, tak digalakkan melaksanakannya.

Digalakkan bagi anak lelaki 2 ekor kambing dan perempuan 1 ekor kambing. Tapi 1 ekor tak apa kalau tak mampu, cuma 2 ekor lebih afdal kalau mampu. Kalau lembu, setiap ekor kambing tu ditukarkan kepada bahagian. So lelaki 2 bahagian lembu dan perempuan 1 bahagian lembu. Kalau aqiqah dengan lembu ni lebih mudah dibuat masa raya korban sebab masa tu orang sembelih lembu. Bila orang lain niatkan lembu untuk korban, kita niatkan untuk akikah.

hafiy

Akikah adalah kerja yang menjaganya, bukan empunya tubuh. Kalau kanak2 tu tak di akikahkan, bila dah besar tak perlu nak akikah lagi tapi dia boleh buat ibadah korban. Ini kerana tujuan akikah ialah satu sambutan kesyukuran atas kelahiran anak. Kalau dah besar, bersyukur sendiri lah kan 😀 tak perlu qada’2 aqiqah lagi. Tapi kalau nak buat pun boleh kalau mampu, cuma buat sendiri la tak payah suruh ayah buatkan.

Daging aqiqah digalakkan dimasak dengan resepi manis dan dijamu pada fakir miskin. Tapi kalau tak masak manis2 atau jamu pada orang kaya pun tak menjadi makruh atau apa. Malah ada ulama yang berpendapat, daging2 tu dibagi 3: 1 untuk sendiri (+keluarga), 1 untuk fakir miskin, 1 untuk orang kaya.

Sunat bagi yang buat aqiqah untuk merasa sedikit daging aqiqah, kecuali kalau buat aqiqah yang wajib dibuat, contohnya bila dia bernazar nak buat akikah, so tak boleh makan daging tu. Tapi ada juga yang berpendapat yang buat akikah tak boleh makan daging akikahnya (yang buat ni bapaknya la, bukan baby tu, memang sah2 la takleh makan).

Cemana pun aqiqah ni bukan wajib, dan tak diberatkan kalau tak mampu. Kalau masa kecil tak di aqiqah, tak perlu rasa susah hati atau perlu qada’, tapi kalau nak buat itukan lebih bagus. Dapat jugak pahala menjamu orang.

Ada orang masa aqiqah diadakan sekali dengan cukur jambul dan adat2 Melayu lain macam berendoi, etc. Kalau kami di Kelantan, tak ada semua berendoi bagai. Masa Fahry, kami buat solat hajat beramai2 & bacaan doa selamat. Tak ada masalah pun nak buat apa selagi tak bercanggah dengan syarak. Yang penting, aqiqahnya selesai…

Hikmah akikah adalah menurut hadis Rasulullah SAW:

Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah sembelihan untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) – HR Bukhari

Setiap anak perlu dipajakkan dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya

Sekarang boleh buat akikah di negara2 yang umat Islamnya susah seperti Kemboja, lebih afdal kiranya sebab mengikut sunnah pun lebih elok kita hantarkan daging akikah tu ke rumah fakir miskin & di tempat macam Kemboja sah2 orang miskin yang dapat (kalau kena tipu pun orang tu yang tanggung), tapi untuk anak2 (setakat ni) kami memilih untuk buat di sini saja untuk diraikan bersama keluarga & sanak saudara. Di samping penuhkan rumah dengan rahmat (kedatangan tetamu), dapat bersedekah pada jiran2 (bagi daging pada jiran2 yang miskin) dan tolong tambahkan pahala mereka2 yang datang selawat dan solat hajat tu 😀

Hari tu jugak Mommy dapat jumpa kawan sekolah menengah yang dah lama tak jumpa, Makcik Fatin. Cik Laney pun datang, singgah dari kenduri kawen Cik Tijoh (kawen jugak akhirnya…) & Makcik KV & Co. Hehe. Boleh tahan mesra mereka nih. TQ datang!

fahry aqiqahFahry dengan Cik Laney

Jadi dapatlah masyarakat sekitar Anjung Nenek mencicip kambing aqiqah Fahry.

*baru sedar yang ejaan Mommy tak konsisten, kejap K kejap Q. tak apa lah asalkan bacaanya sama.. are-key-kah.

admin Avatar

34 responses to “Kambing Untuk Akikah Fahry”

  1. isabelle Avatar

    mommylyna,
    xnak komen ke ttg …
    kalo anak lelaki buat 1 bahagian je apa hukumnya?
    .-= isabelle´s last blog ..Luxury-who doesn’t want it? But… =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hi isabelle,

      Dah cakap dah kat atas tu, takde masalah pun kalau bb boy buat sekor kambing, cuma kalau mampu elok buat 2 ekor. Kalau tak pun takpe, ia cuma sunat, bukan wajib. Even, mengikut Riwayat, cucu Rasulullah Hassan & Husein pun diakikah dgn sekor kambing setiap sorang.

  2. mirah Avatar

    Alhamdulillah dah selesai tu. Dah balik Kl semula ke nih?
    Sama lah kita lyna tak makan daging kambing.
    Btw, masih ada yang meremehkan aqiqah ni dan tak lupa juga yg berlebihan dalam meraikannya seperti dicampur dgn adat melayu yg pelbagai. Sebaiknya bersederhanalah.
    .-= mirah´s last blog ..perkhabaran kami =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ehe.mmg kembang tekak kalau dibuat gulai. Kambing bakar & lamb stew bolela tahan sikit.

      Betul Mirah. Besederhana & yg penting biar sah. Tak salah nak buat majlis lain sambut bb tp alang2, buatla akikah, dapat pahala dari sunat akikah tu.

  3. NaDiaH SiDeK Avatar

    safiyyah ms nk dekat sebulan umurnya dibuat aqiqah. buat kecil2 je sekali dgn cukur jambul. buat di selangor sbb sy berpantang di sgor 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry dah takde cukur jambul sebab dh botak. Hehehe.

  4. fedy Avatar

    lyna pon asal kelate ek.. kelate, KB kat mane?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Eh, Fedy asal sana gk ke? KB kat Kadok.

  5. mamaadib Avatar
    mamaadib

    Pengalaman saya time akikah kan adib betul2 awal, MIL/FIL kata nak buat lepas solat subuh.

    Saya ingatkan main-main jer, sbb ikutkan pengalaman tak pernah sebegitu awal,rupanya memang lepas solat subuh para jemaah datang untuk majis akikah.

    Sian my family,diaorg sampai pukul 8.30 terlepas majlis he he

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Wah yaka. Bila masa sembelih kambing?

  6. fid Avatar

    kambing kambing ohh kambing!
    .-= fid´s last blog ..Review – restoren di langkawi =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kambing is goat.

  7. kv Avatar

    ahaha..akak byk ckp ke ek? Hik hik

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hahaha. Tp masa sgt singkat x dan becerita lama2.

  8. farah Avatar

    alhamdulillah murah rezeki fahry nnt!

    kami pon buat akikah afif di terengganu..mmg belah2 pantai timur ni kambing murah sikit..lagipon kat sana acara cukur jambul dan akikahnye lebih simple dan mmg ikut yang wajib sahaja ….takde meleret2 dgn bende lain..husband saya prefer mcm tu….kalau tgk anak2 orang lain buat cukur jambul ngan aqiqah grand2 hehe..
    .-= farah´s last blog ..Hari minggu yang exhausted! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aha. Belah2 sana wt majlis simple2 je kan. Jimat pitis. Kah3x.

  9. babycomel Avatar
    babycomel

    akikah aina dibuat kat kemboja, kitaorg ikut pakej akikah anjuran ez-qurban…rm500 seekor kambing…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kitorang mula2 nakwat kat sana juga tp fikir family Kelantan tak tengok dia lg & belum raikan dia, buat akikah teruslah.

      1. babycomel Avatar
        babycomel

        InsyaAllah Kitaorg balik kg raya nie so nak tgu tu lambatle pulak so buat akikah dulu…benda baik elok didahulukan ye tak???

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          betul betul betul!

  10. Nur Avatar

    err..lyna..i’m confuse here. akikah utk kanak2 buat bebila masa asalkan sebelum baligh kan?tp lyna ckp seblm 2 tahun..camno tu ekk…ingat nk buat utk my 3 years’ old sekali dgn baby hujung tahun ni. tak boleh la ekkk..
    .-= Nur´s last blog ..Misi Durian Tangkai Panjang =-.

    1. babycomel Avatar
      babycomel

      Nur,

      saya dpt info nie kat http://www.korbanaqiqah.com.my/portal/aqiqah/

      “Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh). ”

      harap membantu…

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        Betul kak. Sampai baligh bole buat. Perasan juga ye. Hehe.

        Ustaz sy kata lebih elok diawalkan. Utamakan hari ke 7, kalo xdapat, hari 14, kalo xdpt hari 21, kalo xdpt, before kering nifas,if tak dapat, bfore 2 tahun & if dah lepas 2 thn bole buat bila2 sebelum baligh.

        Yg penting menepati tujuaannya. Ye tak?

      2. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        Oh ye,tq Rina 4 d input!

  11. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    mujor tok parok denge huje ribut petir tu deh.
    baby SN pong insya ALlah kalu bulih, kelik cuti rayo ni hajatnyo nok wat aqiqah dio..duk jepung ni x jupo cari kambing hehehhe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Wojik wak d Kelate dis? Ajok la ai.. Hehe.

  12. sya Avatar

    Alhamdulillah, dah selesai untuk fahry..
    darwisy ari tu buat sekor kambing je, sebab sekor lagi tak cukup umur.. jadi tak boleh dikira…
    nak tambah masa korban, tapi tak tambah lagi… 🙂
    .-= sya´s last blog ..pujaanku =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kambing remaja ye Darwisy hehehe.

  13. qay Avatar
    qay

    klo cik abg ku tahu ade kmbing msti sbuk nk soh g jg..nk pg mlm2 ritu tkut kndri dah bis..segan la juga nk pgi..hehe…

  14. Kujie Avatar

    Anak Kak jie, Intan ( 10thn ) pernah tanya…knp utk lelaki 2 ekor, utk perempuan seekor je….sebab lelaki kuat makan ke?

    hahahha…gelak sakit perut..anak2..tulus mulus soalannya…

    so terangkan le kat dia..lelaki byk tanggungjawap…along dgn angah tu kena jaga intan, kena jaga mama

  15. laney Avatar
    laney

    bulat mato dio kelih aunty yg comey huwarghh

  16. unknown Avatar
    unknown

    seronok lihat baby yang dah akikah tu…

  17. unknown Avatar
    unknown

    akikah ni walaupun hukumnya sunat, tapi sunat yang dituntut,atau muakkad.jadi setiap ibubapa atau penjaga hendaklah berusaha mencari rezeki untuk tebus syafaat setiap anak, sebab setiap anak yg dilahirkan ada rezeki masing2.ianya trpulang pada niat dn keazaman setiap ibubapa,jika kt ikhlas utk bersyukur kpd Allah, maka niat itu sendiri akn membuka chahaya rezki kita utk mampu menebus diri anak.hikmah nya amat besar bagi mereka yg memahami falsafah akikah ini kerana setiap manusia yg hidup dimuka bumi ini ada hak/hutang nya kepada ALLAH SWT yg mesti diselesaikan sebelum kt mati. hiraki penebusan setiap anak ialah samaada ayah nya atau datuk nya atau penjaga nya.anak lelaki dikenakan 2 ekor kambing kerana lambang tanggungjawab nya didunia ini kepada ibubapa dan isteri/keluarganya sendiri, sedangkan bagi anak perempuan 1 ekor kambing kerana tanggungjawab mutlaknya hanya pada suami dan keluarganya.namun meskipun kewajiban taat pada suaminya, dirinya tetap mampu memberi syafaat kepada kedua ibubapanya.berbanding lelaki perlu berbakti kpd 2 keluarga sekaligus dan jika berjaya, maka mampu memberi syafaat kepada ibubapa dan ahli keluarganya..

  18. Aziz Golden Farm Avatar
    Aziz Golden Farm

    Kami membekalkan kambing aqiqah cukup umur kelantan sekiranya berminat sila hubungi kami di talian…0139001412(aziz)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge