Jemputan ke Airashii Mummy Kawaii Putri

admin Avatar

Assalamualaikum & Hi

Airashii Mummy Kawaii Putri bermaksud ibu yang manis, anak yang cute, adalah sebuah inisiatif untuk mewar-warkan pakaian Sunnah di kalangan masyarakat kita.

Bahawasanya anda telah dijemput ke satu forum tertutup, khas buat para ibu, bakal ibu, soon to be ibu, later-later to be ibu, yang akan diadakan seperti butir2 di bawah:

Tarikh : 7 ogos 2010

Masa : 2-5 petang

Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, No 47, Jln Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, Puchong.

Pengisian : Kongi pengalaman, bertukar2 pendapat tentang persoaalan yang paling rapat dengan wanita Muslim yakni aurat. Apakah yang dikatakan aurat itu? Bagaimana dikatakan berpakaian tapi telanjang? Sejauh manakah tabaruj itu? Ikuti pengalaman ahli panel yang melakukan hijrah kepada menutup aurat mengikut syariat, kongsikan pengalaman beliau untuk berubah.

Ahli Panel:

Cik Maizawati Zainal

Pn Illyana (dari Brotherhood Arts)

Pn Rinanda Putri

Yuran (termasuk tempat dan makan) : RM60 – diskaun bagi kumpulan melebihi 4 orang dan ke atas *hint- daftarlah dalam kumpulan!

Program :

2 pm – Pendaftaran

2.15 pm – Forum bermula

4.30 pm – Pelancaran koleksi terbaru Bling Buubies dan pertunjukan fesyen baju menyusu Muslimah Bling Buubies dan fotografi

5.00 pm – Jamuan ringan

Pada jam 5-6 petang, akan diadakan sesi demonstrasi mekap dari Giffarine untuk sesiapa yang berminat.

Media : Harian Metro

Lain2:

  • Boleh bawa anak semasa program
  • Deposit sebanyak RM20 dikenakan semasa pendaftaran melalui email kepada kay@scriptorybox.com, bayaran penuh dialu-alukan. Pembayaran penuh juga boleh dibuat pada hari program.
  • Sesuai untuk ketibaan Ramadhan dan Aidilfitri, bagi mengambil inspirasi fesyen raya yang menepati syariat.
  • Bagi mereka yang menanti masa yang sesuai untuk berhijrah, inilah masanya!
  • Hanya untuk 30 orang sahaja, jadi daftar segera!
  • Hadiah menarik & lucky draw untuk ibu bertuah.
  • Bapa? Boleh lepak cuci kereta kat tingkat bawah 😀 (Bling Auto Care)

Jom datang ramai-ramai! Daftar segera dengan meninggalkan komen dalam entry ini atau email ke kay@scriptorybox.com.

admin Avatar

One response to “Jemputan ke Airashii Mummy Kawaii Putri”

  1. Mama Murai Avatar

    Mama nak gi tapi…… papanya out station pulak, takkan nak bawa kedua-dua orang anak kan?. Nanti lain pulak jadinya. 🙂
    .-= Mama Murai´s last blog ..Resipi menjadi seorang ‘penulis blog melayu’ yang berjaya! =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge