Saya suka baca artikel “Manusia Terbahagi Kepada 3 Kumpulan… Apakah Kumpulan Itu???” dalam blog SahromNasrudin.com. Saya first perasan bila baca komen penulis dalam blog MySuperKids ni. Penulis menceritakan yang golongan cemerlang akan terus-menerus berjaya. Orang yang lemah pula sentiasa mendapat bantuan. Justeru yang biasa terus-terusan tertinggal ialah orang “average”.
Memang ada je kes orang cemerlang cuma berjaya separuh jalan dan ramai je orang yang lemah sampai sekarang pun terbiar tanpa bantuan. Bab ni mungkin boleh dibahaskan lain kali la. But the point is, memang banyak golongan “average” yang terbiar tanpa disedari hatta oleh orang tu sendiri. Antara tanggapan kita:
- Kalau nak berjaya mesti kerja lebih. Mana boleh senang-senang je nak senang.
- Dalam poket ada RM10 je. Baik aku bagi orang yang dah 2-3 hari tak makan daripada yang hutang keliling pinggang (padahal hutang sebab keperluan).
- Kalau nak tolong orang ni, rasa tak adil pulak kalau tak tolong orang lain yang senasib dengannya.
Malah, hampir semua dasar kerajaan menggunakan tanggapan atau sangkaan di atas dalam mentadbir negara.
Golongan berpendapatan rendah bukan main dapat bantuan kalau nak beli rumah; e.g. 110% pinjaman & dapat beli rumah kos rendah betul-betul tengah KL. Orang kaya pula beli banglo MYR5 juta macam kita beli pisang goreng sebab sangat murah berbanding banglo Singapura yang harganya USD6 juta ke atas.
Yang “average” jugak bukan main sengsara nak beli rumah teres RM400,000, itupun berpuluh kilometer daripada tempat kerja dengan 2-3 plaza tol yang datang dengan pakej jalan sesak 2-3 jam.
Memang dalam hal kewangan, banyak statistik yang dibandingkan dengan PURATA. Antara statistik yang saya pernah baca,
- Average rakyat Malaysia takkan mampu beli rumah di Lembah Klang 20-30 tahun dari sekarang,
- Average pesara takkan mampu hidup dengan duit KWSP kalau usianya melebihi 70 tahun
When I was a unit trust consultant, saya akan cakap kepada prospect “Don’t be Average” sebab in finance, orang average IS always the TARGET.
Jangan salah faham.
Hidup sederhana itu bagus, malah sangat-sangat dituntut. Lagipun, anda tak perlu beli rumah paling mahal di Malaysia untuk tidur atau beli Ferari kalau setakat nak balik kampung. Namun, kalau ada pun bagus jugak; boleh le bagi saya try, haha.
Tapi, bukankah lebih best jika seseorang itu memilih untuk hidup sederhana berbanding yang terpaksa hidup sederhana? Bagi saya, keupayaan untuk memilih adalah makna kemewahan yang sebenar. Dan, saya suka golongan yang memilih untuk jadi “average” walaupun mampu untuk hidup lebih daripada itu simply becos, saya belum belajar nak “masuk” dan bergaul dengan golongan elit ni, haha.
So, macam mana nak keluar daripada kepompong AVERAGE? In next artikel…
p/s: apakah ini bermaksud peluang blog Sahrom Nasrud untuk menang iPad lebih cerah? HeHeHe…
Leave a Reply